Dua minggu lepas Haqem kene buat pemeriksaan kesihatan di pusat komuniti kanak-kanak, kelas penerangan penjagaan bayi. Wajib hadir untuk anak-anak yang lahir di sini.
Masa ni penerangan tentang perkembangan bayi hingga umur setahun. sebelum tu diajar senaman untuk bayi. Seronok jugak. Mama nihonggo wakarimasen, paham la sikit2. Papa yang explain kalo x paham. hehe..
Antara ibu bapa yang ada. Waktu ni kelas untuk bayi berumur 5- 6 bulan.
Sensei ajar cara nak bagi makan pada bayi dan jenis2 makanan yang boleh dimakan mengikut umur bayi.
Seronok bermain. Berat dan tinggi Haqem semua direkod dan jika ada sebarang masalah boleh tanya sensei. Berat Haqem waktu ni 7.65kg, tinggi pulak 67 cm. Sensei kata berat Haqem naik sikit je, tu yang dia kene makan solid food. Haqem sangat aktif sekarang ni asyik nak main je.
Kelas 1 jam setengah, bawak sekali Haziq dan Batrisya. Haziq la seronok banyak mainan dan luas kat situ. Banyak panduan yang diberi dalam kelas ni. InsyaAllah akan diikuti.
No comments:
Post a Comment