Thursday, October 8, 2009

Kerabu Tomato

Semalam teringin plak nak makan kerabu tomato, bahan pun mmg ada, terus la projek membuat kerabu tomato. Senang je tak 15 minit dah siap. hehe.. Hubby kata ingat sambal belacan. Lain la.. tp bahan dia lebih kurang gak utk wat sambal belacan. Cuma tak kisar halus je. Copy dari resepi mat gebu. terima kasih share resepi. :)

BAHAN-BAHANNYA :

3 biji tomato, kalau dapat pilih yang kehijauan
2 camca besar ikan bilis, goreng garing
1 biji bawang besar, hiris halus
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan goreng garing*
1/2 inci belacan, dibakar*
1 ulas bawang putih, dibakar*
1 biji cili merah*
2 biji cili padi*(*ditumbuk, tapi jangan halus sangat)
Jus limau kasturi (dalam 2 - 3 biji)
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
Tomato di belah, dan hiris halus. Gaul bersama bawang hiris dan bahan2 tumbuk tadi. Tambah garam, gula dan jus limau kasturi secukup rasa. Tabur ikan bilis goreng sebelum dihidangkan bersama nasi hangat.....yumm..yumm!!!

2 comments:

blogresipi said...

heheh..memang mirip2 sambal bulachan nie... :D

As said...

betul tu jan.. hehe..