Thursday, April 17, 2014

Kejadian selepas balik rumah..

Bertemu kembali. Bukanlah kejadian apa pun. Cuma masa balik tu budak2 happy je semua, kecuali Haziq badan dia panas. Mama ingat demam biasa, tapi bila hari kedua demam masih tak kebah risau jugak. Malam kedua tu tiba-tiba dia menangis tengah malam cakap kepala sakit. Mama punya penat tak hilang lagi terus kejut papa untuk bawak Haziq ke hospital. Nasib baik hospital dekat rumah je, terus pergi emergency. Tanya Haziq kenapa sakit kepala, dia ngadu kata jatuh katil. Risau la mama, rupanya dia jatuh katil masa mama takde Sabtu tu, so dah 2 hari la. Mama terus cakap kat doktor untuk buat ct scan takut la kan kot ada apa2. Alhamdulillah result ct scan tu normal. So doktor terus warded kan Haziq sebab nak pantau suhu badan dia. Waktu tu suhu badan dia 38.4C. Bila kene warded tu confirm la kene masuk air. Melaung nangis sebab kene cucuk 2x, sekali tu tak dpt amik darah kene la cucuk lagi sekali. huhu.. sian Haziq. Tapi yg kali kedua dia ok lak.

Wad kanak2 masa tu penuh, musim budak2 sakit kot. Haziq pun pernah masuk hospital pantai ni masa dia kecik dulu masa 8 bulan so base pada history dia doktor yang sama akan pantau dia. Jadi kami menumpang semalam kat wad OnG, katil 4 tapi ada sorang je waktu tu. Hari kedua baru pindah ke wad kanak-kanak. Lebih selesa dpt bilik berdua.
Muka sedih sebab kene cucuk tangan
Suhu badan naik turun, bila makan ubat ok tapi nnti panas balik. Doktor 2x amik test darah. Ujian darah pertama sel darah putih dia tinggi sebab nak melawan penyakit. Test kedua dibuat pada hari ketiga sebab demam dia tak kebah lagi. Alhamdulillah semua penyakit negative. Dr. cakap demam virus je. Haziq cuma makan ubat demam dan antibiotik. 4 hari jugak duduk wad. Mama cuti 3 hari, papa pulak sehari jaga masa hari last. Alhamdulillah cuma demam biasa. Nasib baik Haziq pakai insuran sejak dia lahir lagi. Tak terbeban nak bayar bil yang pasti riban2. :-)
Masa ni dah sihat sikit, kemain syok ngadap tv je. 
Berat Haziq baru 17.9kg pada usia 7 tahun!  huhu.. sejak sekolah berat badan dia susah nak naik. Aktif dan penat agaknya. Makan pun tak berapa banyak.

Dah boleh main dan gelak ketawa
Happy kawan datang melawat. Kakak wawa (kanan) ni kakak angkat dia. hehe.. sayang betul dia dengan Haziq. Dia la rajin memantau Haziq kat sekolah. Haqem yang dah besar dan dah jadi kawan baik/gaduh Haziq. :D
Semua pun sibuk nak duk atas katil tengok tv
Batrisya dan best friend dia dari kecik sampai la sekarang. Najiha ni pun dulu duduk Jepun kat Gifu, Dah anak dara dua orang ni. hehe.. Balik sekolah sama2 terus datang melawat Haziq. Ok ini kenangan Haziq masuk hospital. Banyak lagi memori yang terlepas nak share kat sini. InsyaAllah kalau rajin nanti cuba update selalu.

Terima kasih pada yang sudi membaca. Mohon maaf bloggers yang tak sempat saya singgah dan komen. Ada kesempatan saya baca bloggers yang singgah blog saya, cuma tak sempat nak beri komen je. Catatan untuk diri saya sendiri sebagai kenang-kenangan masa akan datang. :-)

7 comments:

fazianbatrisyia said...

harap dah sihat sepenuhnya...
drp minggu lepas cari awak...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Dah besar Haqeem ye As... dulu kat jepun kecik ajer... pergi hantar kakak dan Haziq pergi sekolah...

Cepat sembuh ye Haziq :)

Cheq Sue said...

tomeynya batrisyia... haziq pun dah besar kan... seronok dapat tegok anak2 membesar... pegalaman saya dulu jaga sepupu di wad kanak-kanak...kesian sungguh bila dengar ada yag asyik menangis je..

Rose Azadir said...

Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Hari tu Adam kena influenza temp 40c tp x kena warded plak sini system mmg lain ngan mesia ekk..

Tp tgk gmbq dlm sakit pun blh buat peace lg such a gud boy....alhamdulliah everything dh ok ...Rindunyer kt kaka😘

LydSunshine said...

boleh pulak derang bergalok ramai2 atas katil spital. hehehe... batrisya dah besar dah. dulu kat jepun pakai suar pendek lagi. now dah jadi anak dara. cantik.

Rai Ourkizuna said...

comelnya schoolmate datang melawat kat hospital..

semoga cepat sembuh haziq..