Monday, August 27, 2012

Gambar Raya 2012 ~ Yonezawa Japan

Di pagi 1 Syawal 1433H. Anak2 bangun awal mandi siap2 pakai baju raya. Solat sunat Aidilfitri di dewan Kaikan lebih kurang jam 9 pagi.
Lepas solat gambar ramai2. Ini saja Muslim yang tinggal di Yonezawa masa raya pertama tahun ni. 13 dewasa dan 3 kanak2. 7 orang pelajar lelaki, sorang Bangladesh (post-doc di Yamadai), 3 family, kami, Aki+Ami dan Mahadir+Azila(tapi Zila dah balik Msia sebab nak bersalin di sana). Ami pun tengah tunggu hari je tu. Masa raya pertama tu dah sakit2 dah. hehe.. InsyaAllah duenya awal September ni sama dengan Zila :D
Hidangan hari raya kami. Hari terakhir berpuasa saya jamu adik2 dengan nasi lemak, ayam goreng dan kuih muih. Malam tu kami gotong royong jugaklah memasak untuk menu raya.  Menu saya masak malam tu, nasi impit, rendang daging, kuah kacang dan sate daging. Kuah lodeh masak pada pagi raya lepas solat. :) Selain tu sempat jugak buat kek coklat dan puding jagung untuk hidangan pagi raya. Dan sempat jugak buat biskut cornflakes malam raya tu jugak. Ami+Aki buat sate ayam dan nasi dagang. Malam raya pertama kami beraya di rumah mereka dengan menu nasi dagang kelantan yang sedap! ;D
Puding Raja! puding yang saya teringin nak rasa. Ini ada sorang adik(Keri) yang buat. Makanan diraja berasal dari Pekan Pahang. Sedap! Papa suka sangat, habis setengah bekas dia makan. hehe.. Pagi tu jugak saya masak ayam percik yang diperap dari malam raya dan ada sedikit baki ayam saya goreng rangup je. Selain tu adik2 lelaki ni ada juga bawak kuih2 raya. Saya bawak biskut nestum, biskut tart dan cornflakes madu. Kenangan Hari Raya terakhir kami di perantauan untuk kali ke 6 bagi saya dan kali ke 11 bagi Papa! :)

27 comments:

Ijah EmoTemo said...

wah!! ini tahun terakhir beraya dkt perantauan la ni ye sis? wee ;)

inazamri said...

salam aidilfitri dik.Raya dimana2 pun tetap meriahkan.Juadah yg terhidang juga tetap sama.

sue-sama said...

selamat ari raya kak as...nmpak muke kak as dgn family kt metro :)

diha said...

comel2 belaka dihari raya~ ^_^

sitiezahim said...

salam kak as..selamat hari raya..hehe..ok la tu 13 orang. kami yg ramai tu sbb campur2 dengan bandar lain. mmg jauh2 tp dah kira geng so redah jugak hehehe...

Unaizah said...

Tahun ni tema merah ye :-)

Shaofie said...

Selamat Hari Raya Kak. Saya secret admirer blog ni. Hahaha. Selalu datang jenguk baca. Maaf Zahir dan Batin!

Hanis MY said...

wahh set merah i likee... ke-6? pengsan, ke-11 pengsan lagi... pestaim dengar puding tu kak as... arigatou biskut nestum n tart nenas super duper like, tak sempat ambil gambar sebab dah masuk mulut dulu hehe...

dilabangiWORLD said...

kak As, Ucapan semat Hari Raya
Mohon Maaf zaher dan baten
sronok gak raya di perantauan
ada rakan taulan sekurang2nya hilang kerinduan

Nadiah Sidek said...

murtabak raja biasa dengar. puding raja baru pertama kali tahu. akak balik malaysia bila?

Chekgu Azrine said...

yg ke6...huhu..mesti dah biasakan..tp seseksli raya diperantauan best jgk..kan?

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Salam As...

Wah! dah lama ye en papa tinggal di Jepun ye.. 11 kali raya tu.. As pun dah 6 kali raya lama tu bagi akak :D


En papa tu belajar ke kerja di sana As?

Kak Izan said...

tahun akhir?... smoga ia menjadi kenangan terindah dalam hidup.. Salam Aidilfitri... meriahnya..seronok tengok.. :)

ieda said...

walau jauhh juadah wajib kena ada kan AS .. sure mereka suke menikmatinya ..

x ramai rupenya org malaysia di tenpat AS tu ye .. seronok juga dpt tunai semayang raya macam nie ;)

NzA said...

Selamat hari Raya sis.....meriah jugak tu..kalah akak kt sini...akak sekadar tmpah je makanan sejak raya 1 hingga raya ke 3.....

Rai said...

selamat hari raya as..

rasanya raya kat sana lagi meriah dari raya kami kat sini.. hahaha..

cplud miera said...

As salam kak as. syoknye beraya di perantauan ;) wah dh 6thun. lame tu...

Mrs.R said...

slmt hari raya As...di mana sekalipun, sambutan raya tetap meriah dgn momen yg tersendiri kan...

fazian.batrisyia said...

cekapnya masak semua tu...kalau sy lah..entah apa jadik agaknya...seram gak thn depan makcik2 & pakcik2 nak mkn kat rumah thn depan...

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

wah.. serba merah (^___^)

LydSunshine said...

Oh.. itu ke balang kuih raya yg sama dengan FnF punye tu. heheh. Wah, anak-anak pakai baju melayu dan baju kurung. Comelnya.

~ yus ~ said...

rambut anak2 tu semua tersikat rapi, kalau Aqil dia kata, ibu ni sikat rambut Aqil skema....hihi

selamat hari raya As, cantik tema merah

LiYa HaNiF :: said...

hamboi merahnya mak ngah... hehehe

selamat hari raya kak... ^_^

Amie said...

Sedondon merah ye As... samalah dengan Kak Amie he he ehh..tu, sate tu sungguh menggamit selera!

Chekgu Azrine said...

sis..ternmpk gmbr sis sekeluarga keluar dlm berita harian sisipan salam perantau..hehe..saya agak2 sbb ada nama norasmara..n cam muka ank2 akk..hehe..

bg add email akk..saya ada ambk gmbr nk bg akk..klu akk nak ler..hehe

Ain SSB said...

Ehh, Ain dah wish Kak As Selamat hari raya ke? Takpe2, wish banyak pon bole kan? hehe.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Kak As & family! Woah, merah laa semua! :D

Macam ni la raya di perantauan kan..walaupon tak ramai, tapi Alhamdulillah masih meriah jugak bila semua dah berkumpul! :)

me suya said...

Salam eidulfitri kak As