Wednesday, August 29, 2012

Kuih Tepung Pelita

Kuih masa bulan puasa tempohari. Act. ni kali kedua buat, mula2 tu guna tepung kacang hijau, rasa lain sikit. Sekali jumpa pulak tepung hoen kwe dalam kotak nasib baik tak expired lagi. Saya buat ikut resepi yang tertera kat botol tu. Jenama Nona, nama resepi yang ditulis kuih talam tapi nama yang biasa kita guna tepung pelita ataupun tako. Resepi pun berbeza2, biasa guna tepung beras. Saya buat je guna resepi ni sama je rasanya yang sedap tu. :D

Lapisan atas tu saya guna hoen kwe putih, yang bawah tu guna hoen kwe hijau. Kuih ni pun saya bawa masa berbuka di rumah Hanis di Sendai. Kat rumah Hanis baru dapat rasa. hehe.. act. yg belah atas tu keras sikit sebab terkurang air pulak. Tapi masih sedap dimakan. :D

Resepi Kuih Talam/Tepung Pelita
Bahan2 A (Lapisan Hijau)
  • Tepung Hoen Kwe (hijau)- 50g(1/2 tiub)
  • Gula halus - 60g (3/4 cawan)
  • Garam 1g (1/4 sudu)
  • Santan 450ml (2 1/4 cawan)
  • perisa pandan - 5 titis
Bahan2 B (Lapisan Putih)
  • Tepung Hoen Kwe (putih)- 50g(1/2 tiub)
  • Gula halus - 60g (3/4 cawan)
  • Garam 1g (1/4 sudu)
  • Santan 450ml (2 1/4 cawan)
Cara-cara, 
  • Untuk membuat lapisan hijau, campuran bahan A ke dalam periuk
  • Masak dengan api yang sederhana sehingga pekat dan sebati
  • Tuangkan ke dalam acuan dan biarkan sejuk sehingga keras
  • Ulangi langkah 1 & 2 untuk membuat lapisan putih dengan menggunakan bahan B
  • Tuangkan ke atas lapisan hijau tadi dan sejukkan di dalam peti sejuk 

*Pagi tadi Batrisya ada pertandingan berenang kat sekolah. Tahniah dapat no 1! nanti2 masuk cerita. Petang tadi pulak kawan Jepun saya datang rumah nak makan roti jala. :D

8 comments:

LydSunshine said...

Macam lompat tikam plak rupa dia.

Acik Erna said...

assalam As..kalau bulan puasa..banayk jual ni..acik beli je.
bagus nya batrisya kecik lagi dah pandai mengait

Unknown said...

akak buat sekali je tepung pelita ni As, pastu rajin beli lagi...hihi.

Chekgu Azrine said...

anak sulong rine umur 11 tahun dah.. actually rine kawen masa umur 18 tahun...heheheh..dah nak masuk 14 tahun rine kawen sis..

Ena's Stories said...

da tak letak dalam daun pandan lagi eh as...

aBoi said...

Bagusnya Batrisyia.. Kecik-kecik dah pandai berenang..

kurus said...

rajin tul as mencuba ..;)
keras sikit ok je .. janji ada rasa ..

me suya said...

admire sungguh ng skill kak as buat pelbagai makanan.. i wish one day i will be just like u.. kena suka masak.. he3.. The past part of family, mommy/wife/mom's cooking~