Thursday, September 8, 2011

Medical Check-up Haqem

Semalam ada appointment medical check-up Haqem untuk setahun 6 bulan di Shiyoka Centre. Di Jepun memang akan ada check-up untuk anak2 berusia dari sebulan hingga 5 tahun, biasa diadakan setiap 6 bulan sekali untuk pantau perkembangan kanak2. Tahun lepas kami pergi untuk Haziq, so far Alhamdulillah perkembangan Haqem adalah normal seperti kanak2 lain. Check up yang dibuat meliputi, size fizikal, kemahiran dan gigi. Staf akan buat sesi temubual personally dengan ibu bapa untuk isi form yang berkenaan. 
'Hakemu' jadi nama Haqem, ditulis dalam hiragana. Officially nama akan ditulis guna tulisan Katakana. Ada penerangan tentang penjagaan gigi oleh pakar, huhu.. gigi Haqem 4 batang di bahagian atas kene jaga2 sebab ada tanda2 nak rosak, kene nasihat dengan doktor jgn bagi makan manis2, dan berus gigi 2x sehari. Mama berus gigi Haqem sekali sehari je masa mandi pagi, malam selalu je lupa.
Berat Haqem pada usia setahun 7 bulan 11kg, tinggi 80.8cm, ukur lilit kepala 47 cm dan ukur lilit dada 50.5cm. Semuanya normal. Boleh bercakap beberapa patah perkataan, boleh faham orang cakap dan kalau suruh pun dah boleh buat. :D Habit dia sekarang setia dengan eeepad dan jugak iphone. Boleh on sendiri eeepad, bukak youtube sendiri dan games. Paling suka ABC kat youtube tu, selalu cakap 'nak abc' nanti dia akan nyanyi la lagu feveret 'aa apel.. bb ball' (dia suka phonics song) dan juga anpanman, control volume pun pandai dah. Sebab eeepad dan iphone hanya touch guna jari cepat la pandainya. :D
Lebih kurang 2 jam sesi medical check-up, dapat berus gigi dan sample diapers. Buku kesihatan yang perlu di bawa tiap kali jumpa doktor, untuk suntikan dan catatan perkembangan. Appointment seterusnya pada Oktober nanti untuk Polio Vaccine.

6 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

kat youchien pow ader khen...
mmg nihon ni ambil berat pasal kesihatan ekk...
ayu plak next monthly kena buat yearly medical checkup plak...

nur easy said...

sampai kena tampal lak kat belakang baju ya.. wah bijak lah haqem ni dah reti buka utube sendiri.. ;)

Amie said...

negara maju memang sangat menitikberatkan hal penjagaan kesihatan & pertumbuhan kanak-kanak... bab gigi memang nombor 1...

izahdaut said...

sangat detail.. bagus gitu..kalaulahhhh

sue-sama said...

akak, haqem kalau kat tadika tu die cakap jepun la kan..

huu, saluteee

Juwita Jamaludin said...

pandai haziq..:)tula kat sini macam2 chesk baguskan