Friday, June 29, 2012

Angry Birds tak glamer kat Jepun

Aksi Haziq dan Haqem masa hari sukan Atago sekolah Batrisya. Diorang pakai baju angry birds yang papa beli kat Shanghai haritu. Game angry birds ni memang tak glamer langsung kat Jepun. Budak2 sekolah Batrisya pun tak pernah main, dan tak kenal pun. hikhik.. Budak2 Jepun ni diorang main game, kartun dan anime2 keluaran Jepun je. Bagus kan Jepun ajar rakyatnya guna barang2 keluaran negara sendiri. Bukan setakat game, boleh kata semua barang, benda kalau boleh memang diorang akan usaha dan buat sendiri. Tak puji lebih tapi memang kagum la dengan semangat diorang yang cintakan negara itew. hehe..
Banyak gambar dalam folder ni, so simpan sini untuk tatapan diorang dah besar nanti. Simpan dalam folder gambar entah bila la nak membukaknya. :D
Haqem pinjam spek ngan topi kakak. Sendiri punya taknak pakai.
Semangat nak join jugak, dah berlari nak tolong kutip bola masa ni. hehe.. Hari ni cuaca panas, tadi jalan kat luar amik Haziq balik sekolah memang terasa la kepanasannya tu. Nasib baik ada angin sepoi2 bahasa yang bertiup. Dalam rumah kami masih tak guna kipas lagi. Start Julai ni kot dah kene keluarkan kipas dan pakai. :D

22 comments:

SURIA AMANDA said...

amboiii...masing2 sedondon jerk...

Dr K said...

Kita kat Malaysia pun ada Upin & Ipin, ada Boboiboy....tapi Angry Bird tetap glamour! ahahaha

LydSunshine said...

Haqem nak plak bergambar ye. Siap posing lagi.

Itulah, saya tengok org Jepun ni, mereka tak suka copycat dan ikut2 budaya org. Derang tak kisah pun kalau derang tak gunakan barangan yg keluar drpd barat ni kan? Kalo org Malaysia jangan cerita la... Semua yg kuar dari barat tu, semua nak diikut.

Teratak Hami said...

Angry Bird asal mana ek? Akak pun suka dengan angry bird sbb cute tapi game langsung tak tahu.

*M'sia ada Upin& Ipin , Boboiboy ...

~♥ OjaAmran ♥~ said...

Aircond 24/7 on je kat rumah..eh, kami ni banyak lemak ke? huhuhu

yatie chomeyl said...

Haqem nmpk mcm gegirl pulak bila pakai topi & spek tu kak hehehe

daddydee said...

Itulah yang hebatnya mereka ni. Membudayakan negara sendiri.

Comel...

Asmara said...

@Lyd, yup betul tu. ;)

@Teratak hami, from Finland. saya layan gak. hehe..

@Oja, tempat kami keliling gunung sejuk sikit berbanding bahagian selatan jepun, dah panas ++. hehe..

ADEEYA said...

Comel Haqem.. Sometimes nampak cam gigirl :D comel gilaaa gerammmm :*

Nieda said...

header baru?.... lawa.

nazayiena said...

Memang budaya org Jepun camtu ya,bagus2....

lady lavender said...

Haqem pakai spek pink dah nampak mcm gugurl pulak. Comeyy!!

kurus said...

amboi2 comelnyaaa
berbaju merah layie .. ;)

aah merka oprg jepun nie bagus ;)

Unknown said...

kamain lagi Haqem bergaya yer...;)

Chekgu Azrine said...

Chomelnya!!merah u!!

Amie said...

Amboi..amboiii comelnya berposing!
Sib baik si bongsu tak berapa minta kat angry bird, kalau tidak...hmmm tentu asyik nak beli itu beli ini yang angry bird punya!

missy said...

hai kak.. memang betul kan jepun jenis utamakan barang sendiri? dalam j-dorama pun sama. saya ada minat this one mamat, dia mix jepun-omputih. tapi dalam drama2 dia yang saya tengok, semua dia dapat watak sampingan je. saya pun perasan, kalau muka cantik macam anak kacukan, orang tu mesti takkan dapat watak hero/heroin. dapat watak pun setakat jadi cikgu, jiran. hero heroin semua muka mesti pure jepun, walaupun watak sampingan ada yang lagi cantik (anak mix). in a way, bagus jugak macam tu kan. cuba compare dgn malaysia. kata watak gadis pingitan kampung, tapi muka kacuk german lagi.

kasihredha said...

org jepun memang bangga dgn keluaran diaorg kan...sebab tu diaorg maju

Unknown said...

Comelnya!! Tapi barangan jepun pun kebanyakan memang best-best pun. Kita pun minat.

Hye kak, salam perkenalan :) Suka baca pengalaman akak dekat Jepun.

Wani Sukarno said...

salam .. comeynya anak2 pandai bergaya.. posing .. tak pernah ambil tahu pasal angry bird .. tapi tahu la kalo kat Malaysia neh famous tol... kalo kat jepun tu x tahu la pulak budak2 tak minat

Outbound di malang said...

salam gan ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !

Outbound training malang said...

kunjungan gan .,.
saat kau kehilangan arah ingatlah masih ada yang menolong mu
dan tetap berdoa mengharap untuk menemukan jalanmu.,.
di tunggu kunjungan balik.na gan.,.