Thursday, May 31, 2012

Masjid Tokyo Japan

Masjid Tokyo merupakan masjid terbesar dan antara tertua di Jepun, terletak di Oyama-cho, Shibuya-ku atau dikenali sebagai Tokyo Camii. Masjid ni kepunyaan Turki tetapi dibuka untuk semua umat Islam menunaikan Ibadah. Masjid ni dibina pada 1938 lagi tetapi dihancurkan pada 1986, walau bagaimanapun ia telah dibangunkan semula pada 1998 dan tahun 2000 siap digunakan hingga sekarang. Masjid ni menggunakan banyak material daripada Turki, dan juga merupakan Pusat Kebudayaan bagi masyarakat Turki. Kami ke sini menaiki kereta, parking percuma disediakan dibelakang masjid, tapi waktu tu kami parking di parking berbayar tak jauh dari masjid. Jika menaiki keretapi ambil Odakyu Line dan turun di Yoyogi Uehara Station.
Bahagian untuk solat terletak di tingkat paling atas, SubhanaAllah memang cantik senibina dalaman masjid. Waktu kami tiba tak ramai yang berada dalam masjid, cuma staf berbangsa Turki yang menjaga office di tingkat bawah sekali.
Bahagian bawah terdapat pameran barang2 dari Turki, juga boleh membeli cenderahati di sini. Kedudukan masjid yang berada di tepi jalan sangat mudah dan InsyaAllah tak sesat kalau ke sini. ;)

19 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

canteknyer masjid ni akak
rasa mcm kat arab

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Subahanallah, rasa bangga sangat kan As ada masjid terbesar di negara yang mojoritinya bukan muslim...

Ternyata Islam ini ada dimana-mana, semoga ada rakyat Nihon ini menerima hidayah daripada Allah hendaknya..

Sporting lah tengok mak dan ayah As gambar berdua tu.. :D

Rai said...

rasanya macam pernah pegi kat situ.. hehehe..kat area yoyogi uehara tu ada kedai pakistan tak.. kalau tak silap kat shimokitazawa ada kena pakistan tabehoudai 2x2=8.. kitorang suka la lepak situ dulu..

eh..btw..da cuba halal yakiniku kat shibuya? katanya sedap..waiii.. teringinnya...

Asmara said...

@Rai, tak pergi kedai pakistan tu, kami makan kat Marhaba sedap gak. hehe.. yakiniku tu kene tempah, mahal ooo.. tak terasa plak nak mkn haritu.

LydSunshine said...

Cantiknya senibina Turki. As, saya perasan org yg tinggal di Jepun rajin berjalan kaki kan? Naik train pastu menapak je ke tempat yg ingin ditujui. Kat sini malasnya nak jalan. Panas. huhu. Alasan.

Asmara said...

@Lyd, nak kurangkan kesesakan, semua org naik pengangkutan awam, jd kene la jln kaki, tp mmg bagus otak cergas, buat kerja pantas. sekolah kat sini mmg dah ajar jln kaki dari darjah 1 tak boleh parents hantar atau naik bas. sbb tu sekolah byk kat jepun, tiap 1km ada sek (mengikut penempatan). ;) sini kalau panas lebih panas dr msia, tp 4 bulan je la. hehe..

Nieda said...

cantik senibina masjid ni.
Islam di mana2 mudah nak bersolat.

yatie chomeyl said...

dah 3x pergi tokyo, x berkesempatan lg singgah masjid ni. harap2 smpt singgah sblm balik msi ananti ..ameen

Qasey Honey said...

besar jugak yer masjid kt Tokyo ni..senibina dlmnye pon cntik..

Asyifa Mustaffa said...

cantiknya...walaupun bukan negara islam kan...tp senibina dalamnnya tu..mmg islamic betul nmpk...sungguh cntik..!

dah selalu jenguk sini dan baca citer pasal jepun nie...rasa cam dah duduk dlm kawasan tu je...hehe...

syieda said...

owh ada gak masjid kat sana ek. terima kasih utk info tu. nanti boleh la tanya panjang lebar ye.

aimi said...

cantiknya masjid ni. kerawang2 die ada mcm kat alhambra sikit kak :)

FnF Simple Life said...

Alhamdulillah...sempat menunaikan solat dimasjid ni masa 1 syawal tahun 2011...mmg cantik dan luas.

cik fadh said...

cantiknyer binaan masjid kt sana..wahhh mak ayah akak dtg melancong ke sana yer..best best..agak2 kalo cik fadh smpai sane, akak bole jd tourist tuk fadh x ? hihi

Kamalia said...

saya tak sampai lagi masjid ni. kamil penah la solat jumaat kat sini dgn staff embassy dulu..
itula,kalau tengok gambar dr kawan2 lain pun mmg cantik sangat interior dia kan kak..

Nazayiena said...

SubhanaAllah memang cantik senibinanya.....

Pink Lavender said...

canteknyerrr...

makneng follow kamu
jom follow makneng

Unaizah said...

Cantiknya senibina masjid ni As.

Intan ~ Nur Azlina said...

Pernah sampai ke masjid ni semasa bercuti ke Tokyo bulan Julai yang lepas.Senibinanya sangat cantik.

Mohon untuk berkongsi maklumat mengenai masjid ni.