Hanabi atau pesta bunga api, sememangnya acara tahunan yang wajb diadakan di Jepun pada musim panas. Bulan Ogos biasanya pesta hanabi di buat di merata2 tempat di seluruh Jepun. Setiap tahun hanabi festival ni akan diadakan 2x di Yonezawa. Beza pesta hanabi ni adalah jumlah letupan bunga api. Bunga api ni ditaja oleh kompeni2 yang berada di sini. Kami tak pergi la hanabi pertama yang dibuat di tepi sungai yang dibuat sebanyak 3000 letupan. Hanabi kedua pun saya pergi dengan Batrisya je naik basikal sebab berdekatan dengan rumah, kali kedua ni lebih besar dengan 6000 letupan.
Tiap tahun juga akan diadakan hanabi Taikai (pertandingan bunga api). Pilihan dibuat berdasarkan rekabentuk bunga api yang dihasilkan mana lagi cantik dan berseni. Waktu ni akan keluar pelbagai corak yang sangat mengujakan. Biasa tempoh hanabi ni lebih kurang sejam atau 2 jam mengikut jumlah letupan, waktu festival ni la akan ada pasar malam atau gerai2 yang menjual pelbagai makanan dan permainan. Kakigori (ais berperisa) paling laku waktu ni.
Selain itu masa ni akan kelihatan ramai Japanese yang memakai yukata. Yukata ni biasanya akan dipakai pada summer festival. Panas2 gini tak menahan rasanya nak memakai Yukata. Tahun lepas papa pakai Yukata yang dihadiahkan guru besar sekolah Haziq. Baru sekali tu je guna. hehe..
Act. budak2 ni takut jugak dengan bunyi letupan, tapi seronok bila tengok bunga api yang cantik. Minggu ni bermula cuti Obon (cuti panjang musim panas bagi warga jepun yang bekerja). Cuti bermula 13 hingga 16. Cuti obon ni special untuk agama Buddha, kononnya waktu ni la roh nenek moyang balik ke rumah, jadi siapa2 yang bekerja di bandar perlu balik ke kampung masing2 melawat nenek moyang dan ibu bapa. Obon ni pun ada festival jugak. Nanti sambung dalam kisah bon odori festival di sekolah Haziq yang kami pergi minggu lepas.
Hari Ahad ni ada hanabi taikai yang akan diadakan di Yamagata, antara yang terbesar di Tohoku area. Macam nak pergi tapi malas ya amat nak bersesak dengan orang ramai panas2 gini, kalau nak masuk tengok dari dekat ada bayaran. Ini untuk menjanjikan tempat duduk la. kalau tak, tengok dari jauh je. Musim panas paling banyak festival diadakan di Jepun. ;)
20 comments:
ai pow natsu kali ni tak berhanbi la sebab bulan posa lepas berbuka dah dengar hanabi dah start keciwa....tgk tepi jalan yer.....
sangat cantik tp ika takut hanabi >_<
weee lawa2 i likeee... tanabata hanabi tu tak sempat tgk pun, masa tgh bunyi kebabo kat luar hanis tgh zemi huhu...sadis betulll...
cantik.. mesti byk pattern ni ;)
kitorg tgk dr rumah je tahun ni. nasib baikumah tingkat 5. panas ya amat..malas nak bersesak2 nanti mommy yang pengsan hehehe
weee.cantikkk.kitorg tak g pon hanabi.kat sini punya cancel sbb banjir hr tuu. pastu the next one hubby kerja so melepasss.hehe
cantiknya As!...
cantiknya hanabi tu..tak tengok lagi sebab malas nak meredah org2 ramai and of cos jam plus kne jalan jauh..huhu..tapi kalau ada rezeki nak gak pegi..huhu
aa..sy dh 2 hari x buat popia ni.esok kne buat gk wlwapapun..heee..aa xkesah la inti dia tu apa..asal jadi rupa popia je.heeee..
Lawanya! Very colourful! :D
Kat Malaysia pun dah ada pertandingan bunga api. Selalunya buat kat Putrajaya. Negara luar pun ambil bahagian gak. Bunga api show dah selalu ada eg new year, merdeka. Maybe bentuk percikan yg berbeza-beza. Nice pictures As!
Ayu, dekat ngan rumah je, papanya ngan lagi 2 tengok dari rumah, mamanya je gedik nak amik gambo dekat2. hehe..
Ika, budak2 mmg takut, Batrisya tutup telinga, tapi nak tengok jugak. :)
Hanis, Ahad ni x nk pegi ke? malas plak pose2 ni nk jalan. :D
NoraEZ, 6000 tu mcm2. suka sangat tengok. tak dan nak amik gambar sebb ralit sangat tengok cantik2.
Yatie, tu la, camne la nak beryukata paneh2 nih. ahaha..
Syaima, ala syian hehe.. eh taikai yg kat Nagaoka tu lg besar tau. tp mesti ramai org. huhu..
Kak Yus, tengok depan mata lagi cantik, dapt duk depan2 masa tu. syok sangat. :D
Anum, hehe.. betul la tu. penat dan malas nak meredah org ramai. sib baik dekat tu yg lg 2 tak bawak.
Ain, akk suka tengok hanabi ni, mmg tak nak lepaskan peluang. sebab cantik2 dia buat.
Kak Unai, hihi.. tak penah tengok live kat msia, ada la sekali dua, tp sikit je kot. sini mmg happening, japanese mmg datang semata2 tengok hanabi je. ;D
k.e-na suka sgt tgk hanabi...best tgk life dr ambik gambar kan, ralit jer...last yr g yg besar kt gifu 30000 bedilan...thn ni g 2 kali...tp yg seksanya bila nak balik la jem mmg giler2...
as lawa2 nya gambar hanabi tu.. pandai amik.. suka la tgk
Kak Ena, betul tu, ralit sangat tengok sampai tak nyempat nak setting2 amik gambar. haha..
Ita, tak sempat nak amik byk Ita, sibuk tengok je, rugi tak tengok real tak puas tengok melalui camera. hihi..
Ira pon teringin sangat nak tengok hanabi ni secara live tapi mengenangkan malas nak bersesak dgn org yg ramai, dalam bulan puasa (nak kena cari tempat berbuka n solat) maka dipendamkan dulu hasrat tu.. next time insya Allah..
Org kata kat belah2 tokyo ni byk hanabi yg cancelled thn ni.. I dunno why?
akak...yuki matsuri yg kat sapporo tu salu bln 2 ek?
Post a Comment