Tuesday, June 5, 2012

Tokyo Tower

Selepas tengok Tokyo Skytree kami ke Tokyo Tower pulak. Bila sampai rasa macam eh nape pendek je tower ni. hehe.. beza betul dengan Sky Tree, padahal sebelum ni Tokyo Tower ni la menara paling tinggi dan popular di Jepun. Lepas ni kurang la kot pelawat dah semua orang ke Tokyo Skytree. Tapi masih berbaloi jika ke sini, selain boleh naik tower setinggi 250 meter boleh juga masuk ke Wax Museum, Aquarium Gallery dan Space Wax. Sebelum ni kami pergi ada muzium Guinness world record, tapi kali ni dah takde pulak. Kami tak naik la sebab dah puas tengok bandaraya Tokyo di City Hall yang percuma sebelum ni.
Waktu kami pergi ni Jepun tengah cuti umum sempena hari kanak2 (Kodomo no Hi), jadi boleh kata semua tempat akan pasang bendera koinobori (ikan koi) ni sebagai perayaan dan peringatan pada kanak2. Sekolah budak2 ni pun tiap tahun buat koinobori ni untuk gantung kat luar rumah.
Kami bernasib baik dapat parking betul2 bawah tower ni, sebelum ni datang bawak kereta jugak tapi kene parking jauh di bahagian bawah dan kene menaiki bukit. Alhamdulillah berkat bawak mak abah selalu sangat urusan kami dipermudahkan. ;)
Dalam ni juga ada galeri mengenai sejarah Tokyo Tower ni yang siap dibina pada 1958 pada ketinggian 332.5 meter! Fungsinya adalah sebagai antena broadcasting tower terutama untuk siaran2 TV dan radio. Skytree dibina kerana Tokyo Tower dah tak mampu nak menampung broadcasting untuk digital TV. Jepun sekarang 100% guna digital dah tak pakai analog lagi.
Selain itu di sini juga terdapat banyak kedai2 cenderahati yang menjual pelbagai jenis cenderahati  seperti di Asakusa . Berbaloi dan puas hati juga membeli di sini. ;)

14 comments:

aReLaN said...

saya sempat pergi sekali je.dahla diri ini memang gayat.tak berani langsung tengok bawah.hahaha

Rai said...

sebut asakusa teringat kaminarimon..eh kat asakusa la kan..

sakan eh korang berjalan..masa parents saya pegi sana tak dapat nak jalan meriah2 sebab saya tak ada transport..lepas tu diorang tak biasa dengan makanan jepun.. so keluar pegi mana2 kena bawak bekalan..hehe..

nanie said...

wah....bestnya... :)

LydSunshine said...

Menara Tokyo dulu penah tgk dalam drama lakonan Takeshi Sorimachi 'Overtime'.

Koinobori pon penah tgk dalam citer Doraemon.

As, betul la.. kalau bawak mak ayah pegi mana2, saya pun selalu dapat parking yg mudah. Yang betul2 depan pasaraya. Padahal kalo pergi sendiri, selalu takde parking kosong. Berkat kot.

Qasey Honey said...

asslm As..QH mmg suka bca entri dr sni...bile dh dishare dlm blog ni...seolah2 mcm pegi ke sna jugak...hihi

yatie chomeyl said...

berkat bawak mak ayah ye kak as, semuanya di permudahkan oleh Allah :)

Mrs.R said...

Teruja pulak mahu ke Japan...mcm best je...kot boleh terserempak dgn Yutaka (hidup lg ke dia hah?)...

Daddy Ziyyad said...

Oh, ada hari kanak2 di Jepun ya..:)
Kalau betul2 Jepun ada raksaksa, habis semua tower yg ada ni kena langgar dek raksaksa..ekekeke

FnF Simple Life said...

kat sini sebelah malam cantik kan lampu2 dia

Hanis MY said...

suka pulak tengok perhiasan ikan2 tu... cantik...

p/s: ternampak video klip candy tu kat tv tak ingt rancangan apa... lawak je tapi comel la jugak hehe...

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

memula sampai thn 2009 tokyo tower ni antara tmpt 1st weols terjah....lepas ni nak gi city hall tue plak la

diana said...

kenapa ikan koi??ada sejarah nya ke??

Mamasya said...

Salam As. menarik bendera ikan ko tu...warna-warni. past famili As gembira dpt jln2 tempat yg menarik di sana.

profmie said...

wah..bestnya dpt g jln sana.bile ar rezeki sy dpt g sne..