Wednesday, May 16, 2012

Super Moist Eggless Chocolate Cake with cheese and Chocolate Mousse

Tajuk kek sangatlah panjang. Rasanya pun sangatlah sedap! Percubaan pertama buat kek ni. Ilham dari Ita, terima kasih banyak. ;)
Sebab pertama kali buat, banyak pulak gambar diambil.;) Bahan pun guna apa yang ada di rumah je. Fondant yang digunakan baki dari fondant kek princess Batrisya tahun lepas. Baru 2x guna. Decoration pun tak plan, masa uli dan cop2 tu la terus letak. Lain kali nak buat cantik2 kene plan betul2 atau lukis dulu sebelum buat, termasuk warna. hehe..Kek ni kene simpan dalam peti sejuk, saya simpan semalaman.
Sangat sedap dengan lapisan coklat cake, cheese dan mousse. Highly recommended untuk dicuba. Alhamdulillah kek ni dapat dikongsi dan dirasa oleh beberapa orang. Satu slice makan pun dah cukup kenyang. Terima kasih Ita dan tuan punya resepi asal. Saya cnp dari blog Ita.

Sumber: Juwitafariz, DayangJack, Kak Nor dan Rahel. 
Bahan:
1 adunan Chocolate Cake* 
SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung ~ k.nor lebih suka guna melted butter
1 sudu kecil cuka atau jus lemon



Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek.
  2. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
  3. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  4. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  5. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

Bahan Lapisan Keju:
250g cream cheese
70g gula kastor
20g tepung gandum
1 biji telur saiz L
1 sudu teh jus lemon
25ml air
3 sudu besar blueberry filling (tak letak pun tak apa)

Cara:
1.Panaskan air dalam periuk pengukus.
2.Adunan kek coklat dibahagi kepada 2 bahagian.
3.Ambil satu bahagian adunan kek coklat, tuang ke dalam loyang dan kukus
selama 15 minit.Angkat dan tekankan sikit dengan sudu supaya rata.
4.Kemudian pukul cream cheese,gula,tepung gandum,jus lemon dan air
sehingga berkrim.Tambahkan telur.Pukul rata.
5.Tuangkan adunan cream cheese ke dalam kek coklat kukus tadi.Ratakan.
6.Letakkan (dot2kan guna sudu kecil) blueberry filling dipermukaan adunan
cream cheese tadi.Kukus lagi selama 15 minit.
7.Kemudian tuangkan lagi baki adunan kek coklat tadi di atas lapisan cheese
dan kukus lagi selama 30 minit dengan api sederhana kuat.

pesan:
*air kukusan hendaklah betul2 mendidih sebelum mengukus kek.
*balut tudung periuk dengan tuala/kain bersih agar kek tidak terkena wap.
*tiap lapisan kek dikukus dengan api sederhana sahaja.


Chocolate mouse

200 ml whipping cream
2 sudu gula
3 sudu serbuk koko dibuat pes
1 sudu besar gelatin halal + 4 susu besar air sederhana panas

Cara-cara
  1. Masuk semua bahan kecuali gelatin dan pukul.
  2. Bila hampir gebu masukkan gelatin dan pukul hingga gebu.
Cara meletakkan chocolate mousse
  1. Setelah kek diatas siap dan sejuk tanpa mengeluarkan dari loyang masukkan lapisan coklat mousse. ratakan dan simpan didalam peti sejuk. ita guna loyang yang boleh dibuka dari bawah.
Ganache
200 ml whipping cream
500g cooking chocolate- ita guna 2 bar coklat meiji
1/8 cwn golden syrup- ita tak letak
4 sudu serbuk koko- ini ita tambah


cara

  1. Didalam periuk kecil atau double boiler didihkan whipping cream
  2. Dengan menggunakan api yang kecil masukkan cooking choc. kacau sebati
  3. tambahkan golden syrup( jika perlu)
  4. setelah sebati kacau dan boleh padamkan api.
Cara menghias

  1. Setelah kek yang disimpan didalam peti sejuk siap keluarkan dari loyang. kemudian tuangkan coklat ganache diatas kek tersebut. ratakan dan hias mengikut kegemaran

18 comments:

~♥ OjaAmran ♥~ said...

harus la dicuba! (^_^)

Cheq Sue said...

adehhh...dah banyak kali survey kek ala2 indulgance ni...yang ada mousse dan cheese ni....teringin sangat nak cuba tapi kena cari masa luang dulu ^^

** selamat ulang tahun perkahwinan ke 9, moga kekal selamanya :)

jamilahamzah said...

sedapnyer...nyum nyum... saya cnp resepi yer..nk buatnyer ntah bila..x pernah bt kek lagi nih...

kurus said...

aloor sedihnyaa akk tgk dari kejauhan nie .. sure sedap gile kek nie dik huhuhu

Mummy Sher said...

sedapnyeeeeee!!!!!..;D

FnF Simple Life said...

kek cekelat ngan keju n chocolate mousse...mmg heaven...mana dapat fondant tu As? Msia ke jepun nye?

Asmara said...

FnF, bawak dari msia dulu. Sampai skrg x habis lg.. Sekilo tu. Hihi..

Amie said...

As... dapat sepotong pun jadilah! Nampak sedap mengancammmm....

Unknown said...

nampak sedap sgt kek ni As, pernah juga masuk list resepi ni tapi kena cari masa yg sesuai nk cuba sebab tgk rumit juga nk buat ni..kena cuba dulu baru tau yer:)

anna said...

ya Allah ya tuhanku u!!!!!!!sedapnyaaaaaaaaa... nak menangis i nengok kek u!haihhh....hebatss!!

lady lavender said...

ASsss!! cantiknya cake....bila tengok bahan mcm renyah aje hehe...kena tunggu betul2 rajin baru boleh try ni. Antway hepi 9th aniiversary..semoga kekal bahagia hingga ke syurga . ameenn..

ShidaGhazali said...

wah...mcm best ni

btw, happy annivessary kak as, smga kekal hingga akhir hayat.

LydSunshine said...

Huuwaa.... byknya step dan teknik nak buat kek ni. Kalau kek yg mcm ni saya rasa ada kat secret recipe - chocolate indulgence. Tapi tak la setebal mcm as buat setiap lapis tu. Kedekut je cheese dan choc mousse.

fazian.batrisyia said...

tahniah as...moga berkekalan & bahagia selalu. Coklat2, cheese ni mmg la sedap...mcm nak buat skrg jek rasanya...

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

dah rasa kek ni dulu hanis bawa mai 2 slices kat ai...dia order kat k.ita...ya ampun rasa mcm kek kat SR tue...oishikatta ....nnt biler rajin baru try ngeeee

Teratak Hami said...

macam kek SR. Semlm baru akak beli utk beri cikgu2.

Hanis MY said...

kak as tak bukak utk tempahan ke, dekat sket nk order hehe...

Nuwairani said...

perghhhhhh! sangat menggiurkan kek cekelat tu. tengok kek yang kak as buat ni tiba2 terasa mcm dah lama betul x bake moist choc cake.