Sunday, May 31, 2009

Soba Special Yamagata

Ini nak tunjuk kedai Soba paling glamer kat Yamagata nih. Ini bahagian belakang, kat depan dah penuh kitaorg duk dalam. Kedai ni bukak dari jam 11 pagi hingga 3 petang saja. Tp kul 2 lebih dia dah sibuk2 kemas nak soh kitaorg kuar cepat2 agaknya. Mee dia mmg cepat habis, kadang tak pukul 3 dah tutup dah.
Ini yang specialnya. Giler banyak ko!! Macam makan 2 orang satu set tu. Soba dia buat sendiri tau! rasanya yg sedap berbeza dgn beli yg dah siap.
Order 3 set, 2 set soba sejuk, satu soba panas. Hubby tak suka yg sejuk, aku pun hehe.. tp sebab ni first time kitaorg dtg, kene cuba soba yg glamer ni dulu. Hubby le dia penah pegi tp x ingat jalan, lagi satu nak pegi je dah lewat kedai dah tutup.
Ha tengok, 2 je licin lagi satu set budak2 ni punya tak berusik sgt pun. Akunye pun hb yg licinkan. hehe.. tiba2 takleh masuk tekak plak banyak2 nih. Oh ye harga satu set hanya 700yen sahaja. Berbaloi la siap dgn tempura dan telor free 3 bijik.
Lepas makan apalagi, pegi le jenjalan. Weekend je la dapat kuar rumah kan Haziq! hehe..
Peace!....

2 comments:

Anonymous said...

As, kita pernah tgk documentary psl mee soba nie kat jepun tp x ingat diaorg tunjuk kedai kat area mn tp mmg famous..teringat lagi cara diaorg buat mee nie, handmade lagi & smpi halus dibuatnya...yg lagi respect pki tangan tp saiz mee tu sm jer. kalau kedai ni pun sama gak ke? vote 5 stars for this entry!!!

Asmara said...

Reen, kedai ni tak pulak buat depan mata. Kedai tak besar sgt Reen. Glamer sebab sedap, murah dan banyak. hehe..