Tuesday, July 5, 2011

Sakuranbo Gari (petik buah ceri)

IMGP9379IMGP9357
Hari Ahad lepas kami berkesempatan pergi sakuranbo gari(picking) berdekatan dengan rumah. Lebih kurang 15 minit je dari rumah. Kebun sakuranbo yang ni tak begitu besar tapi banyak jugaklah pokok2nya. Nak tau rupa pokok sakuranbo ni, tu dia sebelah Haqem. Pokoknya rendang dan berbuah lebat. Sakuranbo ni berbuah setahun sekali saja, pada bulan Mei hingga Jun. Ada berjenis2 sakuranbo yang ditanam. Kalau yang biasa rasanya ada yang tak begitu manis, tapi kata tuan punya kebun jenis sakuranbo yang paling sedap ialah Satonishiki. Jenis Satonishiki ini selalu dikomersialkan buahnya.
IMGP9374IMGP9365
Kami pun pilih la pokok yang buahnya sedap. hehe.. tapi bila makan memang ada sedikit rasa berbeza, kalau merah tu memang manis, kalau dah terlalu masak pun tak berapa nak sedap, pandai2 la pilih, petik dan makan. Untuk masuk ke kebun ni perlu bayar jugak, dewasa 1000 yen dan kanak2 bersekolah 500yen. Memang berbaloi boleh makan puas dan waktu masuk tiada limit, boleh keluar dan masuk balik. :D
IMGP9326IMGP9297
Sebelum nak makan buah ni dengan kuantiti yang banyak, perut perlu diisi terlebih dahulu kalau tak nanti kene cirit birit. Dalam kebun ni disediakan tangga yang tinggi dan rendah. Budak2 ni suka la panjat2 ni. Kebun ni pun bertutup, kalau hujan pun masih boleh berpicking. :) Boleh dikatakan semua kebun buah di Jepun adalah bertutup, selain menjaga kualiti pokoknya dapat juga mengelak dari serangan burung atau serangga.
IMGP9300IMGP9312
Sakuranbo memang faveret budak2 ni. Memang tak rugi bawak 3 orang ni. hehe.. makan puas2, Haqem pun pandai petik sendiri dan makan, dengan biji2 masuk perut. huhu.. tapi kami buangkan biji. Haziq dan Batrisya memang dan pandai makan.
IMGP9321IMGP9341
Pokok yang berbuah lebat, geram rasa nak petik2 je semua tu, tapi tak boleh la kan. Kalau nak bawak balik kene timbang dan bayar di kaunter. Tapi dah puas makan tak terasa pulak nak bawak balik, buah ni tak tahan lama, kalau lama sangat jadi lembik dan rasanya tak begitu sedap. Yamagata merupakan tempat pengeluar utama sakuranbo di Jepun dan di eksport ke seluruh dunia. Kalau nak rasa sakuranbo yang sedap dan merasa sendiri petik2 buahnya, jemput la datang ke sini. :D Boleh jugak baca pengalaman Hanis bersakuranbo gari di Yamagata. ;) Sakuranbo ni harganya sangat mahal di pasaran, lagi2 dalam kotak yang cantik2 tu (macam yang pernah saya dapat sebelum ni) buahnya akan disusun sebiji2. Walaupun berada di tempat pengeluar tapi harga yang dijual di pasaraya tetap la mahal. Lebih berbaloi kita masuk dan makan dikebunnya. :)

19 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

ramai dah start berGARI nampak...nasib baik ai bukan hantu sakuranbo if not mmg terjah gak...tunggu bodu ni...dah lama tak gi :D

Asmara said...

hahha.. sepantas kilat dak ayu nih! tak habis edit lagi. ekekeke.. budo pun best gak tp tunggu ogos ni, uhuhu.. sempat ke tak ni dah nak pose.

Hanis MY said...

weee bestnya kak...dah la dekat pejam mata pun boleh sampai yg kami ni terpaksa la travel jauh wuwuwu...besar2 buahnya eh...yum2...

itulah budou gari ntah sempat ntah tidak, akak kalau nk g budou gari kita konvoi nak? roger2 la eh

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

arrr selalu miss kat citu sebab bila raya bodu pow dah habes memanjang beli kat supa jer....uwaa hentak kaki

Asmara said...

Hanis, hihi.. kat sini semua kebun buah ada, memang dekat2 je. budou pun ada dekat rumah kami je. nanti dah bukak akk roger2 eh. tapi kene bulan puasa camno nak pegi. hihi..

Amie said...

Assalam,
ha hahahh... pasal tercirit kalau makan ceri sebelum isi perut tu, Kak Amie teringat pokok ceri di negara kita yg tumbuh hasil cirit birit burung....
tapi ceri di sana lagi mengancam ye...

Umie said...

bestnye ramai2x ber-gari... bile la aii pulak nak pi ni... mcm kena postpone ke thn depan jela aktiviti ber-gari ni...huhu

nur easy said...

arrrr petik kat supa je la jawabnya ni.. hehe

anie,Nagoya said...

ussss....germ tgk ceri yg berkilat2 tu.+ dgn model2 yg comel.nak gigit je pipi anak kecik as tu

aiennam said...

hui hui!
akak sesekali buat lah post akak n family pakai yukata mesti cun habis! heheh. ;)

ijayuji said...

Wooooooo!!!! Sgt jeles okeyyyyy bila tgk sakuranbo yg berkilat kilat tuuu huh! Dulu2 terpkir pock ceri ni kecik2 tp sangkaanku meleset belaka huhu... Bilalah leh g bergariii yaa?:D

Juwita Jamaludin said...

nak juga sakuranbo gari tapi hari tu dah tanya dah mahal la plak .. hujung minggu je busy tak sempat nak bergari... sini kalau nak gi sakuranbo gari ni kat yamanashi je paling dekat... so gari kat supaa je la...

Asmara said...

Ayu, tu la last year x smpt berbudou gari, sempat taun sebelum tu je. harap2 dpt lg la taun ni. :)

K Amie, ye ke! hehe.. eh ceri yg kat mesia tu sedap dan manis kan. aii suka ceri tu. hehe..

Asmara said...

umie, ahaha.. bergari anak beranak je, tu pun dah meriah. hehe..

NoraEZ, hehe.. betul tu. asal dapat makan. :D

K Anie, cium boleh geget tak bleh eh. hehehe..

Asmara said...

Ain, hihi.. nnti2 ada kesempatan akk try la. ;D

Ika! ala macam biasa pegi gari kat supa je. ekekeke.. balik nihon carik kebun. hihi..

Ita, kot la nak merasa seumur hidup sekali, pasni bila lagi la kan! heheh..

Unaizah said...

Seronoknya budak-budak tu ber-cherry picking.

fazian.batrisyia said...

Bestnyer....segar & sedap rasanya. Kalau ceri jepun tak penah rasa...ceri Australia pernah la...syokkknyer

Kamalia said...

wah..jeles sungguh,kat sini xdo,plg dekat kat tmpt akk la rsnye..ei,geram tgok haqem,sgt cute.(lari dri tajuk..:p)smlm jln2 kat eki, perghh,mhl sungguh die jual.so,pndg jela.
psstt..kalu xbrsalin minggu ni,sabtu nak g blueberry gari.haha.dekat je,kat morioka nih.

Asmara said...

Unaizah, budak2 kalau main2 mmg suka sangat la. hihi..

Yan, yg australia tu masam sikit kot. yg ni kalau kene yg manis mmg manis sangat. :D

Kam, pergh!! sempat lg. bila la nak sampai sini dik oii! hihi..