Wednesday, January 4, 2012

Aktiviti bersama salji..

Dalam beberapa bulan ni akan banyak la entry salji. yang pasti 3 bulan salji akan terus bertebalan begini sehingga penghujung Mac. Kenangan buat kami akan datang. Aktiviti cuti sekolah, pagi atau petang main salji tepi rumah. Tapi tak la tiap2 hari, kalau mama atau papa rajin bawak keluar, biasanya malas la. hehe.. kalau nak main masa matahari ada keluar baru tak terlalu sejuk. Masa ni papa yang bawak keluar, rajin pulak amik gambar. :D
Lepas tu papa bawak Haqem jalan2 sekitar rumah je, kesian Haqem jarang sangat keluar rumah. Kalau keluar je mesti selsema budak ni, tu yg malas (malas lagi). Jalan2 terjatuh pulak, tapi tak nangis pun dan bangun sendiri. Muka budak happy dapat jalan2. :D
Itu kandang sampah. Seperti yang pernah cerita tentang sampah kat sini. Separuh pintu tertutup dengan salji, masa awal2 salji turun, memang tak boleh bukak pintu tu, dengan keras air batu lagi, terpaksa mengali kawasan sekitar. Biasanya suhu malam kat sini -2C. Tiga hari lepas menjejak -10C. huhu.. bayangkan, wap air di tingkap dan pintu membeku menjadi ais dalam rumah (ini dalam bilik yang tak pasang heater).
Eh Haqem jatuh lagi, hihi..cian dier.. nasib jatuh atas salji yang lembut. Memang suka dia nak pegang dan masuk salji dalam mulut. Tak sejam dah masuk dah budak2 ni, diorang pun bukan boleh main lama2, tak tahan sejuk jugak. Tapi kalau dengan kawan ramai2 setengah hari pun sanggup agaknya. :D

21 comments:

Anonymous said...

akak...bestnye!!! nk men yuki mcm ni jgk..huhu

diha said...

ouh, tebalnye salji..nk terbang g jepun, main salji..hehe..

LydSunshine said...

Dah macam anak jepun dah hakeem. Takpe, cite je pasal salji. Saya suka baca.

nur easy said...

subhanallah... cantik, putih bersih.. seronok budak2 tu..;)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

-10 wow kaku & beku terus x sanggup nak duduk kat sini...tabik spring la kt akak blh duduk kat situ....nk main yuki x payah gi skijou dah ekkk tepi umah dah byk ngeeee

izahdaut said...

as.. apsal lak ai yang terasa menggigil bila tengok entry ni. haha.. meh nak baling2 salji juga. feeling2 main salji je la saya yg tengah panas terik kat sini. hehe

al-lavendari said...

tentu susah nak memandu kereta masa ini.

bilakah agaknya saya dapat menjejakkan kaki ke sana. saya pernah buat entri tentang duta besar kita ke Jepun di sini ..

http://al-lavendari.blogspot.com/2011/04/tuah-ayam-nampak-di-kaki.html

yatie chomeyl said...

super best...tiba2 rindu nak cpt2 balik nihon nak main yuki

kasihredha said...

tebalnya yuki
bestttt...cantikkk

CT said...

wah...bestnya...nak main salji..nak main saljiiiii...hahaha

Unknown said...

syok tgk bebudak tu main salji..time tebal gini memang best tapi bila dah cair terus tak best sebab jln dah licin.kat Finland ni kami dah pernah rasa cuaca sejuk sampai -31 degree c thn lepas thn ni tak taula mcm mana pula.

nazayiena said...

Wah bestnya dpt main saljikan.....pengalaman yg x dilupakan suatu hari nanti.

yana lyana said...

bestnye main salji betul2..haritu main ice skating pun dah feeling2 kat luar negara tau..hehe...

Nadiah Sidek said...

ala..jeles!! salji baru turun 2 kali je sini. cepat cair pula tu. tak semapat nak main sangat pun..uhuk!

intan_blur said...

salam perkenalan..nice blog..
wahhh bestnye main salji..

Unknown said...

Bestnya kat sana Kak As! Kami kat England ni dok tunggu2 bila salji nak turun, tak turun2 pon -,-

Btw, happy new year akk! :)

Asmara said...

Sue, sempat ke dtg sini? :D

Diha, jom2!

Lyd, jgn bosan. hehe..

EZ, alhamdulillah dpt merasa lgi tahun ni. :D

Asmara said...

Ayu, hidup je org2 kat sini, alah bisa tegal biasa gitu. ekeke..

Izah, dpt sampaikan salam sejuk je buat izah di sana. :D

Al-lavendari, terima kasih. InsyaAllah ada rezeki boleh tiba. :)

Yatie, yuki ke husband lg best. ekekeke..

Asmara said...

Kak kasih, kdg2 tak sangup nak pendang luar rumah dah. hehe..

kak CT, jom2! hehe..

Nieza! wuwu.. -31. x keluar rumh la jwbnya. huhu..

Asmara said...

Kak Nurul, betul tu, sebb tu kene letak byk2. nnti dah balik pasti merindui salji. huhu..

Yana, harus gitu. hehe..

Nadiah, xpe masih pnjg lagi winter. hehe..

Intan, terima kasih. :)

Wawa Abdullah said...

serius besh tengok yuki..dah la haqem comey sgt2..huhu :D