Monday, April 21, 2014

Kursus dan Makan

Balik bekerja memang takde kerja lain selain bekerja adalah berkursus. Kursus adalah perkara wajib setiap tahun. Bilangan berkursus tu bergantung tapi sekurang-kurangnya empat kali setahun. Ini kursus ketiga saya hadir untuk tahun ni. Lepas ni ada lagi yang menyusul. huhu.. penat bila kursus masa weekend.

Kursus ni pada 18-19 April lepas. Baru sangat dan masih fresh. Seronok jugak, tajuknya Dari Teknik ke Taktik. Banyak cerita mengenai nak mengenali orang. hehe.. nnti rajin saya share la. Sebab ni dia kira mengikut tarikh lahir masing2. :-)
Saya lebih kepada kemanusiaan.. :-)
Selain menambah ilmu perkara paling best waktu berkursus adalah makan. hehehe..... Balik Msia tak boleh kira kenaikan berat (nyampah! hahaha..) Saya rindu nak masak2 sendiri, buat kek dan kuih sendiri. Tapi kekangan masa sangat tak membantu nak buat semua sendiri. huhu..
Makanan yang best2..
Kebetulan ada sesi pertukaran hadiah bersama rakan sekursus. Saya dapat hadiah blanket. hehe.. TQ pada kak Elfa! suka sangat!. Hadiah saya bagi kat orang souvenirs dari Jepun/Korea/Bandung/Australia. hehe.. tu fridge magnet je. hikhik.. Harap dia suka. :D

Ok ini saja coretan pada petang ini, sambil menunggu anak balik sekolah agama. Jumpa lagi! :D

6 comments:

Hanis MY said...

kak as! i miss u!

~ yus ~ said...

Perghhh, makanannya ya As.

Tu pasal balik sini Din bagai di pam2, akak je yang jaga juga makan, duk rumah mana ada kursus dan makan2 sangat....hehe.

Asmara said...

@Hanis! miss u too!!

@Kak yus - hikhik kak untung la jd surirumah. :D

LydSunshine said...

dpt blanket. best. Souvenir As bagi pun best gak. Kek krim tu pergghh tempting.

sarah said...

banyak berjalan banyak la fridge magnet kan?

fazianbatrisyia said...

sedap kan...paling ingat RVC...mantopla nabila