Saturday, August 14, 2010

Ayam Masak Merah

Ini lauk berbuka semalam. Kene habiskan cili mesin dalam esbok tu, tak tahan rupanya simpan lama. Haritu dok mesin banyak2, simpan dekat 3 minggu kot, tengok2 belah atas dah bercendawan. Sadis pulak rasanya, sayang ooo.. cili kering mesia bukan senang nak dapat. Cili jepun ni dah le pedas. Tapi guna jugaklah yang belah bawah nampak ok lagi, buang hampir separuh belah atas cili tu. hehe.. tapi nak jadikan cerita papa lak sakit perut hari ni. haha.. sian dier, mama ok je pulak. Oh ye papa memang tak boleh makan pedas2, makan pedas sikit je mula la sakit perut. Resepi sendiri la, ni ayam masak merah ke sambal ayam ek? hehe..

Bahan-bahan,
1 ekor ayam
2 sudu cili mesin
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1/2 inci halia
1 batang serai
3 sudu besar sos tomato
garam dan sedikit air asam jawa

Cara-cara,
  • Kisar bawang besar, bawang putih dan halia
  • Tumiskan cili mesin dan bahan kisar hingga garing
  • Masukkan garam, ayam dan serai
  • Goreng sebentar hingga ayam hampir masak
  • Masukkan air asam jawa dan sos tomato
  • Jika kering tambah sedikit air
  • Tumis hingga ayam masak.

4 comments:

my balqis said...

kak as, br cdg nk msk ayam merah arini tp jd ayam kicap, hehe...aritu kak yati ckp klu nk thn cili tu kene letak garam sket n minyak kat atas die, so nnti xbercendawan, selamat mencube, eh mcm rncgn mskn lak, haha

Asmara said...

Ayu, la ye ke? isk2 tu la tak cari petua dulu pulak sebelum simpan cili ni. Ingatkan sebab musim panas (eh ada kene mengene ke ek sbb duk dalm esbok pepandai je ye hehe..)Tapi sebelum blend tu akk ada gak campur minyak. Cili jarang pakai kat rumah ni ayu tu yg sampai cendawan. huhu...

SYaMiLa said...

salam kenal...eh ada petua baru..kena letak garam yea dlm cili..patutla cili kalau dah lama cam tk brp elok a/pun dh campur ngn minyak..tq for sharing...

hmmm..ayam masak merah ni mmg sya suka makan..tp selalu tk jadi..blh cuna resepi ni lak...

=)

Asmara said...

Syamila, saya pun baru tau. nanti boleh la cubakan. tp masa masak dah xyah la taruk garam ek. hehe.. salam kenal jugak eh. Tq. ;)