Friday, August 5, 2011

Korea 1

Episod ke Korea bermula. Bila dah seminggu ni mood cerita dah sedikit lari. Plan ke Korea ni tak begitu dirancang pun, sebab cuti sekolah kesian kat budak2 tak berjalan sebab puasa, jadi minggu pertama cuti kene plan jugak bawak budak berjalan. Plan awal nak ke Izu, Shizouka tapi rasa berbaloi lagi pergi ke negara jiran. Act. kami pergi melalui agen, pakej yang berbaloi untuk kami 5 orang. Anyway thanks banyak kepada kak Ayu atas panduan dan maklumat yang sangat berguna buat kami. Kami menaiki Korean Air dari Niigata terus ke Incheon Korea.
Seawal pagi 27 Julai, dah bertolak dari rumah, flight jam 9:30 pagi tapi perlu ambil tiket dari agen jam 7:30. Sebelum pergi banyak jugak survey2 tempat yang menarik dan wajib pergi bila ke Korea. Alhamdulillah sepanjang trip budak2 ok, tp ada jugaklah yg tak oknya bila penat.
Kami tiba di Incheon Airport lebih kurang jam 12 tengahari. Waktu tiba tu banyak jugak kapal2 lain tiba, jadi terpaksa beratur panjang di bahagian foreign passport. Lebih kurang jam 1 baru dapat keluar dari airport. Agen dah menunggu terus dibawa naik van dan menuju ke Myungpoom Korean Restaurant untuk lunch.
Kami dihidangkan dengan makanan Korea iaitu Chijimi seakan lempeng atau okonomiyaki yang diletakkan sotong dan sayur2an. Sangat sedap nih!
Menunggu hidangan utama. Dalam flight Korean Air kami diberi vegetarian meals, tak berapa nak lalu makan nasi dan sayur saja. hehe.. Menariknya makan di Korea menggunakan sudu dan chopsticks stainless steel, sudunya adalah sama panjang dengan chopsticks.
Hidangan utama iaitu Bibimbap sejenis Korean Dish, cara makan dia curah sup dan gaul sebati. Kami dapat versi sayur2an lagi, uhuhu.. tapi ada telor. Sedap bila dimakan dengan Gochujang atau pes seakan sambal. Side dish wajiblah ada kimchi, selain dari halia jeruk, kacang dan daikon. Side dish ni dipanggil Banchan. Haziq dan Batrisya dapat sorang semangkuk tapi tak makan pun. Menu lunch ni termasuk dalam pakej yang disediakan. Perjalanan seterusnya ke bandar Seoul yang gelap gulita..

13 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Jelezzz sbb Ayu mmg Teringin nk ke Korea
Sbb fanatic ngan Kpop Dan k drama
But darl ai ckp susah sbb ckp x reti ....
dia biasa gi business trip seminggu kt Korea tahun 2007
Then dia ckp seksa gak nk mkn ngan chopstick tue sbb berat Dan lincin ....fobia mcm kimchi everyday smpi perut x leh terima dah ngeee...Ayu if mkn kimchi x Masam sgt dan pedas sket suker giler...dulu sahur mkn gohan Dan kimchi jer...Ida suruh try 1 brand tu...mmg kena ngan selera gitew.....


But Tgk gambar dia snap kt situ byk istana ek.(~_~;)

yatie chomeyl said...

sedap kan mknan korea. hari tu masa duk kaikan ada org2 orea ajar cara2 masak chijimi tu

MeM nak kurus said...

hi salam perkenalan...teringin nak try korean food tp x confident...tq share ya!

Asmara said...

Ayu, mostly org Korea pandai japanese, tak rasa mcm korea, lg satu english pun lg terror dr nihonjin. kmchi sup tu mmg sedap mcm tomyam. hehe..

Yatie, mmg sedap la, terasa2 lagi pedas2 tu. hihi.. tp bibimbap ni makan tak abis plak. dok mkn sayur je seharian tu. ;D

MemHalid, thanks sudi jengah. lebih kurang msian jugak suka pedas2. tp tak semua boleh mkn. :)

Unknown said...

huhu..jeles!!!
Dah merata As pergi kan...:)

macam best je makanan tu. Akak memang suka cuba makanan yang baru, tp Din selalunya tak suka...huhu

anumuchan said...

bestnyaa akk..updated byk2 tau cite korea ni..bila la nak sampai korea ni agaknya..huhuu..makanan korea pun tak pernah rasa lagi..taktau kena dgn tekak ke x..tp org ckp sedap kan..huhu

nur easy said...

wah dgr citer kawan2 g korea cam best je.. celah conference mana ya dpt peluang nak g ni...hehe

シャイマ said...

waaa best2.akak jumpa mana eh agent yg harga ok from niigata airport. dok cari2 gak nih sebab mmg nak g korea tapi mals nak naik dari tokyoo. ade link tak? hee tak sabar nak tgk tmpt akak g boleh jadi guideline sikit.

Asmara said...

Kak Yus, sementara ada peluang. hehe.. kami ni mmg kaki jalan. terpaksa angkut anak2 sekali.

Anum, sedap sbb dia pedas2 kan, sesuai dgn tekak melayu. hehe..

Asmara said...

NoraEZ, hihi.. ada masa lg tu, cer cari. ;D

Syaima, kami call agen tu. nnti email akk bg no. phone. (asmara_c@yahoo.com)

ijayuji said...

Salam kak as!! arrrrghhhhhhh sakit mata kita!!! nak pergi korea jugak!!! sedapnyer chijimi! sukeeee sgttt!!!! uuuwaaaaaa....

Unknown said...

Aww bestnya Kak Ass gi jln2 kat Korea! Satu hari InsyaAllah Ain pon akan sampai kat Korea & Jepun! :)

Chijimi tu nampak yummyyy!

Hanis MY said...

kak as naper la sy tak pasan entry ni hari2 masuk boleh pulak tak pasan waaa syokny syoknyaaa....hanis tatau sgt makanan korea ni, tapi mmg ssh mkn pakai chopstick besi tu wuwuwu...