Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan, berpuasa di Jepun dan Calpis Water

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1433 Hijrah buat semua. Kami di Jepun akan mula berpuasa pada hari Sabtu 21 Julai 2012. Moga Ramadhan kali ini menjadi lebih baik dari sebelumnya dan mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap secara sengaja atau tidak. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan keredhaan Allah setiap masa. InsyaAllah.. Amin.. Waktu solat dan berbuka  kami ikut pada kalendar Islamic Finder.

Musim panas dah bermula, tapi hari ni nampaknya suhu rendah, sekarang ni suhu 17C! Penurunan suhu yang mendadak dalam tempoh tak sampai 12 jam! Tengahari semalam suhu menjejak 30C tapi waktu malam turun sehingga 15C! SubhanaAllah.., malam tadi tidur berselimut pulak. Alhamdulillah mudah2an permulaan puasa pada esok hari suhu tak terlampau panas. Berpuasa pada musim panas memang sedikit menguji, Alhamdulillah kami di Jepun waktu berbuka puasa lebih kurang di Malaysia, untuk hari pertama waktu berbuka pada jam 6:58 petang dan untuk hari terakhir Ramadhan jam 6:28 petang. Walau bagaimanapun kami perlu berpuasa lebih kurang 16 jam sehari, kerana masuknya waktu Subuh adalah pada jam 2:46 pagi pada Ramadhan pertama. Tetapi waktu Subuh akan semakin lewat hingga terakhir Ramadhan pada jam 3:22 pagi. Mudah2an kami terus dapat menunaikan ibadah berpuasa ini dengan lebih baik. InsyaAllah..
Panas2 ni memang best dapat minum air sejuk, lagi2 puasa kan. Di Jepun memang tak ada air berperisa untuk dibancuh. Pada musim panas akan keluar air gula berperisa terutama untuk buat kakigori (ais batu), tetapi tak sesuai untuk dibancuh dengan air. Ini air calpis yang popular di Jepun. Biasanya dijual dah siap dalam botol, yang kami beli ni untuk bancuhan dengan air lain. Kami beli yang perisa anggur, sedap! Batrisya suka letak dalam fresh milk, rasanya seperti air kelapa bila dicampur susu! ;D Sesuai dibuat menu berbuka. Rakan2 di Jepun boleh dapatkan di pasaraya berhampiran, harga dalam lingkungan 250-300yen, ada 3 perisa anggur, plain dan oren. cubalah! ;)


Lagu Ramadhan yang paling disukai. ;)

35 comments:

Ijah EmoTemo said...

mencabar jugak tu 16 jam berpuasa.. heheh.. selamat berpuasa utk akak dan family :)

Amie said...

Selamat brpuasa As, tentu suasana berpuasa di sana tak sama dengan tempat sendiri ye As...

Wani Sukarno said...

selamat berpuasa ... ya :)).. bestnya berpuasa masa time sejuk2 ni .. hihi

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

calpis ni mmg fav la ...si adam ni minum berbotol2 x hingat donia...but ai suka mango lassi or ice lemon tea for berbuka nnt...+-16 hrs menguji betui but nasib baik this time 8 days jer b4 blk cuti kat mesia....salam ramadhan buat kaka sefamily na

yatie chomeyl said...

nak beli jugak la, try buat mcm batrisya buat :)

nur easy said...

tahun ni tak dpt bpuasa di sana lg dah.. hehe.. sedap kan air calpis, tp dulu xleh minum terus banyak2...

p/s: selamat menunaikan ibadah puasa ;)

Unknown said...

As salam Asmara,

Salam Ramadhan Al Mubarak! :))

Matya pun suka dgn lagu ni tau! Nostalgia betul lah sobs sobs :')

Kami start posa esok (Jumaat) insya'ALLAH... kat sana pun sama ke atau ikut Msia?

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

lama nye puasa .. takpe, dugaan dlm mendapatkan pahala ;)

Hanis MY said...

selamat berpuasa buat kak as sekeluarga..itulah lama sikit puasa tahun ni.. wahh kreatifnya batrisya nanti nk cubalah...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa buat As sekeluarga... semoga ramadhan kali ini memberi kekuatan pada As sekeluarga melaksanakannya dengan jangka waktu 16 jam tu :D

FnF Simple Life said...

salam ramadhan dari kami sekeluarga... anak2 sy dok gian mkn aiskrim calpis... dah le famili mart belakang rumah je.. jln kaki 5 minit dah sampai... haishhh

Asmara said...

@Marya, kami puasa Sabtu ikut msia. :)

emma said...

salam ramadhan n selamat menjalani ibadah puase =)

Nieda said...

selamat berpuasa utk As sekeluarga.

Minum air sirap je lah. Boleh?

Mamasya said...

Slmt menyambut Ramadan dan berpuasa buat As sekeluarga.
lebih 1 jam lama puasa di Jepun dr Cairo.moga sama2 kita dpt menjalani ibadah puasa sebaiknya.

Gee® said...

Slmt Berpuasa...

jamilahamzah said...

selamat berpuasa..hehe

Unknown said...

Selamat berpuasa As. Batrisya dah mula puasa ke? Kesian dia puasa lama juga di sana ya...

Anonymous said...

kat jepun bila start puasa, hari ni or besok? saya kat himeji skrg ni tapi dok sorang2, so tak tahu khabar berita ramadhan ni bermula bila di jepun.

Asmara said...

@Anon, Jepun start puasa esok. Nasib baik perasan. Kalau ada fb boleh like page AMIR. InsyaAllah banyak informasi di situ ataupun boleh lawati laman web MSAJ. :)

Ena's Stories said...

as...selamat berpuasa, moga tabah yer...mgkin posa terakhir kat cna kot...

Unaizah said...

Selamat berpuasa As....

hasnulyakin said...

Uh! Alangkah syoknya kalau POCARI SWEAT & CALPIS pun ada kat Langkawi..Huhuhu

hasnulyakin said...

Uh! Alangkah syoknya kalau POCARI SWEAT & CALPIS pun ada kat Langkawi..Huhuhu

ADEEYA said...

Selamat berpuasa Kak As :)

mama maman aka yana said...

selamat berpuasa dan mama minta ampun jika ada tulisan mama ada menguris jiwa

Hanamiko Sakura said...

belum berpuasa lagi dah terliur tengok air tu.. hehe

selamat berpuasa untuk akak sekeluarga :)

Unknown said...

kami di Finland start puasa hari Jumaat. alhamdulillah 20jam masa berpuasa pada 1 ramadhan dpt diharungi.semoga kita tabah dan sabar berpuasa dirantauan org ni..selamat berpuasa buat As sekeluarga:)

lavenderlover said...

kak asmara! mcm ne persiapan puasa di jepun? selamat berpuasa ye akak! salam ramadhan!

Juliet_iRa~" said...

suka juga lagu tu..terutama part man bai..:)

salam ramadhan kak..semoga tahun ni lebih baik dr sebelumnya..awal tu subuh kat sana..

Azlin1977 said...

Alhamdulillah moga Allah memberkati saudara2 kami di Finland

♥ Elin Adrenalin ♥ said...

salam ramadhan...

selamat berpuasa kak...seronok baca pengalaman berpuasa dekat negara luar..ada waktunya panjang..ada yg singkat..

salam perkenalan,
http://www.vanillacheze.com/

narny said...

Assalamualaikum, suami saya akan ke Jepun besok untuk 5 hari, apakah jadual subuh dan Maghrib di Tokyo? Terima kasih...

Asmara said...

@Narny, W'salam. Boleh klik kat kalender Islamic Finder yang saya ada tulis tu (bahagian atas). Cuma klik pada Daerah Tokyo. InsyaAllah semua jadual solat pun ada disitu. harap membantu. :)

June said...

calpis !! sedap nyer favorite ni. tp kalo dkt KL ni nk beli sebotol pk puluh2 kali tgk harga nyer.