Saturday, November 21, 2009

Lasagna Carbonara

Untuk makan petang/dinner terus. Request by hubby yang tertelan2 air liur tengok kat tv org makan spaghetti carbonara. hehe... Stok spaghetti ada sikit je mcm tak cukup, tengok kepingan lasagna ada lagi tak berusik2 dah berapa bulan. Nak keluar beli barang mmg malas le lagi2 time hujan sejuk2 nih. Try je la wat lasagna carbonara nih. Untung ye laki ni nak makan apa je seboleh2 bini cuba masak. muahahaha..

Masa penyediaan pun sekejap je, x sejam dah siap! Uish.. mmg sedap la lagi2 time sejuk2 ni makan panas2. Batrisya pun siap 2x tambah. Buat sendiri lagi puas hati dari makan kat luar nun. hihi.. Resepi omputih kita melayukan ikut bahan yang ada kat rumah.

Bahan-bahan,

8 kepingan lasagna (atau spaghetti)
Bahan A
1 cawan daging ayam cincang (guna burger/daging pun boleh atau udang@seafood)
1/2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2 sudu besar olive oil (guna minyak biasa pun ok)
Bahan B
2 cawan fresh milk
2 sudu tepung gandum (bancuh dgn air sikit supaya x berketul)
2 sudu besar plain yogurt
2 sudu kecil serbuk black pepper
2 sudu besar parmesan cheese (serbuk)
Bahan C
1 biji bawang putih (dicincang)
1/2 kiub ayam
1 sudu besar butter

Cara-cara,

1- Rebus lasagna (kalau guna spaghetti rebus la spaghetti tu) sampai masak. Angkat dan toskan.

2- Panaskan kuali dan olive oil, tumis bahan A, bawang putih, bawang besar dan ayam hingga masak. Letak garam sikit. Angkat.

3- Campurkan semua bahan B (susu, tepung gandum, yogurt, black pepper, parmesan cheese) dalam satu mangkuk. Kacau sebati.

4- Panaskan semula kuali, masukkan butter. Tumis bahan C, bawang putih dan kiub ayam.

5- Masuk bancuhan bahan B tadi. Kacau hingga pekat sedikit kemudian masukkan bahan A tadi. Kacau rata tutup api.

6-Susun lasagna dalam loyang secara selang seli curah dengan bancuhan tadi.

7- Atas sekali tabur daun parsley dan parmesan cheese (kalau ada mozarella cheese lg sedap)

8- Bakar dlm oven microwave suhu 200C selama 10 minit. (Kalau guna spaghetti tak perlu bakar terus hidang je).

Siap untuk dimakan!

7 comments:

Ajzie said...

wahhhh sedapnya..
rajin la awak masak2..

ikken hissatsu said...

I like some one who more creative. I need next time met you again ...

Asmara said...

Kak Ajzie, masak untuk makan. hehe.. sini susah la nak mkn luar, x byk choice.

ikken, tq. :)

Raja Muhamad Nur Shah said...

assalam,nak tnya boleh? Bajet nak bt lasagna ni agak agak brpa ya?

Asmara said...

Wsalam. Alamk maaf tak pasti pulak sbb harga kat jepun ni tk sama kot mcm msia. Kene survey harga dulu jawabnya. Hehe..

ummi auni said...

Sedapnyer...nk try buat..tq bg resipi..

ummigenius.blogspot.com

mamarayyan said...

Sdapye...blh cuba ni..ank2 mesti suka..thanks sis coz kongsi resepi