Monday, September 5, 2011

Festival Bon Odori, Kashinomi Yochien

Cerita lama baru teringat nak letak, bukan la bz sangat beraya, balik kg atau sebagainya. Raya kat sini sama je macam hari2 biasa, cuma saja ikut mood org lain yg beraya. :D Oklah  ni kisah pada 6 Ogos 2011 yang lalu. uit hampir sebulan, masa ni awal2 puasa lagi. Yochien(tadika) Haziq adakan festival sempena cuti Obon. Acara ni wajib tiap tahun buat. Antara cuti terpanjang di Jepun sempena mengingati nenek moyang mereka, masa ni akan ada tarian obon, main gendang dan nyanyian.
Kelas Haziq buat persembahan Taiko (drum). Comel dan pandai sungguh tengok budak2 ni main taiko tu. Lepas tu tukar baju untuk tarian pulak. Jinbei atau Yukata adalah pakaian rasmi yang digunakan setiap kali matsuri(festival) terutama pada musim panas.
Tarian mengelilingi dewan, bersama2 sensei. Waktu panas lagi, acara bermula jam 5 - 7 petang. Ramai ibu bapa yang datang bersama ahli keluarga yang lain.
Haziq excited ikut tarian. Sensei pun buat persembahan lagu faveret Batrisya dari AKB48, aitakatta...aish.. budak2 baya dia ni memang dah pandai minat lagu2 artis, siap hafal lirik, dalam kereta papa pun melayan dia dok pasang satu album AKB ni, sampai mamanya pun terhafal sama. huhu..
Lepas tu ada acara permainan, macam2 permainan disediakan, sambil berehat dan makan. Kami order onigiri, pop corn dan air saja. Order memang dah buat lama, kami diberi kupon untuk tukar dengan makanan. Dango tu memang diberi, nasib baik waktu rehat hampir dengan waktu berbuka.
Acara terakhir penyampaian hadiah, semua dapat hanabi (bunga api) sorang satu. Haziq dan kawannya berbincang apa ntah, tak sabar2 nak main la tu. Sensei pun turut bagi nasihat pada budak2 sempena cuti sekolah. Oh ye Haziq pun dapat kad yang dipos sempena Natsu yasumi (summer holiday) dari Yochien, wish selamat bercuti.  Kenangan Haziq semasa berada di Kashinomi Yochien Jepun. ;)

*oh ye salam Takziah buat blogger Hanis dan Mi yang kehilangan ayah tercinta (ayah Mi) pada pagi semalam. Baru je ber'sms' ngan Hanis Sabtu tu. Semoga roh arwah di tempatkan di kalangan orang beriman. Amin.. Al-Fatihah..

12 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

alolo kawaii nyer siap ada uniform gitew....suker....haziq mesti dah cekap main taiko ekkk

yatie chomeyl said...

bestnya siap main drum lg.

Amie said...

seronoknya tengok pesta begini... comel2 belaka anak2 kecil yang ambil bahagian tu, ibu bapa yang hadir mesti rasa seronok & bangga!

anumuchan said...

youchien cni mcm2 betul aktiviti kan..huhuu..aa mama dia pun hafal lagu akb ye..sy pun minat akb.heeeee..boleh geng dgn batrisya.heee

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

cumel2nya tngk bebudak ni....mesti suka punya kan....

Iryd and Pitt's little diary said...

bestnye...kawaii sangat..kat Jepun ni..diorg byk entertain budak2 kat sekolah..seronok sangat tgk..:)

Juwita Jamaludin said...

bagusnya haziq.. tentu banyak dah cakap nihongo dia.. tak sabar nak main bunga api la tu

Asmara said...

Ayu, kan! Suka tgk bdk2 pakai uniform, comey je. 

Yatie, tiap tahun buat Persembahan sama. Hihi..

Asmara said...

Kak amie, tu la kat rmh tak praktis pun tp dia ingat. Mmg suka tgk. 

Anum, hihi.. Sejak kat yochien lg dia minat. Mama layan jugak, selalu dgr terus jd minat.

Asmara said...

KakD, bdk2 mmg happy sangat dgn aktiviti2 mcm ni. 

Iryd, yochien mmg camtu. Ajar bdk byk berdikari. Mmg seronok bdk2 nih. 

Ita, tu la ckp nihongo selalunya mama x paham. Haha..

nur easy said...

seronok tgk aktiviti sekolah kat sini kan... comel2 lak tu

Unknown said...

Awww kawaiiiii! :D Comel la anak Kak As!!