Wednesday, July 6, 2011

Pizza Mustard

IMGP7398IMGP7402
Pizza antara makanan yang agak senang dibuat dan cukup mengenyangkan. Tak payah makan nasik dah. Kenapa ntah tiap kali buat pizza mesti letak sosej tak pun crab stick. hehe.. dah tu je yang budak2 suka makan. Tapi kadang2 buat jugak letak ayam@daging. Senang kata pizza yang simple dan sedap! Topping ikut suka kita kan! Ini pun terajin amik gambar, tengok tu tangan Haqem cepat je mencapai, memang tak sempat nak amik gambar makanan hias2 bagai. belum apa2 laju je dak kecik ni menyibuk. Tunggu dia tido pun mama dah bz dengan keje lain. Antara pizza yang paling laju dimasak, potong2, tabur2, masuk oven dan siap. :D. Untuk doh saya gunakan BM. Pizza lebih sedap jika letak mustard. cubalah! ;D

Bahan-bahannya

*Untuk Doh*
250gram tepung roti
1/3 sudu kecil garam
1 sudu besar skim milk@susu tepung
1 sudu besar gula
1/2 biji telur
1 sudu besar marjerin ( boleh ganti denga butter atau shortening)
110ml susu segar ( atau air suam)
1 1/2 sudu kecil yis

Caranya.

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada dua bahagian dan bentukkan bulat seperti base pizza, cucukkan dengan garpu dan biarkan naik sedikit, masa yang diperlukan lebih kurang 30 minit.

5. Sapukan setiap base pizza dengan sos tomato, ratakan ke seluruh doh, tabur kan lada benggala hijau, tomato dan sosej serta toppingkan dengan mozarela cheese.

6. Akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 16 ke 18 minit atau sehingga permukaan pizza perang., sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup,

6 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

alahai mustard ai mmg x lalu la...mcm 1 recipe k.anie buat la guna sos mustard gak...x leh telan...tekak x leh terima...nangess hentak kaki, uwaaaaaaaa~

Kamalia said...

akk nak tau, tiap kali ape yg akk msk,mst sy nak cube..ntah nape gak nye,rs mcm yg akk buat tuh mst sedap.ekeke..aritu buat tuna puff,best sgt,sume suka n skjp je licin.nnt sy buat entry psl tu.
ni pizza cam nk cube gak..mustard beli yg kat sini ke?

Asmara said...

Ayu! ala ye ke. mustard ni rasa dia masam2 sikit kan. tp sesuai la makan ngan roti esp. burger. takpe x makan xyah letak. hehe.. tp letak sikit bila dah bercampur ngan pizza tu dia tak rasa sangat pun. ;D

Kam! ahahah..semua masakan yg simple dan laju tp sedap, sesuai sebagai mak beranak 3. terutama ada anak kecik tu. haah akak beli kat supa, dalam botol kaler kuning. biasa org makan ngan konyaku rebus tu (kat area sini la).

nur easy said...

sedap n mudah.. tp xjuga selalu membuatnya..isk2 alasan2..;)

Unknown said...

yang ni menggiurkan..yg atas tu kureng sikit...hihi.

ijayuji said...

waaaaaa...sedap lorr ada mustard! kita suke! nak mintak 2 slice tp nak slice yg besor2 :D bhgn cheese yg banyak :D