Wednesday, September 7, 2011

Nasu Highland Park - LEGO Land

Kisah bulan Ramadhan yang lepas jugak, walau berpuasa kaki tetap panjang melangkah. :D. Kami ke Nasu Highland Park yang terletak di daerah Tochigi. Lebih kurang 2 jam lebih perjalanan dari rumah. Salah satu Theme Park yang ada di Jepun. Tujuan utamanya kami nak ke Lego land yang berada dalam ni.
Ada beberapa bahagian dalam theme park ni, extreme games seperti roller coaster dll, mainan untuk kanak2 dan ruang pameran. Beza kat sini dari segi tiket, ada 2 jenis, boleh beli tiket untuk main semua games yang ada lagi satu tiket untuk masuk sahaja (kalau nak main games beli kupon). Kami amik tiket untuk masuk sahaja, sebab tak rasa pun nak main semua adventure games, saya dan anak2 adalah takut pada ketinggian dan games yang extreme. hehe.. so agak rugi lah kalau beli tiket semua tapi tak main. Tapi ada jugak beli beberapa kupon untuk mainan yang sesuai. Kawasannya luas, memang berbaloi ke sini.
Tujuan utama nak ke Lego land, anak2 dan papa adalah peminat Lego, haruslah datang tengok. Memang teruja sangat tengok hasil2 lego yang dibuat. Semua pun rasa kagum tengok hasil kreativiti yang dibuat dari lego esp. ikan besar tu.
Macam2 ada, selain pameran boleh jugak main lego2 yang disediakan di situ. Teruja dengan potret Monalisa yang disusun dari lego. cantik! Selain hidupan laut, star wars, angkas lepas ada jugak bandar Tokyo zaman dulu dan kini. Tapi pameran ni dah ditutup pada 28hb tempohari selepas 2 tahun di sini. Lepas ni diganti dengan Hello Kitty tak silap. Sebab dah tau nak tutup la cepat2 kami pergi. hehe..
Pameran Gundam pun ada, ni semua papa punya faveret, my asben ni boleh dikatakan internet bergerak, tanya apa saja semua dia tau. tak kira la sukan ke, pengetahuan am, sejarah, politik, kerete, malah artis pun dia tau. haha.. betul tak tipu, memang sangat kagum dengan husband, tanya apa saja memang dia boleh jawab. hehe.. Sebab husband sangat giler buku, orang yang rajin membaca memang banyak ilmu tak gitu, satu lg suka tengok tv esp.berita dan bangumi, peminat anime dan drama2 (jepun dan omputih-melayu x penah tengok lg, huhu..) TV Jepun ni walau rancangan hiburan tapi banyak ilmu pengetahuan yang disampaikan. Memang seronok kalau layan tv jepun nih. hehe.. *eh melalut pulak. :D
Agak penat jugak berjalan dalam tu, tapi nasib baik hari tak panas, atau mungkin faktor berada di highland, memang terasa sejuk. Eh Totoro dan Kiki pun ada! Dalam ni pun ada gerai Turki dan halal tak silap, kami tak pergi la sebab puasa waktu tu. Kami pun tak lama dalam tu sebab ditutup jam 6. Haritu pertama kali kami berbuka dalam kereta. Tempat solat adalah seperti biasa di tempat parking kereta, lebih mudah dan sedikit selesa.
Perjalanan pulang kami terserempak dengan Hanabi Taikai (pertandingan bunga api). Singgah sekejap tengok dari dalam kereta saja, orang ramai sangat, gambar pun tak clear. Nak parking pun tak dapat, japanese ni sanggup berjalan lebih berkilometer semata2 nak tengok hanabi. Antara festival yang menarik pada musim panas. Seronok berada di Jepun sebab tiap musim akan ada bermacam2 festival. Biasanya lebih bersifat budaya dan sebagai perayaan bagi mereka. Kita pun tumpang seronok macam mereka. hehe..tengok bunga api terasa macam sambutan hari raya pulak, kebetulan puasa untuk beberapa tahun ni jatuh pada musim panas.
Nampaknya dah nak masuk musim luruh, harini suhu dijangka paling rendah 15C. Malam tadi dah tarik selimut masing2. Cepat sungguh perubahan musim dan masa tu bergerak terasa sangat la pantas. Oh dunia dah nak hampir penghujungnya.. :)

11 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

kalo lajak sket leh terjah umah ayu plak....x pernah terjah sini lagik...boley bawa adam la....luas dan cantek ekkk

Asmara said...

Ayu, lg 2 jam nak sampai tempat Ayu, kalau dekat dah calling2 Ayu dah. hehe.. bwk la Adam sure dia seronok!

Unaizah said...

Cantiknya binaan-binaan dari lego tu.

Z.U.E said...

bestnye.. rase tak sabar plak nak tunggu legoland malaysia siap

Unknown said...

wow...lego land...syok nye....

Juwita Jamaludin said...

lawanya taman ni... kalau dekat sure gi terjahnya..

Iryd and Pitt's little diary said...

wahhh..bestnye Kak As..tak tau pun ade lego land kat Jepun ni..leh la nanti pegi ngan pitt..sementara toll free ni..hehe..leh terjah umah sesiapa nanti..hehe..:P

nur easy said...

oh ada lego land rupanya.. peminat2 lego mesti teruja tgk tempat ni ;)

yatie chomeyl said...

bestnya, nak gi jugak la. tp bila tu x tahu la hehehe

anumuchan said...

wahh mcm best je ni..nak gak pegi..huhuuu..cantiknyaa hanabi..huhuuu

oya said...

ini yang rase nk ke jepun ni..aritu ke korea..