Sunday, July 22, 2012

Mandi Laut di Niigata sebelum puasa ~ Natsu Yasumi

Ahad 15 Julai minggu lepas, masa cuti Marine Day kami pergi mandi laut di Niigata dengan adik2 Malaysia di sini. Hari kedua pantai dibuka kepada umum untuk bermandi manda sempena musim panas. Jepun pun ada cuti umum khas untuk laut. ;D

Perjalanan lebih kurang 2 jam dari tempat kami. Duduk di tengah2 tanah bumi Jepun kami boleh pilih samada mandi di pantai Sendai(Lautan Pasifik) ataupun Niigata(Laut Jepun). Sejak Tsunami tahun lepas aktiviti mandi laut ni dah berubah arah ke pantai Laut Jepun pulak. Kalau sebelum ni aktiviti mandi laut di pantai Sendai, akan tidur, berkhemah untuk tengok matahari terbit, kali ni tengok matahari terbenam pulak.

Natsu Yasumi (cuti musim panas) pun dah bermula. Sekolah pun banyak dah mula bercuti, tapi sekolah Batrisya secara rasmi akan bercuti pada Rabu ni. Sekolah Haziq dan start cuti, tapi hari ni Haziq ada program tido di sekolah. Esok pagi baru balik.  Lega jugak bila cuti bulan puasa ni, tak perlu mama buat bento(lunch box) lagi. ;D Batrisya pun dah mula diajar untuk berpuasa. Sesuai sangatlah masa cuti ni duduk rumah dan belajar berpuasa. :)
Aktiviti wajib BBQ! Inilah rupa khemah budak lelaki bila yang perempuan tak ada! Kami sampai lewat jugak, saja join bawak anak2 main air laut. Mama sempat bawakan donut, kek pisang, udon goreng, nasi dan sedikit makanan ringan untuk mereka. Dapat jugak lah merasa ayam BBQ budak2 laki ni. Selain tu ada juga bihun goreng yang bila petang dah basi. hehe..
Haqem suka sangat dia mandi air laut ni, mandi tak nak pakai baju pulak tu, dah biasa bila mandi kene bukak baju, bila nampak air terus je bukak baju. Tak nak naik atas padahal dah menggigil sejuk, bibir pun dah biru waktu tu. Kena la balut dengan tuala kasi panas sikit. Lama jugak berendam main dengan ombak. Pagi sebelum datang tu hujan, tapi bila petang cuaca dah sedikit panas. Alhamdulillah tak panas terik waktu tu, cuaca petang tu sangat nyaman. Sekadar catatan memori buat kami di Jepun. :)

8 comments:

kurus said...

wahhhhhhhh as sedapp nyeee

ramai2 piknik macam nie .. happening kan .. tapi x lah nampak cuaca panas kan ;)

umiawadah said...

Selamat berpuasa ye..untuk anak2 pun Gambatte ne!...seronok ye mandi laut...happy sokmo...

FnF Simple Life said...

meriahnya mandi manda sambil berbbq... tahun ni kami tak sempat mandi laut... kat Inage ni 10 min je dari rumah dah tiba laut tapi Inage kaigan duduk kat Teluk Tokyo yang kotor... takleh mandi...leh tgk air laut je...huhuhu...

Batrisya ok ke puasa... cuaca pun sejuk 2-3 hr ni kn...Alhamdulillah

Amie said...

Nampak bersih je pantainya ye As.
Macamana buka puasa di Jepun?

Anonymous said...

salam ramadhan almubarak kak as :)

kasihredha said...

cantik pantainya

akak dah jumpa dah red bean dlm tin :)

Unknown said...

Panas eh.Hee ni kalu Malaysia sejuk dah ni..Best nye .lama tak bercamping..Huu

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

tuuuuu dia meriahnyer kaka
mmg best mandu laut ngan ayaq sejuk gituew sebab weather hangat sgt khen...masa g umi hari tu plan nak BBQ gak tapi kat area tue x kasi plak so terpaksa cancel....syok tgk anak2 main ayaq tue