Tapi ada citer tak best masa buat ni. Dari gambar pun dah tak mengujakan (
Ini Batrisya punya, pagi tadi dia mintak mama bawak bento(bekal) kek ni pegi sekolah. Suka sangat dia dengan kek ni. Hari ni habiskan lagi separuh kek. Kebetulan ada kawan Jepun singgah rumah tadi, mama bagi la rasa. Oishii!(sedap) sajalah japanese nih! hihi.. kawan tu teruja dengan belang2 kek. Kat Jepun ni jarang jumpa kek kalerful. Dia tak tengok org Malaysia lain buat, kalau tengok yg cantik2 mesti lagi kagum dia. ahaha..
Resepi untuk panduan akan datang. Lepas ni pasti akan buat lagi, akan diperbaiki mana2 yang kurang nanti. InsyaAllah..Resepi ni ikut resepi kak Ena. Terima kasih atas resepi dan panduan yang mudah diikuti. Mohon salin kat sini pulak. :D
Sumber: E-na Lovely Kitchen
RESEPI KEK PUDING KARAMEL PELANGI
Bahan-bahan untuk Gula Hangus:
- 2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja)
- Loyang 8 inci / 20cm
Cara-cara:
- Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair.
- Panaskan dengan api perlahan di atas dapur.
- Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau.
- Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang.
- Ketepikan dan sediakan pula adunan puding. Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.
Bahan-bahan untuk Puding
- 400ml fresh milk / susu cair
- 3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
- 2 biji telur
- 140 gram gula castor
- 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
- Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandun untuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti..
- Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
- Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
- Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi.
- Semasa memasukkan bancuhan puding, gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
- Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini.Ketepikan. Sediakan pula lapisan untuk kek bahan 1.
Bahan-bahan untuk Kek:
Adunan 1 (Meringue)
- 6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
- 70 gram gula castor
- 1 sudu kecil cream of tar tar
Cara-cara:
- Pukul putih telur sehingga berbuih.
- Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
- Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku.
- Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah.
- Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.
Adunan 2:
- 3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
- 130 ml air
- 50 ml minyak masak
- 70 gram gula castor
- 140 gram tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
Cara-cara:
- Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
- Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
- Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
- Matikan mixer.
- Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
- Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2. Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.
- Warnakan dengan warna pilihan anda.
- Sudukan ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding. Adunan akan bergerak kiri kanan...bila sudah separuh adunan dimasukkan baru stabil.
- Sudukan 4 sudu besar adunan purple, diikuti 4 sudu besar adunan hijau di tengah adunan purple, 4 sudu besar adunan merah diletak tengah adunan hijau dan buat 4 sudu lagi utk semua warna. (2 pusingan untuk 4 sudu setiap warna)
- Kemudian 3 sudu besar adunan purple, 3 sudu besar adunan hijau diikuti 3 sudu besar adunan merah sebanyak 3 pusingan lagi.
- Diikuti dengan 2 sudu besar setiap warna sebanyak 2 pusingan dan akhir sekali 1 sudu besar setiap warna sehingga adunan habis.
- Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti)
- Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven.
- Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
- Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
- Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah.
- Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk.
28 comments:
Dulu dh buat so mmg dh puas haty rasa
Cuma letak kt fb jer
Nk buat kek ni Kena rajin sbb byk step Kena buat khen
La ni mood mmg ke laut bab2 kek or cookies ni
Maybe sbb ai diet or x cihat
So mood nk mkn pow x der
Sob sob
kek ni masih dok dlm list...x wat2 lagi...org lain dh berpuluh biji..huhuhu
Suka tengok...tapi lum penah rasa...sume org pun dok cakap sedap...jadi memang sedapla kek karamel ni...alahai! bila la nak sampai seru kak cek nak buat kek ni....kena tungguuuu...he he :D
Selamat petang Asmara,
hebat woo...resepinya pun hebat, rasanya tentulah sangat sedap... oleh kerana Kak Amie tetamu pertama yang sampai...mesti dapat banyak bahagian, nak tapau sikit ye... bawa balik.. he hehehhh.. sedapnya kek puding karamel..
tu dia kek karamel dia...menjadik pun, silap teknik sikit jer tu as...len kali tak leh dh pakai loyang spring form nk buat kek ni, k'ida pun hanya ada loyang bulat spring form 20 cm mcm As, tak berani bakar dlm loyang ni...sbb tu la k'ida bakar dlm loyang bulat kecilx2...pernah gak buat bakar dlm loyang 4 segi....pegi kedai asyik lupa jer nk beli loyang bulat 20 cm yg biasa tu
Asmara,,, wahhhhhhhhhh .. santekkknye.. nani pun tengah memikir2 gak nak wat kek ni.. tapi takot tak jadi.. adoiii.. santekkk tak hengat.. punya la lawo..
ade tak cukup? mane ade.. yang nani nampak tak cukup dlm pinggan tu.. sbb dah kena potong banyak dah.. hahahahaha.. tul tak? nampak gebus elok je.. cam terasa je dok kemam2 kek ni.. nyum nyum..
bila la nani nak wat plak.. huhuhu
budak2 kat umah ni pun minta buatkan lagi dan lagi...asal kek je mmg laju kanak2 ni kerjakan...mamanya yg x menang tgn nak buat selalu...hihii
u r lucky as...walaupun guna springform tp jadi juga kek tu...cantik!!!
alahai.. indah betul pemandangan kek ni kan.. ;)
salam perkenalan :))
dah cantik dah karamel kek tu .. first time buat dah jadi .. lain kali blh buat lagi hihi....
As, mmg sedap ler kek tu .. hari tu birthday orang adik watkan. dia pun niaga kek online. hehehe .. orang mmg sangat suka karamel. :D
Bahan dan cara yg panjg lebar yang buat takut nak buat.sgt rumit rasanya. tapi bila dadh buat taklah payah mana pun.
Cantik belang tu.
kak as.. nanti sy tiru warna akak pulak. hehe.
dah kehabisan warna nak pikir. :)
kita pun first time buat tak memberangsangkan...time terbalik karamel keluar tak smooth.melekat kat certain part. kali ke 2 baru le cam okay.
p/s: tapi memang yea, kek ni memang best. anak pompuan kita pun suka. separuh loyang dia sorang aje yg abiskan :-)
Sedapnya kek ... tak pernah akak lihat kek secantik gini. Kalau dekat, boleh mintak skit.
comelnye kek.. macam eskrim paddlepop~
wahhhh...nampak sgt sedap...nak...!!
pengsan pengsan...hanis mmg takkan mampu ler nak buat ni kompem tak jadi... tgh imejin makan kek karamel kak as tu dlm khayalan hehe...
Ayu, tu la harus buat sebab tak menahan nak rasa kek dia tu, tu yg payah terjah blog masak2 nih, nafsu mkn tu membuak2. hahaha...
Cida, ni pun amik masa berbulan2 baru dpt buat. hehe..
Kak cek, kene try sekali pun jadilah. hehe..
Kak Amie, hari ni dah selesai semua dah. hehhe..
Kak Ida, tu la bendul sangat la konon2, nak cantik mcm kak ena buat. haha.. fadan muka aii.
Jass! tq. Alhamdulillah dalam dok frust tu menjadi jugak keknya. dan yg pasti rasanya memang sedap yg teramat. isk terasa cam nak buat lagi lak. hehe..
Kak Ena! tq so much! membantu betul resepi akak nih. tp tu la konon nak ikut 100% mcm akk, act. mcm dah agak mesti bocor, tp nekad jugak tu tuang kat situ. haishh.. mabuks betul. hehe..
EZ, awal2 ingat nak buat cecantik betul tp dah meleleh tu terus frust tuang je semua kaler tu. huhu..
Wani, tq. Alhamdulillah yg penting rasa dia dan habis semua dlm perut orang. hehe..
Sue, wah best la ada adik tlg buat. mesti lagi sedap dia buat! hehe..
Kak Nieda, betul tu, masa baca mcm panjangnyer.. tp bila buat, oh senang jugak. hehe..
Irma, oh jgn pengsan tengok kek aii yg buruk nih. hihi..
LL, sedapkan! anak2 pun suka sgt. Alhamdulillah mmg menjadi cuma step dia je yg terkurang. ;D
Kak Hami, waa.. akk nih. kaler dia je yg nmpk cantik tp tak kemas. hehe..
Me suya, hahah..sama macam Batrisya cakap, kek aiskrim. :D
Suhada, mmg sedap! ce try. :D
Hanis, meh dtg boleh mkn. tp kene order dulu la. hehe..
ya Allah sedapnyeeeeee. mcmmustahil nak buat sendiri. mcm dpt bygkan mesti tedious gila. terliurrrr.
sgt cntik la kaler dia and sgt mnyelerakann..huhuuuu
cantik, colourfull.....macam tak sampai hati je nak makan.....
New Entry: Date on the LOGOS Ship
Post a Comment