Mula2 diberi penerangan tentang penjagaan gigi dan cara gosok gigi. Dapat berus gigi percuma dan terus demo memberus gigi anak2. Ramai jugak yang ada waktu ni. Mama mmg tak sempat la nak snap2 byk gambar. Berkejar dengan Haziq la dengan Haqem la.
Papa kene la ada sekali, hehe.. waktu tu papa sorang je laki yang ada, yang lain semua okaasan (emak). Jadik translator mama dan tlg jaga Haqem sekali.
Haziq timbang berat dan tinggi. Kurus je la budak ni. Ada sesi untuk pemeriksaan mata, pendengaran dan percakapan. Untuk mata 100% lulus, untuk pendengaran pulak 70% lulus, dia confuse antara bahasa jepun ngan melayu. Sensei sebut dia kene tunjuk kat gambar, mama cakap payung tp sensei sebut 'kasa' jadi dia salah tunjuk. Untuk percakapan pulak agak failed disitu, Haziq masih tak lancar berkata2. huhu.. kesian kat sekolah nihonggo kat rumah bahasa melayu. Pening agaknya kepala dia nak translate semua perkataan.
Kemudian sesi bersama doktor pulak, mula2 check dada, Alhamdulillah semua ok. Sebelum tu pun kene ambil sample urin Haziq. Akhir sekali check gigi, hehe.. gigi haziq rosak depan, doktor tengok pun dah tau. Dia suruh Haziq berhenti minum susu botol. Slow2 la mama kene buat dan ajar. Mama kene lebih 'gambate' untuk ajar Haziq bercakap. InsyaAllah..
4 comments:
salam as.. anak lelaki lambat cakap sikit ke? Fateh pun belum boleh cakap banyak berbanding kakak dia dulu.. kadang risau juga tapi sebagai ibu ita dah doa yang terbaik untuk anak2..
Ita, mungkin jugak. Ikutkan Batrisya umur 2 tahun dah pandai dah, risau jugak dengan perkembangan haziq ni. huhu.. doktor cakap kalau umur 4 tahun kalau masih tak lancar kene jumpa dia la, maybe buat terapi pulak kot.huhu..
Salam As,
Kite ada dengar orang kata kalau kanak2 belajar 2 bahasa mungkin lambat sikit dia nak mula bercakap. InsyaAllah, jangan risau tak ada apa2 tu. lepas ni beruntung la Haziq dapat cakap malay dan japanese sekali :)
Ijan, InsyaAllah.. harap2 dia lebih selesa dgn malay, balik msia nnti dah xde org ckp jepun. hihi..
Post a Comment