Tuesday, January 17, 2012

Salji jatuh depan rumah!

Bikkurishita! (terperanjat) Semalam tengah ngadap komputer, tiba2 dengar bunyi kuat macam gegaran, huhu..  ingatkan gempa bumi lagi, sebab minggu lepas 2x gempa kuat terasa kat sini. Tapi bunyinya sekejap je tengok lampu pun takde pulak goyang, terus tengok luar. hwaa.. rupanya salji atas bumbung tempat basikal runtuh! fuh! nasib baik tak masuk dalam rumah, lepas ni boleh terjun je atas salji tu kot!
Lepas petang semalam masa ambil Haziq balik sekolah, tengok la bahagian luar. Camni rupanya, itulah beranda rumah kami yang saya selalu amik gambar dari dalam. ;D
Pintu gerbang masuk kawasan rumah. Depan tu jalan raya kecil, sejak salji tebal ni kereta susah nak lalu, memang kene bergilir, van sekolah Haziq pun terpaksa berhenti jauh.
Haziq dah balik sekolah, hari ni ada aktiviti bermain salji kat sekolah dia. sensei suruh  bawak mainan salji. Haziq bawak penyodok mainan dan baldi kecil. Mesti best jadi budak2 ni. :D Oh ye Batrisya pun hari ni dah start belajar ski. Semalam dan tadi dah bawak semua peralatan ski. Teringin nak tengok aktiviti skiing sekolah dia, tapi susah pulak nak bawak Haqem sejuk2 ni.
Pondok basikal. Winter memang basikal duduk diam2 dalam ni, nak keluarkan pun dah tak boleh. Salji atas bumbung ni la yang jatuh depan rumah.
Menunggu masa nak jatuh je yang atas ni. Memang takut kalau tengok. Bila hari panas salji ni akan mencair sikit, tapi kalau suhu sentiasa bawah tahap beku pada waktu malam ia akan keras semula. Biasanya rumah persendirian tuan rumah akan sentiasa bersihkan bumbung supaya tak terlalu tebal macam ni, kalau tak takut salji berat sangat dan runtuh menimpa rumah.
Laluan jalan kaki untuk ke rumah yang terpaksa dikorek tiap kali salji turun. Tiap kali salji turun memang harus digali kalau tak nanti langsung tak boleh lalu.
Aktiviti Haziq, tiap kali balik sekolah. Panjat salji kejap lepas tu baru masuk dalam rumah. Mama tak boleh lama kat luar sebab Haqem tinggal sorang dalam rumah, nak bawak dia keluar main selalu pun tak boleh, sebab nanti mesti dia akan selsema. Kalau hari panas(matahari keluar) memang silau mata dan pening kepala tengok keadaan yang putih saja. Lagi best duk dalam rumah dan pasang heater. hehe..

28 comments:

anumuchan said...

tebalnyaa yuki..teringin nk g sana..sini yuki dh xmo turun2.huhu
tapi tebal sgt tu yuki atas atap tu.risau pulak tgknya.huhu

Kamalia said...

uwaaa..kowaiii..
haha, ni kat belakang bilik yg saya tido tukan..eh, ye ke?
bestnya batrisya berskiing..
aritukan, kami nak pi tasik beku tu,tetiba Amni tanya, kakak Batrisya ikut tak?haha..rindula tuh..:)

cik fadh said...

syoknyer !!!! kak bile musim salji nk abis nnt, salji2 ni cair xbanjir ke umah ? hehehe

Unknown said...

tak merasa salji macam ni.. salji di saitama tak tsumoru.. hahaha..

dayot said...

Taihen sou >o<

シャイマ said...

wahh kowaii. takde org bersihkan atas atap kee.

ADEEYA said...

Tebalnyaaaa :O nampak macam scary je kalau jatuh :/ heee tp bestnyaa main skiii.

LydSunshine said...

Yuki... shiawase...

Jue said...

tebalnya yuki kak as..kami nk tgk yuki terpaksa pi jauh skit..hehe..masa mula2 tgk yuki tebal mcm ni depan mata..terpegun jap..almaklumla..jakun..hehehe

#bila la nk turun yuki kt yokohama ni..huhu

Cik Sara said...

Kawaiii.. putih je salji tu..rasa nak baring-baring di situ..=D

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

huihss...tebalnya...

Fazlinil Irma said...

wehooooo... tebalnya. takut la pulak. ada tak org main timbus badan dlm salji. hahaha.

Unknown said...

Ya Allah, tebal gilaaa! Ain dah give up waiting for salji nak turun kat England ni! huhu.

Ijah EmoTemo said...

uishh tebal tu... hehehe cantik je salji putih sana sini hehehe

kak azi - KLautern said...

Tebal nyaaaaa

Cik TeN10 said...

syukur sgt kt sendai salji ta setebal ni.. yg sket2 ni pn dh rsa aduhh malas bebeno nk keluar apatah lg kl bertimbun mcm tu ha.. mmg dok dalam futon je la.. hihi :p

Hanis MY said...

wahh bestnya haziq dah pergi kat kawasan tepi tangga tu hari tu geram sangat rasa nak g jalan kat situ tapi dah gelap...

JaSSNaNi said...

ya allah. tebalnya salji.. betaba seronoknya kalau bleh main salji ek.. hmmmm malaysia tengah panas skrg ni.. kaw kaw punya panas.. sampai kengkadang dekat 35 darjah gak..

Nadiah Sidek said...

tebalnya salji!

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

sapa yg buang yuki atas bumbung tue???? ramai mati sebab jatuh masa buang yuki kat atas bumbung kan...kowaii rasa bersyukur yuki x der kat sini....

Asmara said...

Anum, tu la x sanggup bila tebal2 mcm ni.

Kam! haah betul la tu, besar mana la rumh ni. hehe.. wah Amni meh la dtg sini lg! :D

Fadh, tak banjir la, cair meresap masuk tanah dan sungai. :D

Kak Rai, tu la belah utara mmg pengsan dengan salji. ;D

Asmara said...

Dayot, taihen!!

Syaima, atap yg ni takde kot, tinggi sangat, tp kat bawah dia letak tanda suruh hati2 sebab kemungkinan salji jatuh.

Adeeya, bila tebal sgt jd tak berapa nak best. hehe..

Lyd, :D

Jue, akk suka yuki yg sedang2, yg mcm ni mmg taihen!

Asmara said...

Cik sara, hihi.. saya pun x pernah baring lg. :D

Kak D, ;D

Irma, siapa yg sanggup tu. hehe.. keluar terus keras beku.

Ain, xpe byk tahun lagi. hehe..

Ijah, silau mata! hehe..

Asmara said...

Kak Azi! long time no see! hehe..

Cik10. Akita tu mcm ni la nnti. bersedialah anda! hehe..

Hanis, nnti dtg lagi! :D
*bila projek kek karemel nih? ;D

Kak nani, tak tahan dgn kesejukan ni. bila sejuk nak panas, bila panas nak sejuk. hehe..

Nadiah, tebal!

Ayu, tuan rumah. tak byk kes pun, biasa org tua. tiap tahun dari diorang lahir yuki mmg tebal mcm ni, so diorg dah biasa. kita yg menumpang ni je rasa luar biasa. takat sejuk2 takde yuki tak namanya real winter! hehe..

nazayiena said...

Pernah ke salji yg runtuh tu menimpa org?....

Unknown said...

Wah, bestnye ade yuki...
Di sini jgn kata salji, hujan pun xade...huhuu salam ukhuwah dari Peru :)))

Asmara said...

Kak nurul, tak pasti. mybe ada kot, tapi sini kalau berita2 kemalangan mmg akan keluar tv, sebab jarang sgt berlaku kemalangan kawasan ni. kalau satu kemalangan tu akan heboh la sehari. :D

Marya, salam kenal. terima kasih. :D

Teratak Hami said...

Tak pernah alami salji tebal gini. Bestnya tengok.