Saturday, March 14, 2009

Online Food

Pagi tadi barang yang diorder sampai. Kat sini tak ada kedai jual makanan halal. So terpaksa beli secara online. Tak merasa la kitaorg makan ayam/daging fresh. Nak sembelih satu keje la pulak.. Kalau beli buat stok sebulan (itu masa hubby la) ni kitaorg dah ada ntah2 stok 2 minggu je. Lagi satu kalo beli byk2 tak muat pulak ice box tu. Yang kelakar tu ayam ni pun diimport dari Brazil. Dan paling best byk gak brg2 mesia dijual kat web tu.

Kat atas tu kitaorg ada beli daun pandan dan sos cili, sebelum ni hubby penah beli daun limau purut, serai, lengkuas selain daging dan ayam. tapi tu la harganyer mmg ler mahal!! (kalo diconvert) tp dah duk sini okla tu kot. pakai secara berjimat cermat. Penghantaran pun cepat, 2 hari order je dah sampai. Oh sebenarnya ada 10kilo beras kat sebelah tu, kitaorg makan beras Thai. Tak penah rasa lagi masak nasi guna beras jepun. Hubby yang tak minat.. hehe

Kat luar salji turun lagik!! hwaa... ntah bila la nak berenti kesejukan nih. Nak keluar rumah pun mmg bercinta giler. Pagi tadi hujan pastu bersambung dengan salji pulak. Sabo je la.. mmg terperuk je la dlm rumah sampai la spring nanti kot!!