Wednesday, August 10, 2011

Iftar ke 9 - Nasi Oren dan Ayam Bakar Percik Express

Masakan express petang semalam. Jam dah pukul 5:15 masih tak tau nak masak apa, padahal berbuka jam 6:40. Habis je borak kat tepon ngan Kamalia laju2 potong ayam, kupas bawang dan blend. Dalam hati tak tau lagi nak masak apa nih. haha.. Terus je rasa nak buat nasi berperisa sebab resepi lebih kurang je cuma tambah je perisa yang kita nak, kari ke, daging ke, ayam ke kan. Lagi satu tak payah nak masak sayur cuma nasik dan ayam je. Eh sebelum masak nasik sempat lg buah inti popia. (nasib baik ayam dan popia mmg dah keluar awal) Tumis bahan dalam rice cooker terus dan masak. Lepas masak nasi gulung popia laju2. Inti popia pun guna sayur campur, kentang dan sosej paling cepat. Plan awal nak buat popia Anum tp tak sempat nak defrost isi ayam. Nanti aii buat. :D

Masak ayam paling best, dah tumis bawang semua (guna bawang blend yg sama mcm nasik) pun tak tau lagi nak masak apa nih. Masak ayam dalam kuali campur dengan rempah kurma dan rempah soto. Tutup kuali biar ayam cepat masak, dah masak keluarkan dan bakar sekejap, jadiklah ayam bakar dan kuah percik. (pepandai je bagi nama). Tapi sedap dan menjadi, kalau nak cuba pun boleh. :D hehe.. sambil tu potong timun, carrot dan bawang untuk acar mentah dan goreng popia. Nasik tu masa dah masak baru letak perasa oren (guna pati oren jenama double lion), gaul sekejap mmg wangi sangat bau oren tu. Alhamdulillah dapat berbuka tepat pada masanya. :D. Resepi masakan express.

Nasi Oren,
Bahan2,
  • 4 cawan beras
  • 1 biji bawang besar -blend
  • 2 biji bawang putih -blend
  • 1/2 inci halia -blend
  • Rempah tumis campuran (kulit kayu manis,buah pelaga, bunga lawang dan cengkih)
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • Garam
  • Kismis
  • 3 sudu besar pati oren
  • Air ikut sukatan beras
Cara2,
  • Tumis rempah campuran gunakan minyak sapi (butter pun boleh)
  • Masukkan bahan blend, tumis hingga kekuningan
  • Masukkan kismis, beras dan air. Kacau sebati
  • Masukkan serbuk kunyit dan gaul sebati. Masakkan ia.
  • Bila nasi dah masak masukkan pati oren dan gaul sebati.
Ayam Bakar Percik
Bahan-bahan,
  • 1 ekor ayam
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • Rempah halba campuran
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 1 sudu besar rempah soto
  • Garam, gula dan sedikit air asam jawa
Cara2,
  • Tumis rempah halba campuran dan bahan blend (bawang besar, bawang putih dan halia)
  • Masukkan rempah kurma dan rempah soto
  • Masukkan ayam gaul sebati dan sedikit air
  • Masukkan perasa
  • Tutup kuali hingga ayam masak dan sedikit kering
  • Keluarkan ayam, bakar sebentar dalam oven hingga nmpak kering.
  • Keluarkan ayam curah baki kuah tadi atas ayam.
  • Sedia dimakan bersama nasi oren.
Acar mentah,
Bahan2,
  • 1 batang timun
  • 1 batang carrot
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu kecil gula
  • sedikit garam
Cara2,
  • Potong halus semua bahan
  • Gaul sebati dengan semua bahan perasa
  • Jika suka pedas letak cili merah yang dipotong..

16 comments:

nur easy said...

mantap lah.. bahan asas y sama boleh dipelbagaikan

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

terlioq nyer...ayu punya menu today nasi briyani ngan ayam masak merah jer

Hanis MY said...

huwaa pengsan! saya nak ajak cintan g yonezawa la cenggini huhu... kak as idola ku...

Amie said...

uuwaaaaa.... hidung terus tersumbat terbau nasi oren! uiiii....ada ayam bakar perciklagi, ekpress pn ekpresslah... janji sedap!

tak dapat dibayangkan betapa enaknya makan menu istimewa ini dan juga popia tu...

Juwita Jamaludin said...

mantap As.. masak sekejap je... best juga kadang gitu tetiba jd kreatif yek

Kamalia said...

wah2..trbayang2 sy cr akk memasak tuh.dasatnye kak,xsampai sejam setengah sempat msk mcm2..tabik spring ngan akk.
arini buka kat marumatsu sbb sy kepenatan dr smlm jd nurse cum doctor xbrtauliah..huhuk

Ida,Japan said...

sempat lagi buat nasi oren w'pun dh kul 5 lebih...kalau k'ida mmg dh tak sempat ni..menu buka k'ida sefamily hari ni nasi ayam ipoh mali

Asmara said...

NoraEZ, hehe.. kita yg buat dia tibai aje. ahaha..

Ayu! wow dahsyat gak tu, ni pun mcm ala2 beriyani gak tp tak guna rempah beriyani. hihi..

Asmara said...

Hanis! haha.. cepat2. kene order dulu eh. boleh prepare dr tengahari lgi. ekeke..

K Amie, alhamdulillah semua menjadi, anak2 pun suka, asal jgn yg pedas. hehe..

Asmara said...

Ita, tu la padahal dok skodeng blog org tengok masak apa. tiba2 je smlm xde idea lak. smlm penat mengemas tu yg lewat memasak. dok kemas dlm bilik tuka cadar, jemur tilam bantal, lipat kain baju, smlm kan panas. tu yg rehat jap. tp bila hari2 memasak kita dah boleh bajet kul bape siap. hehe.. sbb masak nasik ngan ayam je, biasa nasi 20 minit, ayam pun lebih kurang kalau atas api. kalau bakar mentah tu yg kene at least sejam kan. eh pnjng lak citer. :D

Asmara said...

Kam! ahaha.. smlm dok borak sib baik tak lama. kan kata nak buat popiakan, ayam boneless x sempat keluar tu yg jadi popia sayur. eh lupa nak citer, dalam popia tu aii letak cheese jugak tau. mmg sedap la. tringat kata nak letak cheese kan. rupanya cheese ku tu dah berlapuk sikit, tu yg kene abiskan jugak. nnti nak cuba resepi popia black paper u tu la pulak. hehe.. gambar tak amik la sbb cam buruk je lipatannya tu. ahaha..

Asmara said...

K Ida, pejam sebelah mata je dah tau kat mana pisau dan bawang. ahahah.. niat dan baca bismillah terus dapat siap on time. hihi.. tu tak kira anak2 3 orang duk kacau, sorang nak susu, sorang nak makan, sorang nak soh bukak komp. mcm2 time masak ni la bdk2 byk order. sib baik la hari2 ngadap dapur dah tau mana nak capai mana nak simpan. hehe.. wow nasi ayam ipoh! x penah cuba lagi. ;D

cik cek said...

Emmm...mnyerlah warna nasi...terang menggoda...mesti sedap ni..:)

ijayuji said...

Salam kak as!!! waaaahhhhh!!! suke2!!! suke set nasi2 mcm niii yg paling jeles itu keropok ikan! sdpnyerrrrrrr!!!

Asmara said...

Cikcek, guna pewarna oren, eh mmg sedap tau rasa oren ni. hehe..

Ika! penganti papadom la, dah abis stok, asal boleh je. haha..

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

hentak kaki tanda protes...heheheh..