Sunday, May 31, 2009

Agar2 Orange

Percubaan membuat agar dalam kulit oren. Resepi ni tiru lagi dari kak hana. Sebab banyak lagi buah oren kat rumah ni tu yg buat agar2. Oren yang dibeli masam plak tu budak2 tak nak makan, separuh mama buat jus, separuh mama try buat agar2 ni. Setelah dipotong buah oren tu. hehe.. agar2nya tak keras lagi, tp budak2 ni tak makan gak, sikit je makannya dia kata masam. Ayoo.. mama dah adjust kasik manis tp silap step masa perah tu kot dia jadik sikit pahit. Takpe2 mama masih amatur dalam bab masak2 nih. Bagi masa lagi la eh..

Bahan-bahan
  • 2 biji limau- large size
  • 4g serbuk agar-agar
  • 500ml air + jus limau
  • 50g gula
  • secubit garam
Cara-cara
  1. Potong bahagian atas limau@belah dua. keluarkan isi.
  2. Isi limau tadi diperah untuk ambik jusnya.
  3. Masukkan air dan jus limau, agar-agar, gula dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
  4. Tuangkan ke dalam kulit limau tadi. Biarkan sejuk dan jelly keras.
  5. Potong limau tu.