Monday, January 16, 2012

Pulut Dakap

Pernah makan pulut dakap? Pertama kali makan dan kenal pulut dakap ni. Teringin jugak nak mencuba dan rasa. Act. pulut dakap ni buat minggu yang lalu dan dibuat khas untuk ibu mengandung yang aktif ni, sejak kandungan usia 10 minggu hingga lah dah masuk 16 minggu baru dapat rasa. Mintak maaf tuan puteri Hanis kelambatan membuatnya. hehe.. Anyway memang dah berjanji nak buatkan sejak tuan puteri bertanya tentang pulut dakap, terus patik mengugel resepi dari internet. :D Patut nak buat bersama2 kek RVC tempohari  tapi ketiadaan daun pisang menyebabkan terpaksa ditunda. Oh nampaknya pulut dakap ni tak berapa menjadi, pulutnya lembik dan rupa sungguh tak menarik. Percubaan pertama harap diampunkan. :D Masa kukus daun pisangnya ada yang pecah. frust jugak, rasa nak sorok je tak nak hidang kat tetamu. hehe..tapi apa2 pun masih boleh dimakan. dan yang penting komen dari tuan puteri! Menarik jugak pulut dimakan bersama dengan pisang yang disalut gula. Batrisya pun nampak macam suka pulak, nanti boleh buat lagi. Terima kasih tuan punya resepi, lupa pulak nak ambil gambar rupa dalamnya.

Sumber: kak ann.myresepi
Bahan2

  • 2 pot pulut
  • 2 1/2 pot santan
  • 1 sudu kecil garam
  • Pisang (pisang yang sesuai pisang yang boleh dimasak)
  • Daun pisang secukupnya
  • gula
Cara-cara,
  • Basuh pulut, kukus pulut dengan santan dan garam hingga masak
  • Setelah pulut masak ambil sesudu pulut dan letakkan di atas daun pisang
  • Letakkan pisang yang disalut sedikit gula di tengah2 pulut tersebut
  • Balut kemas seperti balut lepat
  • Tekap dan dakapkan 2 biji pulut tersebut dan ikat dengan getah
  • Kukus semula pulut tersebut lebih kurang 30 minit. 
  • Sejukkan sebelum dimakan.

24 comments:

asyifamustaffa said...

mmg sedap..
mak sy pndai buat nie....sy tau mkan je...:)

Amie said...

Selamat tengahari As,
tak pernah buat pulut dakap, tapi pernah makan.... harum je bau daun pisangnya!

Cik TeN10 said...

uwaaaa ni salah satu favourite food sy ni !! kl balik kg mesti nenek buatkan pulut dakap ni.. tp kt kedah kitorang dh tak letak gula dah.. manis pisang tu dh ckup dh bg ktorang la.. hihi

ibh_sue said...

Sue pernah makan sekali ja..Emmm..sedap juga rupanya..Heeee

シャイマ said...

aih untungnyaaa kak hanis!hehe. harap2 masa syaima pregnant kak as ade lagi kat sini.haha(tak maluuu)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

owh ini lah pulut idaman haty hanis ek....x biasa buat hikhikhik

anumuchan said...

xpenah mkn pulut dakap ni.first time dgr pun.huhuu

Cheq Sue said...

xpelah as...janji dapat makan. tang ghupe tu boleh diabaikan... :)

Mamasya said...

Aslmkum Asmara.apa kabar...best tengok anak2 Asmara main salji.pulut dakap...suka mkn pulut ni sbb pisang dlmnya.pernah buat sekali. kat sana ada daun pisang...bolehlah buat.di Cairo tak jumpa lagi daun pisang yg dijual...

nazayiena said...

Kak Nurul baru dgr kuih nie dan x pernah rasa lg,biasanya kuih nie jarang ada dijual kot....

Hanis MY said...

arigatou kak as sayam... mmg tak sangka kak as akan buat kan padahal hanis yng beria nk buat last2 org lain tlg buatkan terharunyaa and i loikeeee very much, makan sampai pengsan, licin semua... alamak lupa jugak nk snap gambar dalam huwaa... auww dpt jd tuan puteri kat sini pun jadilah walaupun takleh jadi tuan puteri betul haha... berangan tak hengat!

kurus said...

1st time dgr nie ..
hurmmm pulut dakap yeee ..

Anonymous said...

owh..tataw plak namanya pulut dakap.hehe...

Nieda said...

Tak pernah rasa lagi.
Pulut panggang , pulut kukus , pulut dgn serawa durian pun pernah.
Macam2 pulut kita boleh cuba kan.

lady lavender said...

pernah dengar pulut dakap tapi tak pernah makan. Baiknya As lepaskan hajat tuan puteri yg mengidam. Insyaalah ada ganjaran Nya ;-)

Kamalia said...

pulut dakap..mendakap saya kalau nak buat ni sndiri..hehe.
eh,tak sempat ambik gambar dalam dia ke?
sungguh rajin la kakak sayam ni buat apa yg org len nak makan..iA,Allah murahkan rezeki akk.

al-lavendari said...

bagus .. masih tak lupa makanan tradisi kita.

terima kasih kerana singgah dan sudi komen di blog saya. nanti saya buat satu entri khas tentang komen itu kerana dalam bentuk komen mungkin ramai yang tak baca.

Juwita Jamaludin said...

wah as.. ita pun first time dengar nama kuih ni.. tak pernah makan lg.. untuk mak buyung hanis...:)

kasihredha said...

pernah makan tp tak pernah buat

Asmara said...

Asyifa, buat dia agak senang jugak.

Kak Amie, nnti cuba. :D

Cik10, haah kan, pisang sini satu jenis je. hehe..

sue, pulut pisang. :D

Syaima, InsyaAllah, nnti roger2 tau! :D

Asmara said...

Ayu, aha ni la.

Anum, akk pun first time.

cheq sue, kan! hehe..

mamasya, daun pisang beku pun dah layu, tapi masih boleh guna elok je rupa dia. :D

Kak Nurul, belah2 pantai timur banyak rasa ni. :D

Asmara said...

Hanis! welcome! tq kenalkan kuih2 tradisional kat kami2 yg tak kenal. hehe.. hasrat ibu mengandung harus ditunaikan. :D

Kak ieda, iye. :)

Ecah, boleh gogle utk tengok gmbr yg lagi cantik. hehe..

k Nieda, aha betul tu. :)

Asmara said...

LL, alhamdulillah, tuan puterinya pun puas hati. hehe..

Kam! hihi.. senang je buat ni, cuma kukus pulut pastu balut2 dan kukus. aha siap! hehe..

Ita, belah pantai timur popular rasa ni. :D

Kak kasih, harus tau kan. :D

Teratak Hami said...

1st time dengar pulut dakap :(