Friday, March 9, 2012

Festival Salji yang terakhir..

Musim salji yang dah hampir berakhir, kami sempat jugak tengok festival salji ni. Pergi hari Sabtu lepas, bawak budak2, minggu sebelum tu tak dapat pergi sebab Haziq ada konsert. Sejuk.. tp dah pakai baju tebal tu kurang la sejuknya. :D
Mama geram dengan Haqem, kan sepanjang jalan tu ada lilin, dia boleh singgah tiap lilin tu lepas tu padamkan api, padam guna glove dia je pulak tu. Sebab dia tak rasa panas tu yg kemain syok dia buat. Kene la mama pasang balik lilin kat jalan tu.
Ini kat dalam Igloo pun sama, pantang nampak api kat lilin tu. Kene la pegang dia selalu. TQ kakak Batrisya tolong jaga Haqem. :D
Dalam Igloo ni dipamer gambar orang kampung kawasan ni zaman dulu. Memang kagum tengok sejarah awal penubuhan kampung di lereng gunung ni dulu. Tu papan tanda sekolah zaman dulu.
Salji yang kejap turun kejap berhenti, suhu waktu ni -5C.
Dalam bangunan salji ni ada macam2 iklan yang sponsor festival ni.
Best sangat, macam2 bentuk ukiran yang dibuat pada dinding salji.
Totoro pun ada, dalam bangunan salji ni pun ada kedai2 jual makanan, tak dpt amik gmbar org ramai beratur beli makanan. Saiz dia tak la besar macam dalam igloo, tapi masih boleh masuk macam lorong. Ada tempat duduk untuk makan dalam bangunan salji ni.
Kayu api tu menarik, tapi bila angin tiup bahaya percikan api tu. Ini dalam bangunan salji yang menggunakan cahaya LED.
Wayang pun ada, ada letak 3 skrin putih, video dan gambar2 yang ditunjuk masa pembinaan bangunan salji ni. Memang menarik sangat. Puas hati dapat merasa pengalaman duduk dalam rumah salji, sejuk tetap sejuk tapi memang kagum tengok hasil kreativiti orang Jepun yang buat semua ni. :)
Sekadar catatan memori dan pengalaman buat kami di sini. Alhamdulillah.. :)

17 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

nyapa pakai face mask???
x cihat ker akak??
sini hari2 ame adehhhh
yuki dh cair

Rtp Farra Arisha said...

whoah, this is interesting. seriously. :)

ieda said...

seronoknyeeee
akak tumpang tgk jelah dari kejauhan nie ;)

yatie chomeyl said...

bestnya...nti blk msia mesti rindu rumah2 salji ni kan

Rai said...

waiii...ada flat screen tv ke tu dalam rumah salji tu..hehehe...

LydSunshine said...

Sedihnya musim salji dah berakhir. Si Haqeem tu kelakar. Bleh plak dia buat muka suci je padamkan lilin. Nasib baik kakak boleh diharap. Heheh.

ijayuji said...

Salam kak! weeeeeeee... bila tgk org main salji gini mmg best, tp bila dah ada kat tempat yg bersalji tuu rasa mcm nak cabut lari ehehe sejukkkkkkkkkk egegegege.... paling tak tahan part hidung dgn pipi, mcm air batu! ehehe... akak dah nak balik mesia eak? dah abis tawaf peta jepun belum kak? hihihi...

Nazayiena said...

Lepas nie dah xde le semua igloo tu bila musim salji dah berakhir,dlm sthn berapa kali ada musim salji As?

izahdaut said...

best best best... pos salji skit as. kikiki

sabar dubai said...

kak as parcel yuki kt dubai sikit boleh dak?

ADEEYA said...

Seronoknya! :D hehehe

Ijah EmoTemo said...

wahh bestnyaaaaa!!

FnF Simple Life said...

Alaaa... kt Chiba xde festival salji cmni...Tak aci3x... He3x

Nieza said...

wahh kat sini pun ada cerita salji lagi yer...bestla tgk tempat As dan family pergi ni menarik tu.bila la nk sampai sini lak yer:)

Nadiah Sidek said...

kenapa kat sini takde festival macam tu? huhu..

Sue @ Nenie said...

Salam....Seronok yaaa dapat main salji....Dah akhir musim ni main puas-puas yaaaaa

Kamalia said...

haqem sama macam twin ni ha..abih sume lilin dia nak padamkan..
sangat best tu bila ada wayang sekali ek..wuwuwu..nak tengok jugak..