Kuih kudapan untuk berbuka puasa hari ke-4. Wah hari2 nak kene wat report masak2 ni. hehe.. untuk rujukan masa hadapan la. Hari ni buat keria pulak. Tak sempat nak masak gula atas api terus je salut ngan gula tu, Haqem dah bising nak tido lak. huhu.. Hari2 buat kuih simple2 je la, yang mana dah biasa buat la kan.
Bahan-bahan,
2 biji keledek
1 cawan tepung
1/2 sudu garam
Cara-cara,
- Kupas dan rebus keledek hingga empuk
- Lecekkan hingga hancur
- Masukkan tepung dan garam, gaul sebati
- Bulat2kan dan goreng dalam minyak yang penuh
- Salutkan dengan gula
No comments:
Post a Comment