Monday, August 16, 2010

Bon Odori Festival

Minggu lepas sebelum puasa, sekolah Batrisya dan Haziq buat festival Bon Odori ni. Festival ni memang tiap2 tahun diadakan. Salah satu festival yang ada kat Jepun.
Minggu ni adalah cuti hari Obon selama 4 hari bermula 13 - 16 Ogos, jadi semua tempat ada buat festival Obon ni. Masa ni la orang2 muda di bandar akan balik kampung untuk bersihkan kubur nenek moyang, act. ni untuk penganut Buddha. Lebih kurang macam hari raya diorang la. Lepas tu ada tarian obon, nyanyian dan main gendang.
Kami datang sebab salah satu aktiviti sekolah. Sekolah cuma buat tarian dan main gendang, budak2 pun kene pakai yukata ni. Menarik dan dapat tahu budaya orang Jepun. Batrisya yang kepenatan sebenarnya sebab baru balik mandi air terjun.
Tarian Bon Odori, cuma pusing2, angkat2 tangan ikut alunan gendang. hehe.. Haziq tu pandai je nak ikut sensei menari. Kelakar kalau tengok budak2 buat, macam2 gaya dan comel sangat.
Masa ni Haziq dah mencari mama dan papa, ramai2 tu dia tak nampak mama dan papa. hehe.. pastu nangis. Bukan boleh kami takde mencari la dia, kene nampak depan mata dia. Tapi kat sekolah ok je.
Break time, makan dango dan popcorn. Lepas tu ada macam2 permainan budak2 boleh cuba main. Budak2 ni ambil belon isi air. Takde gambar lak.
Last sekali, berkumpul ikut kelas masing2, sensei bagi hadiah kat semua sebagai tanda terima kasih menjayakan festival ni. hehe.. Dapat bunga api sorang sepeket. Tahun lepas Batrisya dapat bunga api dan mug tak silap. Musim panas ni memang banyak la festival yang menarik di Jepun.

5 comments:

sweetsal said...

salam, seronok tgk macam2 aktiviti utk budak2 sekolah..ni dkt tadika dorang ke?

cplud miera said...

wah,best dpt kenal budaya org ;)

Asmara said...

Sweetsal, ini kat dewan university, sebelah sekolah diorang ni je. hehe...

Miera, best jugak dapat join festival diorang kat sini. hehe..

wan syamilah said...

best kan dpt tahu budaya org.... =)

Asmara said...

Syamila, haah mmg best lagi2 kalau dapat join sekali. hehe..