Tuesday, May 26, 2009

Daging Kandar

Oiishii.. mmg sedap la daging kandar nih, tak sangka nak buat dia pun senang sangat. Siang makan dengan roti, malam pulak makan dengan nasik. Batrisya suka betul makan dengan roti, siap bertambah2 makan. Suka masak kalo anak suka makan. hihi.. Godeh2 kat my resepi tu yg terjumpa resepi ni dari Kak Asma, terima kasih sedap sangat resepi nih. :) Korang pun kene cuba tau. hehe.. C&P yer..

Bahan-bahan
  • 1/2 kg daging
  • 6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
  • 2 sudu besar kicap pekat maggi
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh) - Guna jenama lain
  • 1 labu bawang besar(dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang)
  • Kulit kayu manis dan bunga lawang
  • sedikit daun kari
  • garam dan perasa

Cara-cara

  1. Daging dibersihkan hiris dan direbus(simpan air rebusan)
  2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
  4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
  5. bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging.
  6. Masukkan garam dan perasa.kacau lagi
  7. Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.
  8. sesuai dimakan dengan nasi dan roti

4 comments:

reen said...

thanks for that recipe as...mmg kena cuba nie..tgk pun dah sedap : )

MoHd FaDzLi said...

oko ni ass..keje masak jer ehh..pastu xnk pos lak tu kat sini...

kak tinee said...

haah la As keje masak je ...best tul tgk nye .... sushi tu dah le my fav...

As said...

Reen: cuba Reen jgn tak cuba tau.

Fadzli : Confirm je korang dtg, kitaorg sediakan menu sedap2 utk korang. hehehe.. (listkan nak makan apa ye.. hwahwahwa..)

kak tinee: itulah namanya surirumah sepenuh masa kak. hehe..