Thursday, June 28, 2012

Undokai (Hari Sukan Atago)

Banyak betul cerita tertunggak. Mana sempat masuk dulu la untuk memori akan datang. Setiap kali ambil gambar memang beratus, pastu dah pening kepala nak pilih. Itu yang tertangguh2 je, sekali hadap laptop mau berejam, petang anak2 dah balik sekolah tak boleh la duduk depan laptop lagi. ;)
Tarikh 3 Jun 2012, Hari Sukan Atago yang tiap tahun diadakan untuk penduduk kawasan sekolah ni.  Batrisya macam tahun lepas masih kumpulan merah. Ada dua kumpulan je putih dan merah.
Pasukan sorak yang sentiasa bersemangat setiap kali acara berlangsung.
Khemah untuk pelajar dan khemah untuk penduduk berdasarkan poskod tempat tinggal. Kami masih di khemah Rinsenji.
Inilah acara lumba lari yang Batrisya masuk. Seperti entry saya sebelum ni tentang azam beliau tahun ni adalah nak lari dapat nombor 1. Tercapai jugak azamnya nak dapat nombor 1 dalam acara larian. Walau pada mulanya agak ketinggalan tapi dapat jugak dia potong rakan yang lain. Tahniah!
Muka happy menang! tapi takde hadiah pun, semua markah akan dikumpul untuk menentukan siapa pemenang keseluruhan antara pasukan merah dan pasukan putih.
Lepas tu acara untuk pelajar baling bola dalam jaring secara berkumpulan. Untuk tahun 2, pasukan merah Batrisya kalah pulak. Kiraan berdasarkan bilangan bola dalam jaring. Ini best sebab semangat berpasukan gitu. Keseluruhan pasukan yang menang tahun ni adalah pasukan putih!
Selain tu acara untuk penduduk pun ada, acara larian, tarik tali dan yang ini pun menarik, lari dengan membawa ikan hidup masuk dalam baldi. hehe..
Kolam renang sekolah dah mula berfungsi, minggu ni semua sekolah termasuk Tadika Haziq pun dah  start aktiviti mandi kolam. Siap2 dah bawak semua peralatan renang. Tiap hari kena amik suhu badan samada boleh masuk kolam atau tidak. Sebelah tu jumlah markah bagi setiap kumpulan penduduk. Tak pasti siapa menang sebab balik awal Haqem nak tidur. ;D
Waktu rehat, mama bawak bentou(bekalan) dari rumah. Laju je budak 2 orang ni makan, masa ni Batrisya belum rehat lagi.
Untuk khemah kami setiap orang dapat 2 ketul onigiri dan susu. Kami 5 orang dapat 10 ketul la, bawak balik sebab dah makan bentou sendiri, yang baki ni kami bagi kat orang lain. Alhamdulillah.. selesai acara sukan untuk tahun ni. Lepas ni tunggu hari sukan Kashinomi Yochien pulak (tadika Haziq) ;) Entry tahun lepas ada di sini. :D

20 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

omedetou batrisya dapat num 1....awal ekk gakko sana buat undokai...si adam lepas natsu yasumi...mean lagik hangat la...dah la skrng ni berkilat bukan main lagik ngeeee

LydSunshine said...

2 warna je rumah sukan. Heheh. Tahniah untuk batrisya sbb berjaya tunaikan impian nak dpt no 1 dalam lumba lari.

Onigiri tu mende? Seaweed ke? Nape bagi org? Tak halal ke? Atau sebab dah kenyang?

umiawadah said...

salam kenal...hajimemashite..dozo yoroshiku...watashiwa ida desu...seronok dapat bertemu blog ni...mengingatkan saya kenangan di jepun 16 tahun yang lepas,walaupun sekejap,tapi penuh kenangan....saya masih tercari2 cara untuk menyampaikan kenangan itu di dalam blog tetapi masih tercari-cari caranya...mungkin di blog ini akan menemukan isnpirasi tujuan saya itu...arigato gozaimasu..

Mixed-family in da house.... said...

Kak As,

saya tak sabar tunggu resepi nasi jepun yg kak as belajar di kelas hari tuh....

Asmara said...

@Lyd, onigiri tu nasi kepal. Intinya isi ikan, atau daging dan mcm2 boleh letak. yang ni sebab byk sangat, kami makan berapa ketul je, selebihnya bagi kat adik kat sini. ;)

@ummiarissa, terima kasih. :)

@mixed family, nasi jagung tu ke? hihi.. senang je resepi dah bagi kat situ. cuma jagung, garam, beras jepun dan sedikit dashi(air rebusan fish flakes). :D

Unknown said...

tahniah batrisya..tercapai jugak impian..

arghh..tsuna mayo onigiri..

lagi rindu nak makan okaka onigiri.. kat sini mana ada jual perisa tu..huhu..

Teratak Hami said...

Tahniah Batrisya ...

Cantiknya tengok bola warna merah ...

Unknown said...

Tahniah Batrisya, azam dah tercapai. Lepas ni mesti dia rindu semua ni kan As, dia dah besar, sure dia ingat punya. Seronok tgk acara sukan kat sana ya, yg penting semangat kesukanan berpasukan tu di terapkan.

maszull said...

assalamualaikum asmara...wah meriahnya suka kat sana...:)

kasihredha said...

tahniah2 dapat no 1
2 rumah je ye :)
kenangan ni :)

Acik Erna said...

assalam as..seronok ada acara mcam ni kan..untuk ibubpa ad jugk ke as.

dilabangiWORLD said...

shuntek shuntek gambornya...
seronok kan duduk kat nipon ni
orangnya sangat respect each other....

Nuwairani said...

alamak! rindu pulak tengok onigiri tu. masa 1st time pegi sana, jeling2 aje ngan onigiri n bentou tu. bila kali kedua pegi, baru lah nak pulun makan. dah balik mesia ni teringat2 lagi.

org2 kat sana memang semangat bab2 macam ni. meriah betol tengok!

Nadiah Sidek said...

beza sikit la dengan hari sukan sekolah di malaysia

lady lavender said...

Tahniah kakak Batrisya! Bakat atlet rupanya Batrisya ni :-)

Chekgu Azrine said...

Wag terror ek dpt no 1..tahniah!!

FnF Simple Life said...

tahniah batrisya... best kan tengok sukan sekolah jepun...

comeynye baju Angry Bird tuuu...aunty nk pinjam boleh...hehe.. Bento lunch tu pun cute sangat2... mmg style bento jepun...sy tak leh nk wt bento cmtu sbb ilmi tak pandai mkn syur rebus2...mesti nk kena tumis cm style melayu gak.seb baik pandai mkn salad. Teringin nk wat mcm style As, lebih mudah masaknya dan cute sgt bila susun2 dlm bento box...suka3x...

daddydee said...

jepun ni memang kreatif dalam bab bersukan....heheheh

Unaizah said...

Tahniah Batrisya!!! Dah tercapai cita-cita ye ;-)

Cik Sara said...

eh, sapa anak kecik yang makan pakai chopstick tu? hebakk arrr...eheheh