Seoul menyambut kami dengan hujan yang lebat. Kami memang dah tengok tenki(cuaca) 3 hari berturut hujan lebat bersama ribut petir. Hari sebelum kami tiba bandar Seoul banjir, banyak jugak kemusnahan. Pemandu pelancong beritau banjir besar ni akan berlaku 100 tahun sekali. Jadi lepas ni nak tengok bandar Seoul banjir lagi tunggu 100 tahun lagi. huhu.. Pemandu pelancong kami pandai berbahasa Jepun. Oh ye jangan risau boleh dikatakan orang Korea ni pandai sungguh berbahasa Jepun dan English, jadi tak susah nak kemana2. Jambatan tu menghubungkan Korea Utara dan Korea Selatan.
Sebab banjir jalan pun banyak ditutup dan jalan sesak, juga telah membantutkan jadual perjalanan kami. Pemanduan di Korea adalah sebelah kiri, awal2 sedikit confuse dengan jalanraya. Line biru tu khas untuk bas sahaja. Sepanjang berada di sana, tak banyak jumpa kereta import. Warga Korea lebih selesa memakai kereta buatan negara sendiri. Teksinya majoriti adalah Hyundai Sonata.
Sepatutnya kami dibawa turun dan melawat beberapa tempat, tapi keadaan cuaca yang tak mengizinkan kami hanya dapat sight seeing dari dalam van sahaja. Antara tempat yang dibawa pusing2 adalah Istana lama, kediaman Presiden Korea Selatan dan sekitar bandar Seoul. Nak amik gambar pun tak dapat cermin basah. Tetapi untuk tidak menghampakan kami dibawa turun dan melawat rumah2 tradisional Korea. Waktu ni hujan sekejap turun sekejap berhenti.
Dari Jepun kami dah bersedia dengan payung dan baju hujan sorang satu, memang dah tau hujan. Ini adalah kawasan penempatan warga elit di Korea. Rumah orang2 kaya la. Artis Korea pun ada duk kat sini, tapi tak jumpa la pulak. hehe..
Mukabumi di Seoul ni berbukit2, banyak penempatan didirikan bertingkat2 mengikut kesesuaian tanah. Penat naik turun bukit ni. Pada pandangan kami Korea ni lebih kurang macam Jepun jugak cuma tulisan je lain. :D
Dari pandangan atas, sepatutnya nampak Seoul Tower tapi berkabus sebab hujan.
Asian Art Museum. Tak masuk dah lewat petang.
Hujan masih membasahi bumi Seoul. Waktu kami lalu di jambatan nampak kereta dan gerai tenggelam di tepi sungai. Pemanduan di sini pun agak mendebarkan. Berbeza sungguh dengan di Jepun yang nampak sangat bersopan santun. Destinasi seterusnya berjalan dalam bangunan.
12 comments:
Umah gitew Selalu Tgk Dlm k-drama
Motip semua benda Tgk kt citu ngeee
P/s:: akak fm dh smpi tqsm cayang ketat2 emuahhhs
waa..bestnya jejalan korea.dapat le tumpang tengok gambar. Selamat berpuasa buat... & keluarga (erkk..tatau nak panggil apa..sori yea).
ala hujan pulak eh..hope hari2 lepas tu x hujan la kan..k.as..camne nak setting xleh klik and right klik dekat gambar tu ye..sy try2 klik igtkan boleh tgk gmbar tu lg besar..sekali xleh klik.heeeee
uuwaaaaaa..nanges lagiii merinduiii suasana korea tgk kereta made in korea huhuhu..kena tgk drama korea jap lagi wakakaka..
Ayu! pengaruh drama korea la ni. nk p korea sbb tengok drama2 dia la. hehe..
LL, selamat berpuasa. panggil As je. :D
Anum, akk disable kelik2. konon cam tak kasik org amik gmbr (kes malas nak letak wm). hehe.. tp boleh je org copy. byk masa la kalau edit2 gambr x leh duk lama depan pc byk gangguan. biasa gambar amik terus dr sd card, tu yg gelap je. anum google je mesti jumpa tutorial dia. :D
Ika! weih siap nak tgk drama korea. ahaha.. windu korea eh! :D
gambar yang no.5 tu macam kat dalam drama personal taste.. hehhe
Seronoknya jalan-jalan Korea tp hujan la pulak. Hope As 1 famili had a great time in Korea.
Selamat berpuasa!
kak as, sepertimana saya tgk entry kak ayu masa dia pi korea last year,saya adalah jeles...nie tgk entry kak as psl korea jugak bertambah lagi jeles saya..bile la nak jejak kaki ke sana nie... akak, nnt update erk kos pegi sana..sebab masa tgk entry kak ayu dulu tu dia pegi time winter murah sikit..nie akak pi time natsu nak tau gak bape kosnye...nnt bole compare2x nak pi masa bile (ceewahh, berangan..hehehe)
Tempat perumahan tu mmg selalu ada dalam drama korea! :D
Aboi! haah kot, tak sempat nak tanya kat tourist guide tu. ahaha.. aish geram x dpt jumpa LMH. ahaha..
K Unai, tq. tu la awal2 hujan kemain lebat. huhu..
Umie, natsu lg mahal biasanya. ala u 3 org mmg boleh punya, naik dr tokyo murah lg kot.
wahhh menariknya trip akak ni siap leh g tgk kawasan elit gitu... i loikee... jambatan hubung selatan dan utara tu menakutkan je boleh masuk senang2 je ke? atau ada security gate etc eh?
Post a Comment