Friday, August 5, 2011

Iftar ke 4 - Kuih Cara Manis dan Nasi Lemak

Buat kuih cara manis untuk adik2 moreh selepas terawih. Resepi penah buat puasa tahun lepas. ;)

Sumber: resepiraidah
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telur
sedikit air daun pandan/pewarna hijau
secubit garam
gula secukupnya

Cara membuat:
~ Panaskan acuan khas utk kuih cara diatas dapur.
~ Daun pandan di blander dengan santan, tapis.
~ Kemudian campurkan dengan gandum, telur & garam. Tapis utk memastikan adunan tidak berketul.
~ Bila adunan siap masukkan kedalam acuan yang telah dipanaskan, perlu disapu sedikit minyak dahulu supaya mudah ditanggalkan nanti.
~ Isikan gula ditengahnya. Tutup acuan dgn tudung periuk,tunggulah hingga masak. Gunakan api yg perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya.
~ Angkat dan boleh lah lekatkan sepasang2.

Nasik lemak sebagai menu utama sebab nak kan sambal makan dengan kuah dhal yang ada baki sedikit. Makan bersama jemput2 ikan bilis. Sedap sangat! Juga ada ayam goreng berempah.

Selamat memasak untuk juadah berbuka. Waktu berbuka puasa hari kelima jam 6:46 petang. :D

16 comments:

Kamalia said...

Arini menu sy:- aym merah,sup syur,korokke,cekodok,tau fu fa..haha,trnmpk akknye tauvfu fa terus teringin.murtabak,nnt dulula.kuih cara,mls nk buat.:))

nur easy said...

sweetnya kuih cara manis tu..;)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

sedapnyer menu akak...
teringin nak buat kuih cara ni tapi acuan x der la...dia mmg kena pkai acuan tue ker if acuan lain boley x?

Amie said...

eeeiiii...comel-comelnya kuih cara tu, makan banyak biji pun rasa tak kenyang, Kak Amie suka sangat makan ni tapi orang yang buatlah, sebab kalau buat sendiri rasa tak sedaplah!

Hanis MY said...

rasa nk wat jugak tapi takde acuan wuwuwu...i nk berbuka poser kat yonezawa lah haha gediks...

Asmara said...

Kam, harini pun ada cekodok gak. hehe.. malas buat kuih cekodok pun jadilah. ;p

NoraEZ, nama pun cara manis, manis rasanya. hehe..

Asmara said...

Ayu cayang! guna acuan takoyaki la tu. kalau acuan cara bentuk dia bujur dan bergaris. hehe..

K Amie, isk takkan x sedap, mesti sedap lg2 air tangan kak amie masak. hihi..

Asmara said...

Hanis! dialu2kan. nak dtg calling2 nnti aii masak special punya! ;D

anumuchan said...

sedapnyaaa...nsb baik baru lepas sahur.heee

Juwita Jamaludin said...

sedap2.. suka.. bila nak buat nasi lemak ni.. menu2 baru 2 1 hari je buat.. huuhuhu.. tak lalu nak makan nasi..:(

ijayuji said...

Salam kak as!!! sedap tu menu akak! kita suke sgtlah buat nasi mcm nii senang kerja! :D kuih cara manis kita tak pernah makan sbb manis eak? kalau berlauk kita makan :D

izahdaut said...

comelnya kuih cara tuu.. comel comel

Asmara said...

Anum, siang2 jgn tengok blog makanan. mmg perut menyanyi2 la jwabnye. hehe..

Ita, eh2 naper? ada apa2 ke tu? hihi..

Asmara said...

Ika, aish sifu tak mkn cara manis ke? hehe.. sbb ni yg paling cepat dan mudah. malas nak buat lauk2 tu. :p

Izah, guna acuan takoyaki. asal boleh je. hehe..

シャイマ said...

wahh.sedapnyee kuih caraa.boleh gune takoyaki maker tak?

Asmara said...

Syaima dear, mmg akk guna acuan takoyaki pun. hehe..