Saturday, May 9, 2009

Hari kedua: Gunma ke Gifu

Perjalanan bermula jam 5:30 pagi. Subuh masuk kul 3:00 pagi 4:30 pagi dah terang benderang. Konvoi 2 bijik stream lagi satu warna hitam tu. Kawan Yusmady dari UKM Bud/Ayu.
Berhenti rehat jap kat tasik. Nak pegi tasik lain terpegi tasik lain pulak. Dah amik masa lebih 2 jam sebab tasik ni atas gunung.
Kat sini ada taman permainan.
Pintu masuk, jalan2 kat dalam je. Nak bermain tak sempat dah lagipun kene bayar, takut lewat sangat sampai Gifu.
Haziq sgt teruja tengok macam2 permainan dalam tu. Keluar kereta terus belari nak masuk. Perjalanan diteruskan, berhenti sekejap makan bekalan makanan yang disediakan oleh kak Yati. Alhamdulillah rezeki waktu lunch. Laluan sepanjang perjalanan adalah gunung dan ganang (negeri Nagano), mmg mabuk. Haziq berapa kali muntah, mabuk pulak budak kecik tu.

Lebih kurang jam 8 malam kitaorg sampai ke rumah Anas/Myra di Gifu. 4 family berkumpul. Sampai2 Myra dah sediakan nasik ayam yg sedap. Lupa nak mintak resepi ayam perap tu. (tak yah goreng ye Myra?) Tempat tidur pun dah disediakan, mcm duk hotel plak rasanya, complete aparto tu. Terima kasih untuk tuan rumah dpt tumpang tido dan basuh baju. hehe..