Wednesday, November 30, 2011

Kuih Serimuka Durian

Kuih ni buat hari Ahad lepas. Guna lempuk durian yang mak mertua kirim beberapa bulan yang lalu. hehe.. nasib baik lempuk tahan lama. Ada satu lagi bekas lempuk yang mak sendiri kirim pun tak habis lagi. Haritu masa musim durian jeles sangat tengok orang makan, cakap kat dua2 mak, nak durian. Terus mak dan mak mertua buatkan lempuk dan pos ke sini. Alhamdulillah.. walau tak rasa yang fresh dapat yang lempuk pun jadilah. Lempuk ni saya panaskan semula sebelum masuk dalam adunan. Warna dia gelap sikit sebab guna banyak lempuk, gula terus dikurangkan.  
Percubaan pertama buat kuih ni, act. saya tak gemar sangat pulut, dari dulu sampai sekarang kalau makan memang yang atas je, belah bawah mmg ditinggalkan. Beras pulut ni agak keras la pulak, mmg tak makan jadiknya.  Tiba2 teringin nak makan, lepas tu nak habiskan stok lempuk, tu yang buat kuih ni. Tapi husband suka, dia kata sedap! :D anak2 pun tak makan. Rezeki adik2 kat sini dapat makan, kebetulan ada warga sendai datang rezeki diorang jugak. Alhamdulillah selesai jugak satu loyang. :D
Resepi dari dapur kak Hana. Terima kasih penyumbang resepi. :-)

Bahan-bahan

Lapisan Bawah
  • 250g beras pulut - rendam 1jam dan toskan
  • 1/2 sk garam
  • 170ml santan cair
  • Daun pandan simpul
  • 1/2sk gula
Cara-cara
  • Sediakan periuk kukusan dan panaskan air. Satukan semua bahan diatas dan gaul sebati. Kemudian kukus lebih kurang 30-35min atau sehingga pulut masak. Keluarkan daun pandan. Masukkan pulut ke dalam loyang yang di alas dengan daun pisang@plastik wrap supaya mudah dikeluarkan. Tekan padat. Ketepikan sebentar. 

Bahan-bahan
Lapisan Atas

  • 150g isi durian
  • 125g gula (kurangkan jadi 50g)
  • 3 biji telur (anggaran 30g setiap satu)
  • 35g tepung gandum
  • 10g tepung jagung
  • 375ml santan pekat 
  • secubit garam
Cara-cara
  • Blend isi durian dengan sukatan air sehingga hancur sebati.Ketepikan.
  • Satukan telur, gula, tepung, santan, garam dan pewarna. Blend semua sebati.Kemudian tapis ke dalam periuk.
  • Campurkan isi durian tadi. Dan masak sekejap menggunakan api kecil sehingga agak pekat. tak perlu sampai mendidih.Curahkan adunan ke dalam loyang pulut tadi.
  • Kukus lebih kurang 30-40min atau sehingga masak. Pastikan tutup pengukus dilapik dengan kain agar air tidak menitik atas kuih.
  • Tunggu benar2 sejuk baru dipotong.

27 comments:

cik cek said...

Patutla bau durian sampai dapo kak cek...ada serimuka durian kat sini...guna lempuk lagi...fuhhh...bestnya...kak cek suka....kak cek suka....:)

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

citer pasal derian khen semlm terjah kedai siam dia juai 3 ulas isi jer ¥1870 dah...bapak punya mahal la...selalu boley dapat sebiji kecil kat jusco tue....ayu x der la suka mkn sgt but biler susah nk jmpa teringin plak nk ngapp gituew....ayu suka serimuka...but yg biasa la

Lady Lavender said...

kita kalau durin suka durian semata-mata. Kalau bertukar jadi benda lain terus tak makan. Kalau dah teringin sgt ada jugak beli durian frozen kat asean shop :-)

Kamalia said...

Xpenah mkn yg hat ni..kamil n ank2 adlh pulut lovers..haha. dari aritu jnji nk buat srri muka tp mood rajin lom dtg.

Sue @ Nenie said...

Salam Kak As..Itewww dia, orang duk kat negara matahari terbit pun dah tayang kuih berasaskan duren-duren kat dapur dia...Orang Mesia ni jugaaaa yang duk asyik intai kat tingkap dapur orang lain....ha ha ha ha ha

Cik TeN10 said...

ohh sy kalau durian suka makan yg fresh.. kalau h dimasak mcm pengat durian tu mmg sy krg berminat la.. hee.. tpp kuih seri muka mmg fevret lah! dh lama xmkn.. ngee

nur easy said...

fav juga ni.. lagi harum kan ada durian ;)

Wattie said...

Salam singgah,
Sedapnya serimuka durian, cantik elok aja kejadiannya

Nieza said...

sedapnya! dah pernah buat dah sekali dulu masa buat mknx2 kat umah.tapi tu la bila buat jamu kwnx2 ni tak sempat nk posing kuih dah abis..nk kena buat lagila nanti..mujur sini ada jual durian fresh tapi siam mali la:)

Nazayiena said...

Rajinnya As buat serimuka durian....org sini yg ada durian fresh pun x buat2... hehehe

Amie said...

mmmmm...harumnya bau durian dibawa angin sejuk ni Asmara.... sedap tu serimuka durian, sesuai benarlah makan kuih begini time mmusim sejuk,dapatlah panaskan badan ye....

ieda said...

waa rajin as buat kuih .. akak x pandai .. risau ikut resepi nie .. tangan keras kuut .. masak2 ok lah kan ..

tgk nie terliuq jer sbb suke deyan .. nak2 lempuk tuu :)

~ yus ~ said...

serimuka durian? menarik. tak pernah cuba dan dengar..tp akka ni kalau durian kureng sikit sebenarnya. Makan buah dia sukalah..:)

Soo Hae Daa said...

wahhh...xpnah tgk dan dgr...bese mkn yg kaler ijau jek...hihihi

kasihredha said...

buat guna lempuk ye...
cukup terliur :)

JaSSNaNi said...

sedapnya seri muka, lagi2 ada rasa durian.. kat malaysia skrg ni tengah musim buah, rambutan and durian berlambak2 kat kampung, hari tu balik kg pun makan durian, next week kakak nani ajak balik kg lagi, gi dusun durian kutip buah.. eheheh bestt nanti leh cuba wat seri muka durian ni.. thanks share resepi ya.. nani nak save resepi ni tau.. mekasih.. :D

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Asmara..bila asmara citer lempuk tingat kat Arwah mak dulu2...yg suka buat lempuk & postkn tuk anak2 yg dok jauh.

pB said...

durian still mahal sekarang nie

Asmara said...

Kak cek suka eh! sedap! :D

Ayu, sini xde kedai siam. eh kat sana ada kedai siam ke? boleh la pegi nnti. :)

LL, yg frozen pun ok kan! :D

Asmara said...

Kam! bdk2 suka eh. ntah nape bdk2 ni tak mkn lak. :D

Sue, hehe.. almaklum sana senang dapat gitukan! :D

Cik10, tu la, ni sbb nak abiskan lempuk, sbb tak tau nak masak apa. :D

Asmara said...

EZ, lagi sedap! :D

Wattie, mekasih. :D

K Nieza, wah untung la kan. sini ada jauh sgt nk membelinya. :D

Asmara said...

Kak Nurul, sana boleh beli je, hehe..

K Amie, kejap je dah sejuk kuih ni. :D

Kak Ieda, tak pandai tp cuba je. hehe..

Asmara said...

Kak yus, dah duk obersea, yg jrg dpt ni la yg sedap. hehe..

Suhada, oh xde jual kot. :p

Kak kasih, nak habiskan lempuk yg ada. :D

Asmara said...

Kak Nani, seronoknya dpt yg fresh, ni guna lempuk je. hehe..

Kak Azatie, kan. mak mesti ingat anak2 dia. :D

pB, eh ye ke. hihi..:D

Ain SSB said...

Kak As, Ain dah terkeluar dah air liur tengok gamba tu je...camne ni? :P

Asmara said...

Ain, apalagi cepat tlg ibu buat. hehe..

Irfa said...

rajin awak buat kueh tradisional