Friday, June 22, 2012

Nasi Ayam Penyet

Lunch nasi ayam penyet hari ni. Ni kali kedua buat, yang paling sedap sambalnya tu. Ayam perap pun sedap. Setengah resepi guna nasi putih tapi ni saya guna Nasi ayam ikut kak Amie. Kremes tak sempat buat. hehe.. Terima kasih tuan asal resepi. :D. Simpan resepi untuk rujukan akan datang.

Resepi : Nasi Ayam

Bahan-bahan:
4 cawan beras biasa - cuci dan toskan
4 cawan air rebusan ayam - panas mendidih
3cm halia - hiris halus
3 biji bawang putih - hiris halus
1 helai daun pandan - siat-siat dan simpulkan
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 sudu besar marjerin
1 sudu besar serbuk pati ayam Tumix

Cara:
1. Didihkan air dalam periuk pengukus.
2. Panaskan marjerin dan tumis bawang putih, halia, daun pandan, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
3. Masukkan beras dan gaul rata.
4. Masukkan air rebusan ayam yang panas mendidih.
5. Masukkan serbuk pati ayam Tumix.
6. Kacau sekali-sekala sehingga beras kembang dan mengering.
7. Pindahkan beras yang mengering tadi ke dalam periuk pengukus. Kukus selama 15-20 minit atau sehingga nasi masak.
Resepi :  Nasi Ayam Penyet
Bahan-bahan:
1 ekor ayam  - potong dua dan asingkan bahagian isi dengan yang bukan isi seperti kaki, kepak, leher, tulang dada untuk di buat sup 
1 keping tempe -  dalam paket 
4  keping tauhu
tepung beras  - anggaran untuk tabur pada ayam,tempe dan tauhu goreng 
Ulam - timun, tomato, salad
Bahan kisar
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh jintan manis kasar
1 sudu teh jintan putih kasar
1 sudu teh lada putih
1 sudu teh serbuk kari
1 sudu teh serbuk kunyit
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub ayam 
Bahan kisar ini agak banyak dan nanti akan di gunakan untuk memerap ayam, tempe, tauhu dan digunakan untuk membuat serdak @ kremes.
Cara Penyediaaan
1. Kisar bahan-bahan di atas bersama 1/2 cawan air, garam, gula dan bahan perasa/kiub ayam yang dihancurkan.
2. Kemudian perap bahan kisar bersama bahagian ayam yang telah di cuci dan di bersihkan.
3. Simpan dan perap ayam dalam peti sejuk beberapa jam sebelum di goreng.
4. Untuk menggoreng ayam, taburkan sedikit tepung beras pada ayam yang telah perap tadi kemudian goreng ayam seperti biasa.
5. Untuk tauhu, potong dua melintang, kemudian gaulkan dengan lebihan rempah perapan ayam tadi, masa nak mengoreng taburkan sedikit tepung beras dan lumur hingga rata. kemudian barulah di goreng seperti biasa.
6. Untuk tempe, potong 4 dan belah dua melintang, kemudian gaulkan dgn lebihan rempah perapan ayam. Masa mengoreng boleh tabur dengan sedikit tepung beras dan goreng seperti biasa.
Bahan Sup
Bahagian kaki, kepak, leher, tulang rusuk -  dipotong- potong
Untuk Tumisan
3 ulas bawang putih  - di tumbuk
3 ulas bawang merah -  di hiris 
1 biji bawang besar saiz kecil - ditumbuk 
1 inci halia - di ketuk kasar/ ditumbuk halus
1/2 sudu makan lada putih - ditumbuk 
rempah 3 sekawan secukupnya  - kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga 
1 sudu makan rempah sup serbuk/ rempah bunjut
garam secukupnya
sedikit perasa/ kiub ayam – jika suka
air secukupnya untuk kuah
minyak untuk menumis
daun bawang/ daun sup - bahan tabur  
Cara membuatnya
1. Tumis rempah 3 sekawan serta bahan2 hiris/tumbuk hingga wangi kemudian masukkan ayam, rempah bunjut dan air.
2. Masak hingga ayam empuk, masukkan garam dan kiub ayam, sesuaikan rasa, bolehlah di tutup api.
Bahan Serdak @ kremes
1 biji telur ayam
1 cawan air ( saya guna cawan kecil )
2 1/2  sudu penuh tepung beras
sedikit rempah perapan ayam tadi
sedikit garam
Cara membuatnya
1. Satukan dan kacau hingga sebati bahan-bahan diatas. Kalau bancuhan agak pekat tambah lagi sedikit air.
2. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
3. Bila minyak dah panas… masukkan sesenduk kecil dan spread/tebar kan bancuhan tepung dalam minyak.
4. Cepat2 kacau dan goreng hingga kekuningan dan garing ( cruncy ).
5. Angkat menggunakan tos… dan buat hingga habis.
Bahan Sambal
5-6 biji cili merah
secekak kecil cili padi - boleh kurang jika tak suka pedas 

3 biji buah tomato – saya guna saiz besar
belacan bakar  - anggaran 1 1/2 inci 
secubit garam - 
2 sudu makan gula
1 -2 biji limau kasturi- ambil jusnya
Cara membuatnya
1. Kisar semua bahan diatas bersama sedikit air masak.
2. Sesuaikan rasa garam dan gulanya – bolehlah terus dihidangkan!!

28 comments:

Acik Erna said...

Assalam as..dah buat ke..sedapnya lapa acik tengok..semalam acik kerumah amie..ada tajuk je..tak tau apa asaalahnya..ni dpat tengok resepi di blog as..

Rai said...

aritu pegi makan kat ayam penyet dengan bos..ingat nak ajak husband pegi..dia tanak la pulak..nampak gaya kena buat sendiri la kot kalau nak makan lepas ni..hehe

Zurina Hj.Zainal said...

haishh....akak kt sini beli jer nasi ayam penyet...term siap buat lagi...kalau dekat, dh lama akak serbu rumah term...hehehehe

pB said...

akak copy paste dan print resepi ini.

harap halalkan , nyer

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

shayer suka ayam penyet
mau plak sambalnyer yg pedas tue
sangat sedap
but now x der selera nk mkn apa2...tekak sgt sakit sampai kena telinga ni...waduhhhh seksa betul

p/s::akak ...ayu rasa kena resaiz balik la header tue...yg lama akak pakai saiz apa ekk???

~ yus ~ said...

perghhh....nasi ayam penyet pulak dia...terbaiklah As!

Chekgu Azrine said...

nampak sangat sedap..rajin sangat!!

sabar dubai said...

waaaa kak ass siap lengkap dgn tempe? mane dpt...terliurrr kite

ADEEYA said...

Sedapnyaaaa !:D makin berkeroncong perutt

Sari Yusa Ibrahim said...

sedapnya....aduhaiii..

Ijah EmoTemo said...

feberet Jijah!!! bestnyaa!! hehe dah lama tak makan ni ngeee

Daddy Ziyyad said...

woww! dah ada resepinya..wife saya expert buat nasi ayam hainan....nak minta tolong dia try resepi versi penyet ni pulak la..:)

Nuridah said...

Assalamualaikum As cayang,

sihat ke dik?? Wah2 ayam penyet...itu lah yg akak suker sekali...sedap...enak kalau buat meratah kan?? Nanti kak Nur nk sepinggan tau....hehehe.

Teratak Hami said...

Dah lunch tapi lapar le pulak nengok nasi dgn ayam golek2 gitu.

LydSunshine said...

Yang specialnya nasik ayam penyet As ni pastilah.... timun tu. Hehehe. kalo kat sini dpt timun lebu je. As buat guna timun jepun. Saya suka lagi timun jepun. Sbb dia tak byk core kat tgh tu.

mama maman aka yana said...

dap.... dap,... :-)

Amie said...

Adeeeiideeiii deeii As,
tengok nasi ayam penyet As teringat balik nasi yang kakak masak hari tu, harum aroma rempahannya, he he heh sambal tu memang sedap, kak Amie bubuh sikit je cili padi, cuma kremes tu yang tak pandai menjadi... terima kasih As sayanggggg... sebab sudi cuba resepi yang sedap ini!

FnF Simple Life said...

hwaaa...terbaek lah

ieda said...

sedap nyaaaaaaaaaaa asss
rajinnn as buat
akk x pernah cuba layie
nak try makan aje nie
buat rasanya lambat lah koot ekekek ;)

Qasey Honey said...

aduhhhh sedapnye set nasi ayam penyet tu...tliur jadinye...lapo balik dh ni...hihi

Yasmin Aris said...

lapar pulak tengok resipi nih . adoiii . padahal baru je makan td. hihi . thanks sharing ! :D

Nuwairani Ismail said...

sampai sekarang nani tak pernah try buat lagi nasi ayam penyet ni. paling tak tahan tengok sambalnya

kasihredha said...

akak biasanya beli je As

Nadiah Sidek said...

kenapa akak duduk jauh sangat?? kalau tak, hari-hari terjah dapur akak :p

~~zana@pb~~ said...

Ayam penyet ni popular betul tapi akak jarang makan. Tengok hubby order kat kedai, mcm kureng je. Kena masak sendiri ni baru puas hati.

Ayam tu mcm berempah je AS?

sue-sama said...

wah...ayam penyet!

waalllaa! said...

ooo saya sungguh tak tahan tengok ayam penyet..lagi2 ayam penyetkat wong solo..bestnyer boleh buat sendiri..

Norzie hany said...

Sedapnya.