Wednesday, May 23, 2012

Shibuya Tokyo dan penginapan

Catatan perjalanan ketika mak dan abah datang ke Jepun tempohari. Mereka tiba pada 28 April 2012, kami terus ambil di airport dan bawa ke tempat penginapan di Shibuya. Hari pertama kami bawa jalan2 sekitar Tokyo menaiki Tokyo Metro, bermula di Shibuya Station, beli tiket one day pass (adult 710yen child 360yen). Sebelum beli tiket kene merancang nak ke mana dulu sebab Tokyo Metro tak lalu semua line. Sempat bergambar di sekitar Shibuya, sangat sesak dengan ramai orang, kebetulan 30hb tu cuti umum.
Bergambar di hadapan Shibuya Station dan Shibuya Crossing, tempat melintas jalan paling sibuk dan popular!. Tak sempat nak ambil gambar dengan patung Hachiko, ramai sangat orang waktu tu. Tapi pernah bergambar masa pergi sebelum ni. Eh napa masa ambil gambar ni macam tak ramai org pulak ye. hihi.. Shibuya memang syurga membeli belah, semua fesyen terkini banyak di sini, waktu kami pergi majoriti kedai  buat promosi sempena cuti Golden week. Shibuya ni 24 jam sentiasa ramai orang, dari pagi hingga ke tengah malam sampai la ke pagi semula, muda remaja ramai la kat sini. Seharian naik turun keretapi memang agak letih pada hari pertama. Petang tu balik awal sebab ada appointment dinner dengan sensei di rumah penginapan.
Rumah penginapan kami, betul2 berada di tengah bandar Shibuya, 5 minit jalan kaki ke Shibuya Station. Kami sewa mansion kepunyaan sensei, sangatlah murah dan berbaloi. Sensei caj 1500yen semalam untuk dewasa, kanak2 free, kalau nak cari penginapan/hotel yang murah di Tokyo memang agak susah terutama family yang besar seperti kami. Biasa caj yang dikenakan adalah dalam lingkungan 10-20k yen per room, mengikut area. Tapi kebanyakan hotel di Jepun akan caj mengikut bilangan orang. Hari pertama kami dicaj 1000yen(RM38) je, petang tu sensei masakkan dinner untuk kami, special untuk parents yang baru tiba. Kebetulan parents pun bawak macam2 makanan dari Malaysia, suka la orang Jepun dapat merasa makanan Malaysia, siap mintak bungkus bawak balik rumah dia. hehe.. Terlupa sungguh nak ambil gambar ramai2, terima kasih banyak sensei atas budi baik beliau. ;)

24 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Seronok ye As dapat bawa mak dan abah jalan-jalan di Nihon...

Mahal juga ye caj penginapan di Nihon ni, kira orang pula tu...kalau anak ramai menangis nak bayar ehe .. ^__^

FnF Simple Life said...

mmg murah sgt2 tuuu...tak sampai 1man...best nye. sensei siapa As?

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

kayo nyer sensei tue blh beli mansion kat shibuya tue....brpa ribu man la tue...mmg selesa la dpt stay mcm ni ngeeee

Chik Att said...

wahhhhh or jauh datang ... tentu bestan ...lepas rindu

asyifamustaffa said...

Seronok mmbacanya...x dpt pegi...dpt tgk gmba n baca catatan asmara, kira ok la...hehe....

Asmara said...

FnF, my sensei. :)

Kamalia said...

ok..curik2 komen sambil ajar anak..hehe.bestnya kak,mmg dekat sungguh dengan eki ye..terasa nak menyewa jugak..boleh tak?haha.
p/s:saya tak penah jalan2 kat shibuya,sbbnya mmg naik ketakan pastu dgn anak2 lagi..sadis sungguh..:(
p/s:entri yg lain2 nnt saya komen lagi..xterbaca ni,banyak sungguh saya tertinggal..huhu

Unknown said...

baik gila sensei..cantik pulak tu rumah dia..

yatie chomeyl said...

wah murah gila accomodation, dah la cantik dan luas. lenkali kalau nak g tokyo, nk duduk sini gak la. leh ke kak as?

Teratak Hami said...

Bestnya dapat sewa mansion murah gitu. Selama 4 tahun duk jepun, rasanya sekali jek akak duk hotel kat Jepun, tu pun masa mula2 samapi Jepun, JPA sediakan. Hotel kecik kelemut jek. Lps tu klu travel, stay rumah kawan2.

Asmara said...

@Kamalia, @Yatie, kne tnya sensei dulu, sbb rumah ni dia buat tempat meeting utk business. maybe utk kawan2 rapat je kot. gomen nee..:D

@rai, @teratak hami, memang baik, kami pun kdg2 tido rmh kawan2, jimat sikit hotel mahal giler kan kat jepun ni. huhu..

LydSunshine said...

uih... mahalnya. Kalo nak pegi jepun ni agaknya kena kumpul duit RM40 ribu baru bleh berjalan2 dgn riang gembira. Huhu.

As, budak2 tu mesti hepi atuk nenek derang dtg kan?

Asmara said...

@Lyd, hihi..bukanlah sampai RM40ribu. kene convert yen ke RM ni. 1000yen =RM38. ;D

Unknown said...

huuu bile le saya nak ke sane.hehe

aReLaN said...

saya masa kat nihon dulu,tak sempat pon nak bawak parents pegi sana & bawak jalan2.wuuuuu

Anonymous said...

Assalamualaikum..
Sy mohon bantuan nk tya tentang penginapan murah utk keluarga. Sy kerja KKM, kena htr training kt JICA,shibuya Tokyo selama sebulan. Sy ada ank kecil setahun lbih. Sedihnya klu nk kena tggl lama. So, klu ada pnginapan yg affordable, bleh sy bw parents dan anak bsama.. Tolong ye.., susah hatinya sy..
-eryn. putrajaya.
sweet_hai_s@yahoo.com

Unknown said...

Salam... Mohon bantuan sedara2 klu ada penginapan yg murah yg boleh cadang utk sy stay di Tokyo. Sy dihantar attend training program di JICA, shibuya tokyo selama sebulan nov ini. Susah hati dan sedih sgt nk tggl anak setahun lebih. plan to bring my lil doter n parents together klu ada place to stay below rm3000 for the duration. Possible to get ka? huhuhu..

Asmara said...

Wsalam, saya ada reply menggunakan email yang saudari berikan. Mungkin ada guest house yang offer penginapan 70k yen(toilet dan dapur share) atau RM2800 untuk sebulan. Tapi jika di area Shibuya tempatnya memang sedikit mahal. Mudah2an membantu.

Syazwani Mohd Roslan said...

Boleh saya tahu apa nama hostel, contact number, email atau FB hostel yang saudara dapat harga RM38/malam tu? Nie email saya. syazwanimroslan@gmail.com
Terima kasih banyak saudara.

Anonymous said...

Salm,
Sy suziana dari batu pahat Johor.
Boleh sy tahu nama tempat penginapan yg murah tu. ¥1000.
Kami ada rancangan untuk pergi ke jepun pada hujung tahun ni...itu yg mencari penginapan yg murah untuk keluarga.ni emai sy , suziana-selamat@jhr.sharp-world.com

Unknown said...

salam..saya berminat untuk dptkan info berkaitan dgn tempat tinggal di Shibuya yg plg murah..kalo ada info mohon email ke hizwaniahmad@gmail.com..terima kasih banyak2..

Anonymous said...

salam bleh bgtau x cm mn nk contact tempat tinggal di shibuya tu?

hadnak said...

assalammualaikum. saya berminat untuk dptkan info berkaitan dgn tempat tinggal di Shibuya yg plg murah..kalo ada info mohon email ke

hadnak@gmail.com

terima kasih banyak2

Asmara said...

Dear all,

Mohon maaf apartment ni sensei tak sewa untuk orang luar, dia cuma bagi pada rakan2 yang dikenali sahaja. Harap membantu. :)