Saturday, August 27, 2011

Biskut Sarang Semut

Eh2.. saya buat kuih raya la. hehe.. Teringin dan rindu giler nak makan kuih sarang semut ni. Kuih ni paling laku kalau kat rumah mak. Biskut paling wajib dibuat tiap kali raya. Dulu masa sekolah memang rajin sangat la tolong mak buat biskut, lepas tu akan kira kuih raya siapa paling banyak time raya. hehe.. dulu semua kuih boleh dikatakan buat sendiri. Biasanya kat rumah mesti ada berbelas2 balang kuih buatan sendiri. Rindu... Kakak saya pun menjual kuih raya dah berbelas tahun, tapi tahun ni terpaksa berehat sebab assistant balik Indon. Adik beradik ku lain sila la buat kuih raya sendiri, tak syok la asyik kuih tunjuk je. :D
Resepi ni saya ikut kak Fiza Nordin (tak dapat mintak resepi ngan mak sebab dah tido) masa blogwalking malam tadi ternampak kak fiza buat sarang semut, terus rasa teruja nak buat. Jam 1 pagi terus keluarkan bahan2, sementara menunggu sahur jam 3. Kalau rumah mak sarang semutnya memang bewarna, saya buat 3 kaler merah, hijau dan kuning. Memarut kuih sambil dengar radio malaysia memang terasa sangat la suasana nak beraya tu. hehe.. Resepi salin kak Fiza yang asalnya dari Kak As katanya. Terima kasih atas resepinya. :D

Sumber: Kak Fiza Nordin 

Bahan2 

250g butter
100g gula halus
350g tepung gandum - ayak
1bj telur - kuning 
1st esen vanila
50g tepung kastad atau 50g tepung jagung

Hiasan - coklat rice

Cara2
> Pukul butter dan gula. Masukkan kuning telur dan esen vanila.
> Masukkan tepung jagung dan tepung gandum. Gaul dan uli hingga menjadi doh.
> Dengan menggunakan pemarut, parutkan doh dan sudukan ke dalam paper cup.
> Tabur coklat rice.
> Panaskan oven dan bakar 160c selama 20 minit atau sehingga bertukar warna keemasan. 



*Yeay! hari ni baju raya dah sampai! Terima kasih adikku sudi sponsor baju raya untuk kami 5 orang. Budak2 teruja sangat test baju tadi. hehe..

15 comments:

nur easy said...

Memarut kuih sambil dengar radio malaysia.. i like..;) yeay bj raya dah sampai, kita punya simpan kat tanah melayu je laa.. haha

fiqah said...

copy resepi lagi..mohon halal ya tuan blog :)

Hanis MY said...

Sedapnya biskut feveret... Kna pg yonezawa ni wuwuwu

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

sedapnyer akak teringin nak mkn
but cookies dah tutup buku ni tinggal nk buat maruku jer....terjah umah akak la mkn nnt boley x ngeeee

sue-sama said...

Kak Asmara..saranghae! haha

einz miszmessy said...

kuih kegemaran nieh!!!!

Ain SSB said...

Cantik la! but kami punya upcoming kuih raya yang nak dibuat pon ada 2 dah, tatau bole tambah lagi...huhu.

alia zainol said...

ini biskut feveret ini :))

アヌム ちゃん said...

wah meriahnyee kuih..rajin kak as buat kuih raya..

Juwita Jamaludin said...

as.. pakai acuan apa ni.. sedap biskut ni..:) eh datang beraya kat embassy tak

Asmara said...

EZ, kebetulan je adik tu baik hati belikan, surprise katanya. :D

Fiqah, silakan. ;)

Hanis, hehe.. bila nak sampai?

Asmara said...

Ayu, yg ni mmg feveret sangt, teringin nak makan. :D

Sue-sama, hahah.. saranghea too. ;D

Einz, eh yeke? sama la kite.. ;D

Asmara said...

Ain, tetiba je rasa nak buat. hehe..

Alia.. wee.. ramai yg minat!

Anum, baru satu ni je. hehe..

Asmara said...

Ita, acuan dari msia, tak pegi la ita. ;)

oya said...

teringin biskut ni