Thursday, May 17, 2012

おかあさん ありがとう!

Okaasan arigatou! (Terima kasih mama!) Hasil lukisan Haziq di Yochien sempena hari ibu tempohari. Boleh la Haziq yang penting ada usaha nak melukis muka mama, hehe.. oh ye hasil lukisan (sebelah kiri) ni ditampal selama seminggu di sebuah pasaraya di sini. Kami terlupa pulak nak pergi tengok dan ambil gambar, semalam pihak pasaraya tu pulangkan semula lukisan ni dan turut diberi cenderahati berbentuk makanan, tapi tak semua boleh makan. Lukisan kanan tu ditampal dalam kelas Haziq.
Ini nota kecil yang dibuat sendiri sebagai hadiah. Sangat comel, tapi dah dirasmikan oleh Haqem, dia yang dah tulis2 dan lukis dalam nota nih. hihi.. Arigatou Haziq sayang! Act. tiap2 tahun memang dapat lukisan dan hadiah macam ni termasuk hari bapa jugak, hadiah comel2 yang dibuat sendiri oleh kanak2 atas bantuan sensei untuk diberi pada ibu bapa. Sangat hargainya, mama tampal dan simpan tiap lukisan yang dibuat sebagai kenangan. Tapi ada juga yang dah terbuang sebab penuh sangat dengan hasil2 kraftangan Haziq dan Batrisya sepanjang bersekolah di sini. Alhamdulillah.. terima kasih anak2. :D

16 comments:

Unknown said...

berseni juga tangan Haziq ni, cantik As!

Teratak Hami said...

tebal lipstick mama :-)

me suya said...

pendekatan sensei mereka utk hari2 penting macam ni sangat bagus.. Sebab seingat suya, masa sekolah.. Bila hari2 macam ni pun learning basis jugak.. jrg nk berkarya gini, unless hari guru.. hehehe sekarang xsure la kan

Unknown said...

mesti terharu dapat lukisan ucapan hari ibu dari seorang anak kan...:)

yatie chomeyl said...

wah mesti terharu kan masa dpt ni...apsal hokiuen Sn tak bg hadiah mothers day tahun ni ye? hehehe

LydSunshine said...

Oka-chan arigatou. Terrernya boleh tulis jepun dan baca tulisan jepun.

Katun yg last skali tu yg paling tak faham. Hahaha.

Unknown said...

anak akk x ingat buat tu semua, janji ibu ttp dihati dia..
Slmt hari ibu utk oka san haziq.

eruniahasano87 said...

comeii je..

Unknown said...

chotto chotto!!! cantiknya tulisan haziq...hahaha..tulisan saya huduh bangaattt

kurus said...

alah2 cantiknyeeeeeeeeeee ;)

Hanis MY said...

wahhh terharunyaaa... pandai je haziq lukis, siap terpilih letak kat pasaraya lg.. bagus kan sekolah kat sini...

i miss u tooo kak as, bila ntah nak ketemu wuwuwu...

cahayahidupku.blogspot.my said...

彼が描くん、それはかなり良かった(Sungguh cantik haziq lukis)

Mama mesti gembira.. betul lah As beli dah banyak sangat dia orang lukis bagi kita sampai tak tersimpan ada juga akak terbuang lukisan mereka...

Selamat hari ibu utk As juga ^__^

Kamalia said...

hehe..tergelak baca komen kat atas tu.."tebal lipstick mama"..mama tak pakai lipstick kan,natural beauty lagi...cantik haziq buat tu..
mmg baguskan kak sensei diorg ni..mmg mcm2la kad dan lukisan yg diorg bawak balik..sampai tak tahu nak simpan mana dah..

FnF Simple Life said...

alolo comey nye lukisan haziq...ilmi ingat lagi sama haziq, haqem dan batrisya...

Asmara said...

@Rai, hihi.. sensei yg tulis, Haziq lukis je. :D

@Kamalia, haha.. aii pun tergelak sama. hhehe.. papa kata mamakan pakai tudung. :D

Unknown said...

apala gamaknya maksud tulisan tu.. kecik2 dah pandai... hehehe
besnyer kak...
(^____^)