Saturday, July 28, 2012

Resepi Sup Daging

Sup daging untuk berbuka 2 hari lepas, dah siap masak rajin pulak amik gambar. Simpan resepi kat sini. Sebab kadang2 buat tu bertukar2 je resepinya terutama bila guna sup bunjut atau rempah yang lain. Ini guna rempah sup. Basic sup je tapi masak guna periuk tekanan. Makan dengan sambal kicap dan ikan masin. Memang bertambah! ;D

Sup Daging
Bahan-bahan,
  • 300g daging potong 4 segi 
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 2 sudu serbuk rempah sup
  • Kentang dan carrot
  • Daun sup dan bawang goreng
Cara-cara, 
  • Kisar bawang besar, putih dan halia
  • Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak hingga berbau
  • Bancuh rempah sup dengan sedikit air dan tumis sekali 
  • Masukkan daging, kentang dan carrot. 
  • Tutup periuk tekanan dan tunggu hingga masak lebih kurang 20 minit. 
  • Sedia dihidang dengan daun sup dan bawang goreng. 
Tiga hari ni cuaca dah makin panas, malam pun suhu mencecah 30C, kami baru hari ni on aircond. Nak keluar rumah pun kemalasan. Alhamdulillah semalam kami mendapat jemputan berbuka di rumah Aki dan Ami bersekali jumpa dengan blogger Umie Saitama. Lupa betul nak bergambar. InsyaAllah panjang umur bertemu lagi nanti. :-)

14 comments:

kasihredha said...

sedap hirup macam tu je ni As..
cicah dgn roti pun best gak

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

sedapnyer...
ai if buat sup daging wajib kena cwlur bihun ...blh jadi bihun sup hahaha...sini hangat sgt kaka...suhu 36 deg...pitam...atsuiiiii sgt

ijayuji said...

Salam kak as! oh tidakkkkkkkkkkkkk!!! sup daging mmg fav kitaaaa! perah limau letak sambal kicap byk2 sedapppnyerrrr.. terliur sudah tgh menulis komen ni ehehehe...

Ijah EmoTemo said...

konpemmmm sedap!!! ni hirup saja pun dah sedap ekekekek

FnF Simple Life said...

memang pekat kuah nya sup daging As. feveret hubby ngn anak2 saya ni As... bertambah2 makan nasik kalo buat sup tulang. sy tak berapa sgt ngn sup.

Kamalia said...

tu dia,sup daging tuh..memang nampak pekatla kak sup akak nih.nanti nak cuba jugala..

Mamasya said...

Salam As. Sup daging mmg kegemaran.... anak2 cukup suka.haripun masak sup daging...

Hanamiko Sakura said...

memang sedap.. lagi2 sup tulang.. hehe

sitiezahim said...

salam kak as..sini pon dah start paneh jugak tp biasanya seminggu seminggu berubah cuacanya.las week panas ni dah start sejuk skit..tp org jerman biasanya takde airkon kat umah. so kalau paneh bukak kipas je la..hehehhehe

Mas Sani said...

slm perkenalan....
Suka mkn sup time sayur sbb rasa segar dan laju je ms mkn hihihi

Ena's Palace said...

sedap tu as...lagi makan panas2 kan...

Rai said...

sup ni saya suka hirup je.. tak berapa sangat makan dengan nasi.. kalau dengan bihun ok lagi.. time takde2 selera ni ok gak kan.. yg pasti anak2 mesti rebut carrot dulu.. hehe..

Nuridah said...

sedap nya As sup ini...terguder kak Nur tengok...ish2 sesungguhnya kita berpuasa...aduh...mmg mengancam!!

awak chomel said...

Adoii aku tk reti laa