Monday, February 27, 2012

Igloo Village..

かまくら村 (Kamakura mura) atau Kampung igloo. Bertempat di Onagawa Onsen (berdekatan rumah), dibuka sepanjang winter hingga penghujung Mac. Tak banyak tempat buat kampung igloo ni, ada satu lagi di Akita. Lebih besar dan cantik rupanya. Ada lebih kurang 8 biji igloo yang dibuat seperti rumah.
Boleh duduk dalam tu dan order makan. Kalau nak order makanan kene call la, nanti ada org hantar, menu ada disediakan atas meja.
Kalau hari panas salji akan mencair dan keras jadi air batu, tapi kalau turun akan tebal balik. Tu yang rupanya berubah2. Tapi ada pekerja yang akan bina semula igloo ni. Waktu kami datang ni, rupa igloo ni tak berapa nak cung. Kalau salji lebat, pintu igloo ni pun boleh tertimbus semula. :)
Minggu lepas salji banyak dah cair sebab cuaca yang panas (ada matahari), tapi minggu ni salji akan turun berterusan lagi. huhu.. Salji sewaktu panas ia akan keras jadi air batu dan mencair. Waktu tu kalau jalan kaki memang macam jalan tepi pantai, salji menjadi keras seperti butiran pasir!
Lilin yang dipasang untuk menerangi kampung igloo ni. Lilin cetakan khas, cantik rupa lukisan yang dilukis di lilin tersebut. ;)
Kami pergi ni waktu malam, singgah sekejap je bawak satu family Msia yang datang melawat anaknya di sini. Kedai ni ada jual tamago onsen (telur yang direndam dalam air panas semulajadi), tapi rasanya sama je macam telur rebus biasa. ;) Tempat ni memang menjadi lokasi pelancong pada musim sejuk untuk berendam dalam onsen (kolam air panas semulajadi). Macam biasa, kedai2 di Jepun jam 7 malam dan tutup, sunyi sepi kecuali beberapa kedai terutama Izakaya(kedai minum) dan pachinko(casino) memang dibuka hingga tengah malam. Sejuk2 orang pun malas nak berjalan malam2. hehe..

*Pagi ni salji turun makin lebat pulak, jalan raya yang dah bersih semalam meninggi semula dengan salji. Batrisya dan kawan2 meredah salji pagi2 ni pergi sekolah. Gambate ye Batrisya! :)

17 comments:

ADEEYA said...

Seronoknyaa, bila lah dapat kesana agaknya :)

LydSunshine said...

Kalau saya pegi jepun, boleh la asmara bawak saya jalan2 kan? hehe.

Nadiah Sidek said...

seronoknya! macam-macam ada di sana ye. ni yang jeles ni :p

Cik TeN10 said...

syoknya2.. xpenah merasa lg msuk dalam igloo..

p/s : betul la kak.. ini assume as winter 2011 la.. winter 2012 tggu hjung tahun ni pulak.. calender jepun kan tahun barunya start bulan 4.. =)

yatie chomeyl said...

salji lg ye kat sana kak as...sini dah panas dah

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

selalu tgk dlm tv jer
sure samuii giler ekkk

FnF Simple Life said...

Wow...igloo...best nye

Teratak Hami said...

menariknya idea igloo tu ... lagi sejuk mkn kat dalam tu?

Kamalia said...

sangat best tu..aritu tak sempat pun masuk dlm igloo kat yuki matsuri..

Mr.Clive said...

niceeeelaaaa!setailo giler!hehe

anyway,suka header awak tu!setailo! :D

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Sonoknya klu dapat main salji...hihi

Nazayiena said...

seronoknya blh duduk dan makan2 dlm rumah igloo nie....

シャイマ said...

coool! sampai end of march ni ke kak as? teringin nyeee nak g.

Hanis MY said...

i like i likee... cantik je... meja kat dlm pun cantik terasa nk makan2 plak (makan aje!)...

p/s: rasanya student n sv, sv dia nampak muda belia lg...

Asmara said...

Lyd, boleh punya kalau saya ada lgi. :D

Yatie, sampai April! ;D

Teratak Hami, dalam tu tak sejuk sgt pun. ;)

Syaima, sampai igloo cair. hehe..

MaryaYusof said...

Banyak yg terlepas entry kat sini... nak baca senyap2 boleh...hihihiii...Jgn marah ye asmara :)

Teh-Izz said...

Cantiknya, wished i was there