Saturday, August 13, 2011

Korea 9 - Namdaemun Market

Tempat yang paling wajib dikunjungi di Korea! Shopping untuk mereka yg dikenali adalah perlu. :). Di sinilah terdapatnya pelbagai souvenir yang dijual dengan harga yang berpatutan. Pilihan pun terlalu banyak, rambang mata nak memilih. Separuh perbelanjaan kami selesai kat sini. :D
Digalakkan bershopping dalam bangunan. Harga murah sedikit dan boleh ditawar. Bangunannya adalah bersambung2 dan bertingkat2. Gate 3 tu pintu masuk untuk bangunan yang menjual brooch sahaja. Ada juga gerai yang menjual barangan international. terutama barangan makanan dari Malaysia. Dapatlah jugak beli Kitkat yang ada tanda halal. Kitkat di Jepun tak boleh makan.
Sementara menunggu mama bershopping, papa menjaga anak2. hehe.. thanks papa. Oh ye lagi satu kalau nak buat money changer, jangan buat di airport sebab dibeli dengan harga yang murah. Di sini pun ada money changer berdekatan dengan tourist information. Kami check mmg banyak beza even baru  2 hari je pun.
Banyak lagi gerai2 tepi jalan yang menjual baju2, jam, kasut, beg, fabrik, makanan terutama ginseng dan pelbagai lagi. Waktu operasi dari jam 7 pagi hingga 5 petang. Tapi lepas 5 petang gerai lain pula dibuka. Ditutup pada hari Ahad, tapi masih ada beberapa gerai yang dibuka. Kawasannya sangat besar, perlu berjalan kaki sepanjang jalan. Orang Korea sedikit kasar, pesanan dari rakan2 kalau tak nak beli takyah tanya harga. Kalau dah berminat cuba tawar dengan harga paling murah, kadang boleh ditawar hingga 50% dari harga asal. Seterusnya mendaki bukit lagi..

7 comments:

Nieda said...

Berapa nilai tukar dgn ringgit Malysia?

Hanis MY said...

boleh tawar sampai 50%? aduii pengsan! haziq dah makin pandai posing hehe...

Juwita Jamaludin said...

As.. Memang rasa nak gi lagi korea ni.. Ita dulu duk kat seberang jln namdaemun market ni la senang nak terjah tiap2 hari gi...:) eh tentang daun kesum tu kalau nak ckp ye tapikan tak janji bila sebab tak tahu gi bilakat umah tu sebab adik2 blik msia Kat sana x jual ye sian plak kat awak

nur easy said...

comelnya budak2 ni.. ceria je g jalan2 ;)

Asmara said...

Nieda, kene cek kat web tukaran matawang. sebab hari2 pun bertukar2. :D

Hanis! untuk barang yg mahal2 la. kalau takat 3 10 inggit tu tak dapatlah. hehe..

Asmara said...

Ita, mekasih. hehe.. kalau ada nnti sms la ye. thanks!

EZ, budak2 ni mmg la suka jalan mmg ikut perangai makpak nya. hehe..

Anonymous said...

wah...ali cafe! kire senang la dpt brg mkn dr malaysia... hee :)