Friday, April 17, 2009

Kotak dah selamat sampai..

Fuh.. mmg jenuh aku menunggu kotak2 nih. Tau la guna kapal laut, ngam2 7 minggu sampai. Act semalam dah sampai 2 kotak. Satu kotak susu Batrisya satu kotak baju2. Kotak yang ini paling ditunggu2 oleh aku, sebabnya.. dalamnya semua makanan!!. Korang tengok la habis lunyai 2 kotak. Sebenornya yang 2 kotak tu aku le yg balut tak berkualiti betul kertas tu (salahkan kertas haha..) yang berbalut cantik dan kemas tu abahku yang buat, hihi.. mmg kemas dan takde koyak walau sedikit pun. cayalah abah!! agak pelik jugak sebab abah pos kotak yg tu seminggu lepas aku pos kotak2 aku. tapi sampainya sama plak. ni mesti org kt pos office tu malas nak angkat sampai 5 kotak. Berat ko! Aku mmg memenuhkan kotak tu dengan ngam2 2o kilo brg. Rugi kalau antar sikit2. bayar tetap sama gak. Korang mesti tak sabo nak tengok apa isi kotak aku tu kan..

Nak tunjuk ni dulu, yang Wajib ku pastikan ado, kopi 434 (Muo mari) hubbyku le yg order nih. 5 plastik = 500 uncang. hehe... setaun punya stok. Ha yg sebelah tu aku mmg teringin la, nak buat tak reti lagi. tu namanya mee siput. org johor je tau makan mee siput. nanti dah buat aku tunjuk.
Ada jugak selit2 buku bacaan. Diari opis pun bawak sekali. kot2 la boleh guna kat sini. Langsir pun siap bawak sekali.
Malas nak kemas lagi, antara yang dah disepah2kan. Tengok2 kot2 la ada yg tercicir. Insyallah semua ada kot. Kotak pun takde plak diorg cek. sebab macam last week satu kotak pos laju kene bukak tp takde apa la, sebab pos susu haziq. Diaorg cek secara random je kot. nasib2 le kotak sape yg kene bukak kat kastam tu.
Dan lain2, act ada byk aku dah kuarkan bersepah kat lantai maleh amik gambar. Alhamdulillah lega semua barang dah selamat sampai. huhu.. lepas ni makin rajin le aku main masak2. hehe..