Monday, March 5, 2012

Atarashi Tomodachi (Teman baru)

Alhamdulillah minggu lepas kami menerima kedatangan tetamu jauh dari Saitama. Seronok dan happy dapat bertemu teman baru lagi. Act. baru je berkenalan dengan Ami dan Faiz, kebetulan Faiz ada kerja di sini, jadi berhubung dengan husband looking for Msian family yang ada di Yonezawa. Kebetulan pun dengan adanya group Serikandi Bumi Sakura di fb Ami jumpa nama saya dan terus add. hehe.. seronok lah menambah kawan2 di bumi Nihon ni. Paling best bila terus dapat bertentang mata gitu.

Sangat comel dan sweet couple ni, newly wed lg, tapi Alhamdulillah rezeki mereka terus berisi gitu. Saya ni bukan boleh asal ada orang berisi je mula la risau lagi2 bila jadi perantau. Tanya jugak ada teringin nak makan apa2 tak. Mana yang mampu InsyaAllah cuba tunaikan. Alhamdulillah dapat jugak buat sikit2 makanan mengikut apa yang ada di rumah saja waktu tu. hihi.. seronok sangat dapat main masak2 dengan Ami. Dapat jugak menjamu tetamu dengan nasi ayam, macaroni goreng, Laksa Kelantan, keropok lekor, kuih cara dan special nasi kerabu express. Express sebab buat dalam masa sejam setengah je. haha.. Faiz kene balik awal ikut boss, nasib baik sempat makan dan sempat jugaklah bawak bekal pulang. Harap2 menepati citarasa tetamu walaupun tak original negeri kelahiran mereka. ;D

Anak2 pun happy sangat dapat jumpa auntie dan uncle yang peramah. Haqem pun pandai merajuk kat mama terus peluk kat auntie Ami. hihi..Haziq pun siap cari auntie ami balik sekolah, tengok tv pun boleh nak pegang2 tangan. haha. lawak betul. Anyway terima kasih  banyak Ami dan Faiz sudi menyinggah di rumah kami, maaf kalau ada kekurangan layanan dsb. InsyaAllah panjang umur bertemu lagi nanti. Gambar ihsan dari kamera Ami (nape la pulak Batrisya buat mulut mcm tu..) Tq Ami, ada jugak gambar kenangan gitu. :D

12 comments:

diana said...

BANYAK NYA MENU...
MACAM BUAT KENDURI PULAK..'HEHEH

Hanis MY said...

sweet couple...kim salam kat dia eh kak as... org kelantan ke ami tu? pengsan tgk menu kak as masak... dah lama imejin nk main masak2 tapi tak pernah kesampaian wuwuwu....

LydSunshine said...

Tu la specialnya kan duk di perantauan. Kalau dok di Malaysia, belum tentu As akan dpt kenal mereka.

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

Tgk pernah theyols kt fb but x add pong ngeeee
Ya Hampunnn menu pitam dengaq
Tetiba rasa nk preggy la blh request akak masak...omg over acting ni ngeeeee

Kamalia said...

husband ami tu keje kat sini la ye kak?
bestnya ade kepok lekor jugak..nakkkk..;p

yatie chomeyl said...

comeynya empat2 org dlm gmbr tu hehe

ADEEYA said...

Handsomenyaa suami dia. Ingat orang jepun tadi ihihi :D

Ijah EmoTemo said...

bestnya menu-menu tu hihihihi. terus rasa nk berjiran dgn akak erkk haha

kasihredha said...

best jadi tetamu as :)
banyak menu yg di masak

Teratak Hami said...

Nak jadik tetamu AS la ... nak makan, hehe

dayot said...

Kak As
hisashiburi;)
Bestnya kan kalau ada tetamu. Rasa meriah gitu:)
Kita pon nak jadi tetamu akak jugaklah, boleh request macam2 kan?;)

Asmara said...

Hanis, haah sama hanis la husband wife kelantanese. Hehe..

Kamalia, haah kerja. ;)