Saturday, May 30, 2009

Apam Gula Melaka

Teringin nak makan kuih apam tu yang buat. Setelah mendapat tau gula Melaka ada dijual kat Jepun nih ha. hehe.. tima kasih kak Are baru tau gula kuro sato (gula merah) ada kat supa, terus ku mencari dan membeli. Resepi cilok kat kak Hana. tq ye kak hana, mintak izin c&p ye. Kebetulan ada rumah budak mesia sini buat baca Yasin, rezeki diorang jugaklah dapat rasa sikit. Walaupun tak berapa nak naik apamnya tu. hehe.. rasa tetap sedap.

Bahan-bahan
* 1 cwn air
* 1/2 cwn gula melaka yg telah diracik halus
* sehelai daun pandan
2 cwn tepung
1 sk dry yeast
3/4 cwn air
3 sb gula pasir ( boleh kurang atau tambah ikut suka)
secubit garam

Cara-cara
- Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk.
- Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata.
- Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan dibiarkan selama
40min atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
- Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 min.
- Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
- Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam.