Tuesday, September 20, 2011

Undokai (Hari sukan Kashinomi Yochien 2011)

Hari Sabtu 17 Sept. Kashinomi Yochien adakan hari sukan tahunan. Sukan bermula jam 8 pagi hingga 12 tengahari. Tiap tahun pun acara yang lebih kurang sama dibuat. Aturcara mula2, perasmian oleh guru besar, kemudian senaman oleh semua sensei dan pelajar. Yang tengah bawah tu sensei kelas Haziq , Hiromi sensei.
Seterusnya ada persembahan pancaragam dan gimnastik sekolah. Macam2 acara khas untuk kanak2. Ibu bapa pun turut mengambil bahagian.
Batrisya pun turut ambil bahagian, dijemput oleh sensei2. Sensei2 ni memang kenal sangat dengan tiap anak muridnya. Seronok la batrisya dapat jumpa sensei2 dan kawan2 lama yang turut datang. Kami duduk bawah pokok, haritu cuaca 33C, (hari ni hujan suhu 15C). Haqem pun buat aktiviti sambil menunggu abang Haziq habis bersukan.
Antara acara yang Haziq masuk dengan rakan sekelas. Sukan sekolah ni takde nombor2 pun, semua hanya untuk suka2. Semua budak pun dapat hadiah yang sama. Haziq kene lari ambil baju dalam bakul simpan kat kocek. merangkak dalam tikar dan sidai baju di ampaian. Haziq dapat pelajaran baru cara menyidai baju guna penyepit. hehe..
Batrisya jumpa best friend dia Fuka-chan. Lama tak jumpa sebab sekolah rendah tak sama. Ada lagi 2 orang group dia tak ada, 2 tahun diorang berkawan 4 orang. Tapi dah masuk sekolah rendah semua terpisah sebab sekolah lain2.  Banyak sangat sekolah kat sini hinggakan untuk satu kelas pun hanya ada 20 murid, tapi bagus cikgu boleh tumpukan perhatian kat tiap pelajar.  Habis je acara penutup cepat2 kami pulang sebab ada tetamu dari jauh dah tiba. Sempat Haziq posing kat pintu gerbang (Entrance Gate maksud tulisan kanji tu). Video banyak tapi macam biasa malas nak upload. :)

15 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

adam pow gi undokai sabtu lepas....panas giler khen...tapy x update lagik citer tu mmg malas ngeeee

anie,Nagoya said...

la...kkanie pun lupa nak masukkan n3 sukan.tggu le kalo tak malas.hahaha....as bila sukan?kkanie 17hb n bersmbg ke esok arinya sbb tgh ari ujan.yg geram tu sepatutnya cuti sek smpi ari ni.disbbkan dibawa ke sehari lagi, maka cuti pun bertmbh.ni tgh fkr nak g keje ke tak esok ni?

Ida,Japan said...

anak2 k'ida awal bulan 10 nanti..seronokkkn tgk diaorg

Hanis MY said...

wahh syoknyaa... memori sampai bila2 ni...

anumuchan said...

best nye batrisya ada best fren nihonjin ye..nampak mesra btol diorg..huhuuu

Cheq Sue said...

wahhhh...seronoknya dpt bc kisah2 luar negara ni..

Soo Hae Daa said...

wahh..beshnya..cntik entrance dorg tu..hehe...bgus kan dorg..xde beza2kan...kagum betol ngn org jepun ni...sonoknye leh duk sn... =))

Unknown said...

Woah bestnyeee! :D

Juwita Jamaludin said...

best sukan sini mak bapa semua masuk acara.. hihihihi pandai dah haziq

Unknown said...

seronok tengok!

Batrisya dah macam orang Jopun, semua anak2 As pun dah macam Jopun mukanya tau!

fazian.batrisyia said...

sama pulak hari sukan sekolah anak kita ye...ibu dia pulak yg sunburn..terliur aku nengok apple pai tu...bila nak try buat ni..

Asmara said...

Ayu, mmg panas haritu, cari bawah pokok je. hehe..

Kak Anie, sukan yochien haziq dah abis, tunggu shogakko pulak.

Kak Ida, shogakko sini pun okt. nanti. :D

Asmara said...

Hanis, harus simpan memori. :D

Anum, harap kekal la. tapi susah jugak budak2 ni, cepat je lupa. hehe..

Cheq sue, mekasih. :)

Asmara said...

suhada, mmg best kat sini takde beza2 pun. :)

Ain, best! :D

Ita, seronok budak2 ni. :D

Asmara said...

Kak Yus, Haziq je gelap sikit. ekekeke..

Yan, sukan budak2 tadika gitu. hehe..